salam krt ,tlg hide kan details saya . saya nak luahkan dan minta pandangan apa yang dah jadi pada saya . semalam saya datang umah abang ipar, tak duduk sekali pun cuma datang je dan saya lapar tak makan terakhir makan dalam pukul 6 petang . saya pregnant dan teringin nak makan ayam penyet di kampung baru tu ajak suami tapi suami ckp 8.30 mlm kita gerak la.
Sebelum tu saya dah makan sikit daging burger di rumah abang dia, takakan nak makan lagi sebab makanan dalam peti ais tu tinggal sikit. ok la tunggu sampai pukul 8.30 tiba2 mak mertua dari rumah maktam datang ke rumah abang dia ni bising dan mengadu pasal kad pencen ni adik bongsu dia yang ambil. sampai la buka cerita pasal barang kemas kakak dia ditukar dengan barang palsu, tak tau angkara siapa sebab adik dia suka bawa orang luar masuk rumah.
Dah pernah pesan jangan bawa tapi bawa juga. Selepas tu mak dia cakap nak guna bomoh untuk tau siapa yang buat ya allah dah khurafat dah bagi saya tu. Dalam masa yang sama mak dia bising marahkan orang lain sampai lah menantu lain terasa dan saya juga terasa sebab mertua cakap makan nak sedap sampai duit laki habis. Bagi saya itu nafkah memang wajib dia bagi.
Lagipun selama ni duit saya yang banyak keluar dari suami sebab motor suami kat bengkel jadi bila guna kereta duit jadi beban sikit . Sampai saya tunggu pukul 12 tengah malam nak makan nasi ayam penyet tu tak dapat sebab kedai tutup. Berapa jam saya tahan lapar sebab mengidam sangat. Selama ni suami guna kereta saya, pergi ke mana kereta saya . Tak pernah saya mengeluh tapi bila bab menyentuh hal makan ni yang buat saya terasa sebab itu adalah nafkah .
Untuk pengetahuan korang ,setiap bulan ada je yang suruh suami bank in. kadang2 mak dia minta bank in kan sebab along dia sakit tapi along dah ada suami. adik beradik lain pun kadang minta juga bukannya budak kecil. Semuanya dah bekerja dan yang tak kahwin adik laki bongsu dia je umur pun da 20 lebih.
Adik beradik laki ada 4 dan perempuan ada 2. Tambah lagi menantu dia lelaki tak bg nafkah pun kat isteri dan anak dia sehinggakan mak dia ni kadang terpaksa keluar duit . Lepas mak dia tak ada duit mula la minta suami saya duit utk orang lain. sedangkan duit cukup makan sampai saya nak makan nasi ayam penyet ni pun guna duit saya sendiri. apa yg patut saya buat ni?




