Assalammualaikum. Saya tak tahu nak mula dari mana saya cuma nak minta pendapat adakah salah sekiranya saya minta suami bayar balik duit yang saya belanja anak makan dikedai pakai duit nafkah yang dia bagi pada saya?
Kira minta claim laa. Ceritanya begini mula saya perasan suami ada simpan duit dalam bagi jalan dia. Kebetulan baru ni suami kerja shift malam jadi saya rasa macam tak nak masak nak bawa anak makan diluar, diaorang punya seronok saya pun seronok lagi2 anak saya yang no dua memang suka makan dekat kedai selera dia lain macam saya tengok. haha
Saya cuma order nasi paprik 1, air barli dan teh tarik tu pun pasal saya da kenyang kongsi laa empat beranak saya dan tiga orang anak saya.
Jumlah semua RM8.9 masa ni saya guna duit nafkah yang suami beri pada saya bayar makanan tu dalam hati tak apalah nanti claim balik kat suami pasal makan minum kan tanggungan dia hehe. Esoknya pula jug jerang air rosak terpaksa jerang air guna periuk,suami janji nak beli hari ni tapi tak jadi pasal saya ambil duit claim makan baru ni tak bagi tahu dia jadi dia marah saya dan tak nak bawa kami yang dah siap ni keluar jalan hari ni. Lepas dia marah saya bagi balik duit tu pada dia.. Saya tak bekerja jadi rm 200 yang dia bagi pada saya tu saya sayang nak guna tapi pasal dia masam muka tak jadi bawa saya keluar saya bagi laa balik duit tu..
Saya sekarang surirumah je tak bekerja dia cakap dekat saya dah laa tak kerja boros pulak tu. Sedihnya saya bawa anak makan sepingan nasi minta pingan kosong min air dua gelas kongsi 4 beranak. Dia tahun ni beli motor baru,handphone baru siap buat kad kredit lagi beli iphone harga 3k..Tadi bertekak dengan dia saya cakap tak apalah ambil balik duit tu biar lah dia je hidup senang motor baru hp baru anak teringin nak makan dikedai telan saja air liur. Tahu salah saya juga ambil duit tak bagitahu dia tappi saya terkilan dia cakap saya malas masak sedangkan saya hari2 masak untuk makan. Sedih sangat menitik air mata bila kenangkan pasal apa yang jadi..




