Saya ada masaalah. Mohon beri pandangan yang bernas sahaja ok…
Masaalah saya berkenaan isteri saya..
Isteri saya tidak bekerja sejak melahirkan anak seorang. Saya yang menyuruhnya berhenti kerja untuk menjaga anak.
Masaalahnye sekarang. Isteri asik mintak duit sahaja. Dia cakap saya tak bagi duit nafkah padanye. Padahal gaji saya cukup2 untuk belanja makan kami 3 beranak. Gaji saya tak lebih pon 2k.
Dia mintak topup la. Padahal dia bukan ade siapa2 yang penting pon untuk dihubungi…
Kami kerap bergaduh pasal hal ini. Dia ade buat berniaga online tapi sering tak jadi. Tahun lepas dan tahun ni baju raya dia saya tak beli malahan baju harian dia pon saya tak beli bukan tak nak beli duit pun tak berapa cukup macam mana nak beli?. semasa dia bekerja dia tak heran pon saya tak bagi duit kat dia. Tapi selepas dah berhenti kerja ni dia seolah2 jadi mata duitan. Dia ada cakap untuk bekerja semula di tempat lama nye. untuk bantu saya. Tapi saya tak berapa setuju…
Dia kata dia boleh bantu ringankan beban saya.. walaupon gaji dia nanti cuma 1.5k saja nanti. Dia cakap akan bayar pengasuh anak dan boleh la dia membeli pakaian anak dan keperluan lain. saya akui masa dia bekerja dia yang banyak support duit belanja rumah. saya sangat relax time tu. tapi sejak dia tak kerja saya rasa terbeban. Saya risau kalau anak kami diberi pada pngasuh yang akan mendera anak kami. saya sayag anak saya…
Patut ke saya bagi isteri saya kerja balik
Buntu la saya sebab kalau saya tak bagi dia kerap nak mintak duit saja dan orang dah biasa pegang duit memang macam tu.. Buntu dan dilema antara nak bagi atau tak septutnya dia faham bila seorang bkerja mestilah kena bjimat cermat tak macam dulu. Kalau dulu lainlah cerita.. Kalau anak nak hantar pengasuh sekarang ni mcm2 kes pulak.. Dilema oi dilema..




