Assalamualaikum..admin please hide profile me..nak tanya korang,apa korang rasa bila minta duit(rm20) kat suami nak beli barang dapur nak bg anak makan,tapi suami mendengus mengeluh then buat muka..dalam erti kata lain dia marah dan tak suka?ya Allah pedihnya hati ni. maybe dia rasa tak mampu nak sara kami (anak 4) bagilah saya ni keluar bekerja,bantu cari duit..ni tak dah 13 tahun tepacak je kat sini asik suruh sabar sabar sabar..13 tahun kot dah sabar..anak makin membesar makin banyak nak guna duit..dah pernah buat online bisnes tapi bila dapat duit tu habis dia suruh guna untuk keperluan barang rumah dan anak..mak mak ni tau la bila bab anak sentiasa akan mengalah..saya dah tak sanggup hidup macam ni.
saya kalau boleh nak kerja nak cari duit untuk anak..saya dah letih untuk semua ni..apa yang saya faham tang suami saya ni, Dia sejenis yang tak suka tengok bila saya senang..sengaja dia susahkan saya..korang tau tak pernah sekali apa pun tak ade nak makan anak yang kecil dah balik balik minta nasi saya dah bagi tau dia tapi dia melopong je main hp tengok tv, saya jalan kaki (saya tak pandai drive) sejauh 3km untuk ke pasar mini berdekatan dah tu bawa anak yang kecil..ingatkan dia nak la ambik saya kat pasar tu,sudahnya sejam saya tunggu takde juga..balik jalan kaki sampai kat rumah dia blh tidur.
Ya Allah. dugaan apakah ini. saya dah jenuh..penat..doa saya,kalau benar ini jodoh terbaik yang Tuhan tentukan,KAU peliharalah hubungan ini dan beri kesedaran untuk suami tentang tanggungjawab dia. tapi jika hubungan ni membawa keburukan buat saya dan anak anak, putuskanlah dengan cara yang halal biarpun KAU membecinya. benar saya dah penat..emosi down.