Salam,admin.. mohon hide profile saya ye. Saya nak bertanya dan minta pendapat pada warga KRT.
Andai ada ahli keluarga terdekat kita yang tidak suka pada hubungan kita dan keluarga kita tu buat hubungan kita panas sehingga berpisah, apa yg korang akan buat ye? Turutkan dan cari pengganti atau bina semula hubungan tu, buktikan yang jodoh korang masih kuat.
Ceritanya begini. Kami dah berkahwin dan dah berpisah pun. Ada ahli keluarga belah isteri yang tidak sukakan hubungan kami dan telah buat sehingga kami berpisah. Orang itu buat sehingga kami saling membenci. Apabila keadaan tenang, Saya cuba pujuk kembali isteri saya untuk bersama semula, namun isteri masih berkeras. Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena sebab isteri saya tidak pernah berkelakuan begini sebelum ini. Dia seorang isteri yg baik dan mendengar kata.
Kami bahagia sepanjang perkahwinan kami, Cuma adakala bergaduh sesekali seperti pasangan lain. Akhirnya saya terpaksa melepaskan isteri saya walaupun saya tidak rela. Semasa dalam perkahwinan, Isteri saya pernah hamil beberapa kali tetapi bila usia kandungan mencecah tiga bulan, isteri saya pasti kegugguran tanpa sebab. Walaupun kami extra care, isteri saya tetap kegugguran.
Dan isteri tiada apa-apa masalah kesihatan ataupun masalah rahiim yg boleh menyebabkan kegugguran tersebut.
Baru-baru ini bekas isteri saya ada mengadu pada saya dia bermimpi dan mimpi itu seperti petunjuk pada punca masalah kami berpisah ini. Sebelum ini kami pernah pergi berubat, dan memang ada yg cuba pisahkan kami dengan cara halus. Dan punca bekas isteri saya kegugguran pun adalah disebabkan hasad dengki insan tersebut.
Dia tidak mahu bekas isteri saya punya zuriat dengan saya. Saya tidak tahu apa puncanya dan niat insan itu sehingga buatkan kami suami isteri berpisah.
Sekarang hubungan saya dgn bekas isteri masih baik, masih boleh berkawan, tapi tanpa pengetahuan keluarganya. Saya ada menyatakan hasrat untuk merujuknya kembali bersama memandangkan kami masih saling menyayangi antara satu sama lain walaupun telah hampir setahun berpisah.
Tetapi bekas isteri saya masih takut-takut untuk kembali bersama sebab dia tak nak insan itu aniaya kami lebih teruk dan buat kami berpisah semula. Bekas isteri seolah-olah trauma dengan apa yg terjadi. Apa yang perlu kami buat? Teruskan berkawan dan cari pengganti atau teruskan niat kami untuk bersama semula. Tq pada yg sudi baca dan komen. Moga ALLAH melindungi kalian. AMINN.




