Aku selalu rasa sunyi bila anak2 dah tidur.. Sebenarnya aku isteri yang sunyi.. Kadang2 aku rasa aku tak disayangi suami aku pun.. Aku faham lelaki tak sama.. ada yang caring ada yang romantik.. tapi aku pun tak pasti suami aku kategori apa.. Dulu zaman anak dare. teringin nak jadi isteri yang menyenangkan untuk suami ( aku belum tahu siapa jodohku).. Nak jadi isteri yang baik. Tapi entahlah kenapa angan2 tu sekadar angan2 mat jenin.. Tak jadi nyata.
Suami seorang yang baik dan lembut tutur kata serta penyabar tapi aku rasa dia tak sayang aku sebagai isteri pun. Dia pernah kecewa dengan aku sebab aku bukan perempuan yang lembut macam dia nak.. Dan aku sentiasa usaha nak bagi dia sayang pada aku.. Tapi lama kelamaan aku rasa macam aku ni bukan lah siapa2 pun. Adik beradik dia lebih penting dari aku.. Kalau balik Kelantan mmg aku duduk kat belakang sekali.. mujur ada anak2.. Alasannya jarang balik kampung jadi nak bagi sehabis baik untuk adik beradik.. ‘nak bawok adik2 derak’ katanya..
Awal2 memang agak melukakan tapi lama2 aku dah lali dan jadi takberperasaan.. Aku ini walaupun garang, agak cepat marah, tapi hati aku cepat tersentuh dan sensitif..Aku cepat menangis dan aku sangat manja sebenarnya.. Dulu aku selalu bayangkan nak berkepit dengan suami sebab aku suka dimanja..Tapi jangkaan meleset..
Lepas nikah pun aku takpernah pergi berbulan madu.. Sampai anak dua pun tak pernah jugak.. Sumpah aku teringin sangat nak jalan2 macam orang lain. Bila aku tengok facebook kawan2 selalu post pegi korea,jepun, indonesia, melbourne, thailand etc., aku cepat2 tutup sebab aku sedih.. Dan aku sangat sunyi..
Nak pegi Penang pun suami takmahu.. Nak ajak pegi cameron pun takberminat. Dia akan pergi kalau nak melawat adik2 dia atau ada hal sahaja.. Sedih.. aku teringin nak pergi jalan2 mcm orang lain.. Bawak dekat pun cukup la tapi suami aku takmahu.. katanya anak kecil lg susah nak handle… Komunikasi kamj agak teruk.. Dalam telefon pun aku cuma save kan ‘nama’ dia sahaja..tak ada istilah suami /husband/syang etc. Sebab lama kelamaan hati aku jadi semakin tawar.. Tawar yang aku rasakan sangat susah nak diperisakan semula. Aku jadi takberapa kisah sangat dengan suami.
Suami aku mmg tak ada perempuan lain atau siapa2 cuma aku penah terjumpa whatsapp2 dia nak langgan perempuan.
Bila aku tanya dia cakap cuma nak bagi rasa stim macam tu.. Aku memang lah sedih tapi itulah aku tanggung sorang2 saja.. Kes tu paling beri impak untuk aku dan jadi tanda aras hilang rasa kasih aku dekat suami. Kenapa dia takmemahami aku.. Aku cuma nak selalu dipeluk saja.. Tapi suami aku ego.. Sekarang aku rasa kami sangat hambar.. Bukan nya aku taknak usaha. Selalu aku yang akan peluk dia kuat2 minta maaf.. tapi perasaan aku dah tawar.. Hati aku jadi keras.. Tak ada rasa cinta.. Please guys doakan aku ya..




