Assalammualaikum reader semua. Aku dah kahwen dekat 4 tahun. Semua ok je cuma sekarang ni husband aku dah jumpa hobi bela ikan. So, duit banyak habis dekat hobi. Lepas tu bila dia buat kerja macam cuci aquarium dia. Dia suka biar bersepah. Kami ada anak kecik. Sorang Umur 3 tahun, sorang lagi baru pandai meniarap. Semua benda dia jumpa dia nak bawak masuk mulut. Aku banyak kali dah bising dengan husband aku suruh kemas semula lepas buat kerja tapi tu la ibarat angin lalu.
Kadang sebab hobi dia tu kami selalu nak bergaduh duit untuk aku memang dia tak bagi since aku kerja tapi tu aku tak kisah sangat sebab pampers, susu anak suma dia masih beli. Yang aku geram bila dia banyak habis duit untuk hobi. Untuk aku macam nak berkira. Kalau sikit-sikit aku ok je. Korang bayangkan la. Umah flat pastu penuh dengan aquarium dekat 7 bijik aquarium dalam rumah aku. Aku adalah mengadu dekat mertua aku suruh nasihatkan anak dia. Tapi dia boleh cakap dekat aku. ‘Biasalah.. dia memang suka macam tu.’
Mak mertua aku ni pon kadang aku heran jugak. Macam tak leh nak respect privacy anak menantu. Kami laki bini duduk dalam bilik selamber je bukak pintu alasan nak main dengan cucu. Lepas tu kalau datang habis semua benda nak alih. Pernah sekali tu dia alih katil dalam bilik tetamu aku. Katil tu dekat dengan tingkap. Alasan dia senang nak sidai baju. Cepat kering bila letak dekat tingkap penyidai tu. Padahal dah memang ada tempat sidai dekat balkoni. Family in law aku ok cuma tu la kadang macam tak boleh nak respect orang.
Pernah sekali tu aku balik kampung kak ipar aku ni memandai-mandai suap anak aku makan telur. Masa tu anak aku baru nak masuk 6 bulan. Tak de gigi lagi. Telur tu kesat tak cair bila kena air liur. Aku dah larang tapi dia beria-ria jugak datang suap. Aku nak tepis takut kecik hati. Tengok je la anak aku kena suap sampai nak tercekik. Lepas tu tau pon pucat muka. Baru ni ada datang rumah. Nak bagi jajan pulak. Aku tegur nasib tak jadi. Lepas tu, dia bagi keropok ikan pulak.
Anak aku kulit dia sensitif tak boleh makan ikut suka nanti jadi gatal2. Aku dah cakap dia kata kena ajar jugak sikit2. Lepas tu aku marah terus sentap sampai hari ni.
Aku bukan tak bagi orang suap anak aku makan tapi bagi la benda yang berkhasiat. Jajan tu kalau boleh tunggu la dia besar baru nak bagi pon. Sekarang ni kecik lagi.. 0tak tengah nak berkembang. Lagipon anak aku alergic. Kalau salah makan bergaru la dia. Kadang sampai berdarah2 dia garu. Kesian aku tengok anak aku. Anak dia sendiri dia bagi aku tak pernah tegur. Even anak buah aku tu baru setahun lebih. Aku bukan nak burukkan diorang tapi tu la. Kadang stress la bila duduk dengan diorang.