Kadang rasa iri hati , Rasa cemburu .. Tak tipu . Betul … Iri hati dengan suami sendiri , Cemburu dengan kebebasan seorang lelaki . Boleh keluar pegi mana je tanpa perlu susah hati . Ape nak susah … Isteri kt umah boleh jaga diri sendiri . Anak kat umah isteri boleh jaga gak . kencing berak anak isteri kan ada . Umah bersepah isteri boleh kemas . Makan pandai2 lah dah bagi duit . Tak masak oder online jelah . Suami cuma fokus KEBAJIKAN lain je . Semua isteri boleh uruskan . Suami boleh buat keje kt luar dengan tenang tanpa gangguan anak2 . Boleh mengeteh ,boleh memancing ng kwn2, boleh makan kt luar dengan kawan2 tanpa mengawal anak2 yg makan comot dan tak duduk diam . Belum bab tumpahkan air makan,muntah semua .
Kadang aku cemburu .. Aku nak gak “me time” . Setiap hari pegang penyapu, basuh, sidai, lipat baju, pinggan, mangkuk, belanga.. . Hadap dinding umah..hadap bnda yg sama setiap waktu. . Kalau barang2 dlm umah ni boleh cakap mesti dia pun kata dah bosan tengok muka kauuu je! Sebenarnya aku boleh je ikutkan perasaan keluar menghibur hati . Tapi bila pandang luar aku sendiri tak tau nak ke mana . Aku nak pergi jalan2 ke mana dengan bawa anak2 bila nak keluar berjalan pun angkut gak anak2. . Even kalau aku dibenarkan keluar sendiri pun aku akan berfikir anak kt rumah mcm mna . Banyak benda aku pikir. Kalau jalan dengan anak2 nanti kalau aku nak g toilet kt Mall sape nak jaga anak kt luar. Klu aku shopping sape nak tolong bawa brg2.
Nak keluar dengan kawan2 smua bekerja dan masing2 ada urusan . Akhirnya duk rumah jelah layan pesbuk . Bosan2 bukak Lazada , shopee cuci mata sambil ditemani anak yg duk panjat2 kite . Tarik2 rambut kite walupun dh disikat rapi . Bila suami balik mendengar pulak cerita stress bab kerje2 dia , kite ia2 kan aje..nak jaga hati punya pasal kan…dia tak pikir kite punya stress kat umah ni … Tak pun bukak kasut duk kt sofa sambung reply wasap hp .. Raut wajah isteri langsung diabai . Yelah kan Isteri kan duk rumah je . So tak mungkin ada masalah .. Lama2 suami pun dah tak boleh beza raut muka isteri yg ada masalah , yg sakit , yg penat , yg stress .. Sama aje muka tu..
Inilah rutin seorang suri rumah . Ibarat terpenjara di sangkar emas . Betul !! Org kata mengadu lah di tikar sejadah . Tapi sebenarnye jauh di sudut hati seorang isteri ingin bersandar pada bahu seorang suami . Ingin suami mndengar masalhnye . Ingin suami menyapu setiap titik air mata yg jatuh . Ingtlah . Isteri itu cuma pinjaman dr Allah . Jodoh , ajal maut semua di tangan Allah Hargailah selagi ada.