Salam krt..tq post kan luahan sya..ni fake fb. Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya.. Walau aku tau banyak yangtak sempurna.. Terima kasih jadi kan Aku isteri dan ibu kepada anak2 mu. Aku luah kan segala yangaku rase di sini. kerana kau sendiri tahu aku tiada teman malah kawan baik pun. Tahun ni 2018 bermakna sudah masok 12 tahun kite melayari bahtera rumah tangga dan sudah 14 tahun kite kenal antara satu sama lain. tapi cinta dan sayang kite tak kuat dan tak utuh. sehingga wujud orang ketiga. di mane kau menyintai orang lain selepas aku.
Yeaaa betul aku sangat2 tersiksa bile mengetahui segalanya. aku kecewa. aku putus harapan. hati aku hancur tersangat la hancur seperti kaca terhempas. berderai derai walau aku cube kutip dan kau membantu untuk camtumkannya semula tapi ianya tidak akan seperti asal sebab telah retak seribu. Tidak tau bagaimane aku nak meluahkan lagi ape yang aku rase. hanya ade batu besar yangsedang menghimpap ku. dan aku tak mampu nak menanggungnya. Di mane la kate setia kate sayang dan janji2 kau dulu…hanya menyintai aku. Tapi aku terleka dengan segalanya..
Maafkan aku kerana tidak menjage hati mu. Merana aku sendiri harus menjaga hati aku. aku merajok pujuk sendiri hati aku. setiap kali aku bagitau aku ingin di pujuk. tapi kau cakap kau tak reti untuk itu semua. yaaa suamiku. aku tau kau tak romantik tapi hati aku sebagai seorang wanita. setiap wanita ingin d pujuk, d rayu, d belai.. tapi aku tak lalui semua itu. ya dari kite kahwin sampai la sekarang. dulu becinta kau selalu amik berat akan perihal aku. selalu bagi kate romantis. tapi bile anak daa 3 semua tu hilang. hilang macam hati aku. aku selalu pujuk hati aku mengatakan kau memang daa begitu tetapi rupenya ada orang lain di hati kau.
Yaa aku akui aku ada salah dan bende ni jadi pun ade hikmahnya kalau perkara lain mungkin aku boleh terima tapi pasal WANITA maaf aku tak mampu. aku tak mampu nak hadap semuanya. ya aku wanita yang dambakan kasih sayang suami. tapi semua itu tak ade. kau perlukan aku bile perlu. kau dambakan aku bile perlu. ucapan sayang dari kau hanya bile waktu kite bersama.. Di waktu hari biase tiada ungkapan sayang pun. Yea aku tau kau tak romantik tapi rupenya ucapan itu daa ditujukan kepada orang lain. hanya aku yang ternanti nanti ucapan itu.
SUAMI KU. kau minta aku menjaga hati kau. tapi adekah kau menjaga hati aku. mengambil berat perihal hati ku sewaktu kau tabur cinta pada yang lain. ade kau ingat aku sewaktu kau bersamanya. ade kau fikir ape akan jadi dan ade kau fikir ape yang aku rasa. sedangkan aku d rumah sesetia isteri dalam menjaga kebajikan anak2 mu. Suami ku aku hargai setiap penat lelah mu supaya keiginanku dan anak2 dapat d sempurnakan.
Tetapi apabila kau mencarik sendiri kebahagian dan kseronokan d luar ape la yang aku rase…Suami ku kau suami yang hebat dalam merencana hidup mu sehingga kan aku mempercayai mu lebih dari 100% ya betul lebih dari segala nya aku mempercayai mu. kau berikan aku kate supaya bagi kau mase 6 bulan untuk kau buat bussines bagi berjaya. yaa aku percaya tapi rupenya kau ade yang lain waktu tu.
kau kaburkan aku dengan kebaikan kau supaya aku tak mengesyaki ape2 tapi suami ku ALLAH tu tak tidur. ALLAH MAHA mengetahui walau sehebat mane kau rancangkan dan sembunyi kan akhirnya aku ketahuan. Dan sewaktu tu aku bagai tidak berpijak di bumi nyata. ketahuan selepas kite bersama penuh dengan kasih sayang ape yang aku rase? Suami ku.. aku lepaskan kau kerana aku nak kau bahagia. aku redho kan segalanya bukan aku membenci tapi hati aku sgt TERLUKA..