Hi admin… Ni fake akaun. Nama saya lia. Anak yatim dari umur 5 tahun. Dahagakan kasih sayang penyebab saya sering bermimpi akan ada keluarga bahagia. Setelah 18 tahun tinggal di rumah anak yatim, saya mencuba nasib hidup berdikari. Kerja. Ye kerja.. Sejak pertama kali mengenal duit saya jadi seronok. Saya kumpul impian ingin ada rumah kecil. cukup la ada basikal pun tak apa untuk turun kerja.
Impian untuk ada rumah semakin hampir. Tapi kawan sekerja nasihatkan saya sambung belajar agar lebih terjamin. Saya ikut. Saya belajar sambil bekerja. Bukan mudah tapi tuhan mempermudahkan. Amin amin. syukur ketika itu. Saya dapat kerja berjawatan dalam kerajaan. Saya ada kuaters. namun impian untuk rumah sendiri masih saya kejar. Bukan basikal saya beli waktu itu tapi rezeki saya dapat kancil murah2.
Perkara pertama saya buat, saya kembali ke rumah anak yatim. Saya ajak beberapa kanak2 jalan2 pusing kawasan. berapa kali pusing saya tak ingat sebab saya angkut semua kanak2 agar dapat merasa. Setiap kali gaji, saya belikan mereka kfc banyak2. Gula2 coklat keropok.. Ya. memang itulah idaman makanan saat saya masih kecik. Waktu tu hidup saya lurus je..
Entah kenapa.. Hati saya di panah cinta. Mulanya cinta itu sedap nikmat ibarat gula2 dan coklat yg sering saya sedekahkan. Saya berkenalan dengan seorg lelaki yang agak baik ciri2 nya.. Keluarga yang ramai saudara mara. Bagaikan bintang jatuh di riba. Perasaan berbangga teramat sangat bila kita yang yatim ada keluarga.
Sebulan dua hidup ini bagaikan drama tv3. Indah seakan tak mau bangun dari tidur. Bulan ke 3.. Abang ipar datang kuaters saya. Suami masa tu belum bangun tidur. Dia menuntut hutang. Katanya selepas kawin dengan saya, saya akan bayar semua hutang tu. Saya terkedu. Saya kejut suami, entah kenapa dia terus jerit..ehmmm dah tau..apa lg bayarlah!!! Saya tergamam.
Saya teringat kawan baik saya pesan. ” hidup biar kepala di atas kepala..bukan kaki di atas kepala.” saya suruh abang ipar balik dulu sebelum saya panggil orang ramai. Masa tu suami muka serius sangat. Petang kemudian..orang yang baru saya panggil mak iaitu ibu mertua call. Saya gembira ingatkan dia tanya khabar ke. atau nak saya balik ke. rindu ke..tapi sebaliknya memakki hamun saya, katanya saya penipu. Kedekut. Anak harram sebab tu jadi anak yatim.
Pertama kali dalam hidup saya kene makki hamun begitu. Sepanjang saya membesar di rumah anak yatim belum pernah kami menyebut syal, ce1aka dan sebagainya. Saya cari suami.. Kelibat dia hilang dari rumah. Kad bank, barang kemas dan beberapa barang saya dia bawa. Perkara pertama saya buat..saya call bank..mujur bank dapat block kad tu dan mintak saya ke bank berdekatan untuk urusan bank.
Perkara ke dua, saya buat laporan polis. Dan perkara ke3 saya google mencari peguam. Saya hadapi dengan tenang. Entah kenapa air mata saya tak jatuh di pipi saat tu. Saat memandang gambar perkhawinan jiwa saya bagaikan di tikkam. Tapi memandang gambar saya bersama semua ahli keluarga saya terduduk. Menangis sampai susah nak bernafas. Hanya beberapa bulan .. Kisah cinderella saya yg begitu bahagia.
Tak sampai beberapa jam kad di block.. Suami berang membuka pintu. Muka saya di tampar dan dia dengan mudah melafas talak. Alasan dia untuk berkawin dengan saya di luahkan.. Dia nak saya buat loan untuk bayar hutang family dia. Abg dia hutang ah long. Mak nak besarkan rumah dan suami harus mencari wanita berkerjaya. Paling saya kecik hati.. Rupanya saya isteri ke 2. Isteri pertama ada di kampung berpantang. Saya langsung tidak menyedari semua tu.. Mereka pandai berahsia.
Dua malam saya menangis bagai nak gila.. Akhirnya kawan saya datang. Dia kata dia tak sedap hati. Bagaikan terpanggil untuk jumpa saya. Kawan saya hanya suruh saya mandi dan bersolat. Jangan cita apa2 cerita dulu dengan tuhan. Malam tu dia bawa saya keluar. Rupanya kawan saya ajak ke rumah pakcik makcik dia.. Dia pun dulu anak yatim tp pakcik makcik dia orang susah. Ketenangan dapat saya rasai di rumah itu.
Tapi Bagaimana esok. Andai saya balik semula ke quaters. adakah saya akan tenang..dapatkah saya kerja seperti sediakala.. Bagaimana berhadapan dengan orang. Sedangkan saya baru beberapa bulan menikah.. Bagaimana nak melupakan keindahan beberapa bulan yg saya hadapi.. Malangnya saya.. Andailah saya ada ibubapa adik beradik seperti yang lain.. Adakah kejam cara saya tidak membantu keluarga bekas suami saya..
Kepada bekas suami ku.. Sudah 5 hari kau ceraikan aku terima kasih Kau lupa mie kau lupa Aku ni ank yatim Aku kejar nak beli rumah Kalau aku kaya Aku beli alza bukan kancil Ambik la bawa gadai barang kemas tu.. Jangan kau menangis depan kedai tu ye.. Sebab tu semua rantai mas celop. Aku walau pegawai kerajaan sekalipun.. Impian aku rumah.. sedekahku pada orang yg memerlukan..kasih ku pada yang iklas.. Carilah lagi yg lebih berkerjaya dariku.. Bye mie.. Kirim salam pada semua family kau ye..