assalamualaikum semua.. saya seorang pengasuh muda yang belum ada anak lagi setelah hampir 4 tahun mendirikan rumahtangga. saya mengasuh sepasang anak dri seorang kak J, rutin harian semuanya ok macam biasa sampai lah saya perasan yang saya dia dipergunakan oleh kak J. mula hantar dan amek anak sesuka hati, saya boleh terima lagi disebabkn dia seorang saja yang menyara 3 anak dan keadaan ekonomi tak stabil jadi saya cuba fahamkan dan letakkan diri saya di tempat dia bagaimana rasanya jadi seorang kak J.
Memang saya akui saya sayang sangat2 pada anak asuhan seperti anak sendiri kemana saja saya pergi saya akan bawa 2 beradik tu walaupun bercuti, balik kampung dan sebagainya sehingga lah orang ramai sangkakan itu anak kami.. lama kelamaan kak J nampak yang saya ni terlalu amek berat pada anak2 dia smpaikan dia tak peduli pun pada anak2, semua apa kata saya lah dari makan pakai sampai lah jaga anak dia di hospital ulang alik dah macam orang gaji. saya cuba positif kan diri dan niat untuk membantu disebabkan faham situasi dan keadaan dia..
Masa bercuti saya akan share gambar anak2 pada dia bolehlah terubat rindu seketika dan kebiasaannya saya sharekan gambar2 kami semua dia status whatsapp saya, rupanya dalam diam dia ss gmbar husband saya dengan anak2 upload di ig dia tanpa pengetahuan saya, kononnya tulah pengganti baru ayah pada anak2 dia (untuk makluman semua kak J tak tahu pun yang saya ada ig dan fb dia).. Bukan sekali dua ye gambar husband saya dia upload tapi berkali kali…
Start dari sini perasaan saya bercampur baur bukan itu saja selalu juga tanya kan khabar, kerja atau tak pasal husband saya.. pernah dia belikan untuk husband rokok berkotak2 katanya asyik belikan untuk saya je untuk husband tak ada apa pun. Hujung minggu biasanya saya cuti dari mengasuh, dapatlah berehat dan kemas2 rumah tetapi sebaliknya saya pula dipaksa untuk jaga anak2 dia yang katanya kena kerja waktu cuti. masih boleh berlembut lagi saya terima saje mudah mudahan dapat lah belanja lebih..
Fone yang saya guna sekarang ni sbnarnya fone kak J dia bagi pada saya.
Nak dijadikan crita email masuk rupanya2 dia booked tiket wayang bukanlah kerja yang sampai memaksa saya jaga juga anak2 dia. tu belum cerita lagi dia huha huha dengan kawan2 dekat genting yang anak2 menunggu lah sampai tertido kadang2 2 hari tak amek anak hebat btul..
Baru-baru ni katanya nk ke 1 tempat anak2 kena tdo dengan saya. Saya pun ok fkirkn dia kene travel kerja sebab slalunya dia akan travel ke sana ke mari tapi malangnya kena tipu hidup2 rupanya di bercuti dengan sorang lelaki saya rasa terkilan sangat2 yang susah payah nya saya yang senang lenang nya dia..
Masalah sekarang ni saya tak mampu dah rasanya nak jaga anak2 dia sebab perangai kak J macam ni dengan gaji ikut suka nak bayar bila dan berapa.. kalau lah saya mampu kerja sendiri tanpa mengasuh kan senang ini tak, dengan kesihatan tak mgizinkn terpaksa juga lah hadap walau orang cakap saya b0d0h masih mengasuh padahal orang tak tahu susah saya dengan suami macam mne saya mgasuh pun untuk bantu suami slepas kami jatuh terduduk.. jikalau ada pandangan dan pendapat masing2 saya terima dengan hati yang terbuka.