Salam admin
Saja nak luahkan perasaan
Saya tengah mengandung 7 bulan
Masalah saya dah lama sebenarnya dari awal perkahwinan 6 tahun dulu. Suami gaji besar tapi bila tanya pasal duit dia akan marah. Dari saya bekerja dulu sampai la saya dah berhenti kerja sekarang. Saya berhenti bukan suka2 tapi sebab nak sedarkan dia semua tanggungjawap dia untuk sara isteri dan anak2. Dah la tak tolong buat kerja rumah. Saya penah mengadu ke pejabat agama dan dia memang tak nak ceraikan saya sebab tak ada sebab dia boleh ceraikan saya.
Saya memang jaga anak2 dan rumah tangga elok. Tapi masalahnya saya rasa macam orang gaji dalam rumah ni. Bila mintak duit untuk beli keperluan anak pun dia tanya mana pergi duit yang dia bagi sebelum ni. Padahal duit yang dia bagi tu hanya 6% je dari gaji dia. Saya sedih bila dia tunjuk dia beli barang kereta dan hobi dia online. Bukan sikit2 min.ada yang 1 barang sampai beratus. Memang gaji dia berbelas ribu tapi cara dia macam dia dah bayar rumah pastu beli barang rumah sekali sebulan tu dah cukup dah. Kita ni pun ada jugak keinginan macam orang lain.
Memang orang tengok sepatutnya hidup saya ni mewah. Peguam yang saya jumpa pun siap tanya saya tak ada orang gaji ke. Saya cakap tak de min, semua saya buat sendiri. Hantar dan ambik anak pegi sekolah pun saya. Saya terfikir nak mengadu ke pejabat agama untuk kali kedua tapi saya tak kuat. Nak terus terang dengan dia pun saya tak kuat sebab dia kalau bab nafkah ni cepat melenting. Dia cakap saya yang tak bersyukur. Saya jadi konfius min. Kalau nak beli baju anak2 atau makan lebih pun saya kene fikir mana nak dapat duit. Saya ada buat jualan online tapi duit semua habis saya guna untuk beli apa yang sepatutnya suami saya tanggung.
Dia asik tanya mana pegi duit jualan saya padahal dia tak ada hak nak tanya kan min Dan sepatutnya kalau saya dah guna duit saya untuk beli apa2 ,dia patut ganti. Saya bukan beli handbag atau baju mahal2. Banyak nye memang beli makan dan keperluan anak2. Sedihnya rasa bila dibuat macam ni. Dia ada bela ikan yang mahal2. Kalau makanan ikan takde menggulupur cari cepat2. Kalau anak bini kat rumah tak penah nak ambik tau. Kereta dia pun bukan calang2 min.
Kalau saya cakap nanti dia kata saya jeles dengan hobi2 dia ni. Ada ke patut min sedangkan yang wajib dia tanggung saya ni isteri dia dan anak2. Bukan hobi dia. Seolah2 dia keje duit gaji tu hanya untuk kepentingan diri dia sendiri. Yang saya dan anak2 kalau boleh jimat dia suruh jimat macam orang tak berkemampuan.
Krt




