Salam geng rangers. Korang ada tak biras yang perangai macam budget2 baik depan mak mertua? Aku masa hujung tahun balik kampung. Kebetolan adik laki aku balik jugak. Bini dia tak kerja, aku pulak kerja. So akhir tahun dpt bonus. Aku belikan rantai dengan gelang emas kat aku. Masa biras aku tengah masak kat dapur aku saja pegi menolong sambil tunjuk2 barang kemas aku pakai tapi mak aih perangai berdengki sungguh. Sikit tak ade tanya pasal barang kemas aku. Dia diam jer sambil masak. Last2 aku ckp, cantik tak gelang akak? Baru dia cakap, cantik kak, mesti mahal ye. Aku jawab lh mestilah mahal. Lepas tu aku tengok biras aku senyum jer. Lepas tu esoknya masa aku masok dapur, aku tgk biras dengan kakak dan adik ipar aku serta mak mertua tgh buat kuih kat dapur.
Pagi tu dia memang ada cakap petang nanti nak mintak mak mertua ajarkan buat kuih. Tapi ini, semua ada siap ipar2 aku lagi. Jahat sgt perangai nya. Aku pom joint sambil sembang2 dengan mertua.
Lepas tu mertua aku tegur, besar aih gelang menantu mak ni. Lepas tu ipar2 aku pom sibuk nak tengok gelang aku tp biras aku senyum jer. Aku pun tanya lah, laki dia belikan apa hujung2 tahun biasa company bagi bonus kan. Biras aku cakap tak dak beli apa pom, bawak g mkn2 dengan tukar dapur je kat rumah. Aku ckp lah tu jer ke? Sebab tu lah kita ni kena kerja baru ada savings. Tak de lah mengharap laki bagi duit je. Tetiba mertua aku cakap, tak baik cakap mcm tu, biar lah dorang. Ada rezeki ada lah nanti, jagn bising2. Alah, aku terasa lah dengan mak mertua aku aku cakap jer pom. Sayang sangat kat menantu dia tu. Sedih. perasaan aku macam mak mertua tak sayangkan aku dah. Sebelum ada biras aku tu, akulah yang dia ajak sembang2, ajak g mana2.