Aku nk kongsi 1 kisah. Ini psl kakak aku, dia baru bercerai dengan laki dia gara-gara laki dia curang 2 bulan lepas. Tapi ini bukan pasal kakak aku yang aku ni citer kan ni pasal ada seorang perempuan ni dah kahwin ada anak 2 dia ni kira kawan kakak aku juga, bila dia tau kakak aku bercerai dia habis bersorak, membawang, mengumpat pasal kakak aku ni pada semua orang yang kenal kakak aku ni terutama rakan sekolah. Di fb dia up citer kakak aku konon si polan ni di ceraikan suami sebab si polan ( kakak aku ) jahat, derhaka, ada jantan lain. pastu dia pun up lagi citer konon dia cukup menjaga suami dia, jaga makan pakai secukupnya, bagi layanan battin tak pernah terabai, asal laki nak dia bagi.
Aku stalk fb dia, aku menyamar dan aku berjaya jadi fren fb dia. Pehh memang kebabom kisah dia yang ajet2 good tu. Aku tengok muka bukan lawa sangt pun hitam, gemuk tapi aki dia boleh tahan handsome juga dan ada kerjaya kereta besar gaji pun mungkin besar sebab itu berlagak sangat. Aku memang berdendam dengan perempuan ni sebab gara-gara mulutnya mencanang kisah yang tak betul pasal kakak aku, kakak aku hampir bnuh diri sebab tertekan dengan pandangan serong jiran2 tetangga. Dari dendam aku yang begitu mendalam akhirnya aku plan untuk kenakan dia balik.
Aku goda laki dia, aku add fb dan akhirnya aku berjaya dapat no tel nak di jadikan cerita mula2 laki dia tak layan namun aku tak putus asa aku terus mengayat, dan akhirnya satu hari aku sengaja langgar kereta laki dia, dan laki dia yang handsome itu tolong settle semua dan dia tak salahkan aku, dari situ kami mula rapat. Dalam masa yang sama dia tak tau aku yang dok pm dia, whatsaap dia nak ngorat dia. Akhirnya kami bertukar no fon. Dan dalam masa seminggu aku dah berjaya goda dia, kami dah keluar tengok wayang, siap pegang tangan lagi bukan tu je, lelaki tu dah berani peluk aku, secara tak di duga dia dah berani cium bibir aku.
Waktu tu dlm kereta aku sengaja biarkan dia pegang tangan aku, ya aku memang nak semua itu berlaku sebab satu je motif aku, DENDAM pada wife dia yang keterlaluan menghina kakak aku. Dan akhirnya aku berjaya, dan lelaki itu akhirnya membawa aku ke kondo rahsianya. Katanya itu adalah kondo milik dia, dan wife dia taktau menahu pun pasal itu. Dan dia tak pernah bawa mana2 perempuan pun ke situ dan aku adalah perempuan pertama yang dia bawa ke situ. Aku tersenyum puas, akhirnya lelaki itu berjaya masuk ke perangkap aku.
Lelaki itu mengaku dia sudah jatuh hati dengan aku dia jatuh hati melihat wajah aku yang menawan memikat kalbu bibir aku yang merah menggoda dan tubuh aku yang menggiurkan. Ya, mungkin kali ini aku terpaksa hancurkan hidup aku sendiri hanya kerana dendam. Ya aku memang berdendam, aku tak pernah serahkan tubuh aku pada mana2 jantan pun, tak pernah… tapi untuk kali ini aku ‘terpaksa ‘ hanya kerana dendam kesumat pada wife dia. Ya.. akhirnya kami terlanjur, bukan sekali tapi berkali-kali.. aku ulanginya berkali-kali min.
Sekarang lelaki itu sudah angau dengan aku, dan dia dah nekad dia akan ceraikan wife dia. Aku pada mulanya agak tersentak dengan tindakannya tp aku tersenyum puas. akhirnya btina akan jadi janda juga seperti kakak aku yang dia hina, kutuk itu.. yup. Apa yang di katakan oleh btina tu akhirnya berbalik pada dirinya, 2 hari lalu dia telah di ceraikan.. talak berapa aku taktau, aku baca status di fb dia cukup menyentuh hati hahaha, tapi aku puas…. akhirnya dendam aku berbalas……
Sekarang lelaki itu nak ajak aku kahwin tapi aku belum bagi jawapan lagi, aku tahu dia lelaki yang baik, klu dia jahat tentu dia tak ajak aku nikah dengan dia. Tapi aku taktau nak nikah ke tidak dengan dia sebab apa yang aku lakukan adalah kerana dendam.. dendam yang mendalam. Jadi ingat pesanan aku buat semua perempuan di luar sana, baik korang jaga rumah tangga korang elok2 jgn sampai nasib korang jadi macam btina ni. Silap besar dia sebab yang dia hina kuttuk tu adalah kakak kesayangan aku, Sekarang rumah tangga dia sdh hancur. rasakan Kahkahkah