Assalamualaikum dan Selamat pagi,
Kami berkahwin 8tahun dan masih blm dikurnia zuriat lagi. Suami saya kerja sendiri dan kini jobless. Saya ada ambilkan suami lesen lori, tapi smp skng dia masih blm cari kerja. Utk pengetahuan, saya bekerja 8-5 dan ada buat bisnes part time bisnes online. Segala bil api, air, rumah dan tunggakan sewa rumah lama saya yang selesaikan. Suami kadang2 sediakan barang2 dapur dan lauk.
Dijadikan cerita, minggu lepas saya terjumpa hp dalam beg laptop suami (sblm ni hp suami rosak). Saya buka dan baca semua whatsapp dengan prmpn lain. Siap bervideo call dan bersayag2. Alasan suami melayan pmp lain sebab saya sibuk berbisnes online. Saya tiada masa melayan dia. Bila saya bersuara dan ajak berbincang, nanti berakhir dengan pergaduhan. Jadi segala perkara salah yg suami lakukan saya tak blh tegur. Cuma mendiamkan diri dan menahan perasaan. Sebab bila kami bergaduh, dia akan paksa saya utk ikut cakap dia. Saya perlu meminta maaf dan memujuk jika tak dia akan bertindak luar kawalan. Cthnya, bawa kereta saya laju2, tak izinkan saya pergi kerja, bocorkan tayar kereta saya ,etc.
Hati saya dah tawar, terasa suami tak pernah hargai segala pergorbanan saya selama ni. Tapi saya takut untuk melangkap kehadapan, Saya takut bila kami berpisah dia akan buat sesuatu pada rumah saya dia musnahkan baling pecahkan sebab dia ada kunci rumah. Sebelum ni pernah kami bergduh, dia pecahkan barang2 niaga saya. Saya mampu diam dan minta maaf, hakikatnya hati saya terlalu sakit utk setiap perlakuan dia pada saya. Harap boleh bagi kata2 semangat untuk saya teruskan hidup.




