salam warga krt. usia perkahwinan saya baru menjangkau 1 tahun. tapi saya rasa suami dah tak bahagia dengan saya. sejak dari hari pertama saya jadi isteri dia, Allah dah tunjuk siapa dia sebenarnya, tapi saya tutup mata dengan mengangap itu ialah ujian berumahtangga. saya dan dia tunang tak lama, dlm 9 bulan macam tu. Bayangkan sepanjang tempoh pertunangan saya ada wanita lain disisi dia menemani hari2 dia yang indah sedangkan pada ketika itu saya bertungkus lumus menyiapkan untuk majlis perkahwinan.
Tak pernah saya minta dia buat lebih dari kemampuan dia. saya buat keputusan kahwin dengan dia pon sebab dia cakap dia dah sedia nak berkahwin, nak ada tggungjawab. saya jenis permudahkan semua nya hantaran pon saya minta dia berapa yang dia mampu tak jejak ponnn 5k sebab niat saya memang tak nak susahkan bakal suami. keluarga saya pula, dia lagi tak ambil kisah soal wang hantaran, berapa dia nak bagi, bagi la. kalau tak ade, tak ade la.
Betapa dia d terima baik oleh keluarga saya, tapi syang di hancurkan hati satu2 nya anak perempuan dalam keluarga ni. saya tak pernah buka pekung suami saya pada keluarga, mak saya dah pesan dari awal lagi, dia cakap biar lah pekung suami tu saya simpan atau luahkan pada keluarga suami, buruk mana pon perangai suami keluarga dia tak kan berpaling dari suami kerana mereka ada pertalian darah, tapi lain kalau saya cerita pada keluarga saya, keluarga saya tiada pertalian darah, mereka boleh membenci suami bahkan buat perkara yang tak djgkau.
Lepas kahwin saya pindah ikut suami duduk di daerah kampungnya. tak duduk dengan keluarga dia, tapi satu daerah dengan keluarganya. jadi saya ni hampir tiap2 mggu dtg umah mertua. saya bersyukur sebab dkurnia kan keluarga mertua yang sangat memahami saya. mereka faham sangat dengan perangai dan karenah suami saya. jadi mereka tau apa yang saya lalui. yang jadi suami tak bahagia dengan saya, bila mana dia tak pernah pon putus kan berhubung dengan mata air dia masa tunang dulu sehingga sekarang seperti yang dijanjikan ketika awal berkahwin dulu.
Saya rasa kesilapan terbesar dia ialah bertunang dengan saya. kalau ketika dia berkenalan dengan mata air dia, dia masih single mungkin hidup mereka akan bahagia. sejujurnya sekarang saya rasa dia memang dah hilang terus perasaan kat saya, pandangan mata dia pada saya tu kosong, macam dah tak ada isi apa2. bila bercakap dengan saya, tau nya nak marah je. tinggi2 kan suara. sampai saya rasa dia buat saya macam tak ada keluarga, punya kerdil nye saya pada mata dia. tapi bila bercakap dengan mata air bukan main lembut lagi saya dengar dia punya call record.. then sekarang saya ni dlm dilemma, nak pilih masih kekalkan perkahwinan saya ni, atauu berpisah dengan cara baik.
Saya ni pandang muka dia je pon dah menitis air mata. dlm hati selalu ckp, ‘akulah punca kau tak bahagia’. saya sedia undur diri, jika itu yang dia mahu, dari jadi pemisah kebahagian mereka.
untuk pengetahuan semua, saya ni lepas kahwin teros cari kerja kat sini. niat hati mmg tak nak susah kan suami, susahkan keluarga, dari dulu dah terbiasa susah pon diam2 je, walaupun saya kerja, sarapan n makan malam jrg saya tak masak. mesti bngun awal pagi nk siapkn sarap dan balik kje je tak tros cari dapor nak sedia kan makan dia. saya ni kadang terpikir selalu jadi b0d0h sebab nak senangkan suami. tapi suami tak hargai pon apa pengorbanan saya.
Perlu ke saya kekalkan perkahwinan yang tak bahagia ini atau pisah dan cari bahagia masing2.. mungkin suami bukan jodoh saya, sebab dulu sejak suami melamar saya, saya doa dialah jodoh saya. sepatutnya saya doa Allah temukn saya dengan jodoh yang tepat. tak tau lah nak kata. tolonglah warga krt bagi pendapat yang membina. sebab saya dah buntu nak cari cara penyelesaian. hari2 nangis pikirkan kebahagian yang dah lenyap.




