Assalam..warga krt..nak tanya pendapat sikit..kenapa ada sesetengah ibu mertua yang cemburu dgn menantu perempuan ya?. suami aku ni anak yg baik tapi setiap hari lepas pukul 5 pagi mesti dia tidur kat ruang tamu.. aku perhatikan je. dah sebulan ni aku pun tanya lah kenapa tak tidur dalam bilik.. dia jawab sebab mak dia cemburu anak dia tidur dgn aku. pelik betul lah, tidur dengan istri sendiri pun tak boleh.
lagi satu setiap kali aku keluar beli barang dengan dia, dia akan belikan mak dia barang. ni aku tak kisah lah tapi dia mesti akan cakap mak dia cemburu dengan aku sebabtu dia kena belikan barang.. dah macam tak ikhlas pulak. laki aku belikan baju dalam pun mak dia cemburu. asyik cakap laki aku manjakan aku asik beli baju dalam padahal aku keluar dengan laki aku sebulan pun belum tentu lagi.. kalau nak bersama malam2 pun kena tunggu mak dia dah tidur baru boleh on.. rasa macam bermadu pulak..
Aku ada terdengar mak dia pesan kat suami aku, jangan bagi duit kat bini kau tu.. bagi duit makan je, baju beli 2 helai je setahun.. laki aku pun dengar cakap mak dia, hari2 makan hati, bila dapat tahu aku pregnant, aku mintak la suami belikan aku baju baru seabb dah tak muat.. mak dia marah aku balik.. cakap aku menyusahkan anak dia.. cakap aku nak kikis duit anak dia.. nasib baik laki aku belikan jugak. kami ada perancangan nak pindah tapi awal2 lagi mak dia dah cakap selagi mak dia hidup, jangan mimpi nak pindah rumah..
mertua aku ni kuat makan, kau tahulah kalau pregnant ni asik lapar je so laki aku beli makanan banyak2 untuk aku dia suruh aku simpan dlm bilik kami sebab dah pernah jadi habis stok makanan mak dia makan sorang. bila aku nak makan dah habis. aku makan sikit2 sebab kesian laki aku gaji kecil. harini beli roti satu bundle, esok nak makan dah tak ade.. aku pula pregnant twin.. hari2 kena marah dengan nurse sebab baby tak cukup zat..
pak mertua aku ada lagi sihat lagi cuma tulah.. mak mertua aku cemburu sangat dengan aku.. pencuci muka aku pun dia habiskan min.. baru beli minggu lepas, dah habis. boleh dikatakan semua barang aku habis dikerjakan. mak mertua aku mulut jahat, habis dicanang pasal aku kikis duit anak dia kat saudara mara dia, kat jiran dia. bengang je aku. kalau boleh memang nak keluar dari rumah tu. tapi di satu pihak suami tak nak jadi anak derhaka.
sebulan suami bagi aku duit makan RM100 je bila aku cakap tak cukup, dia cakap cukupkan jela. aku langsung tak dihargai min. mak dia setiap bulan ada je barang yang dia belikan.. habis lah macam mana nak buat persiapan untuk baby nanti.. baru beli baju sehelai untk baby pun mak dia dah bising.. belikan aku susu ibu mengandung pun mak dia bising cakap aku mengada lah itulah.. hai lah ibu mertua




