Hai admin tolong hide fb kawan aku. Aku minta tolong dia post kan. Sebab aku tiada fb gantian. Terima kasih admin.
Ini adalah luahan hati aku,
Aku seorang suri rumah sepenuh masa. Ibu seorang anak. Sudah 3 tahun berkahwin. Dan tinggal bersama ibu mertua. Ibu mertua seorang balu. Dan kami sedang menunggu rumah siap yang terletak tidak jauh dari rumah mertua. Masalah saya sekarang ni, sejak dua bulan kebelakangan ni perangai ibu mertua agak ganjil banyak. Kalau dulu sebelum ini memang ada berubah sejak bapa mertua meninggal dua tahun lepas tapi tidak lah ganjil sangat. Apa yang ganjil? Sebelum ini ibu mertua seorang yang tidak peduli hal kami anak menantu. Oh yah abang ipar saya tinggal sekali dalam rumah ni sebab rumah sewa depa terbakar setahun lalu. Tapi sejak terbakar tu depa macam nak terus tinggal di rumah ibu mertua. Ini sebab biras saya yang cakap. Dia malas nak cari rumah lagi.
Berbalik cerita tadi, keganjilan ibu mertua bertambah tambah bila dia tiap hari dok basuh baju biras saya anak beranak. Siap angkatkan lagi. Dan hujung minggu basuhkan kasut anak anak biras. Mulanya saya tak fikir apa sebab perkara biasa bagi saya. Tapi semakin hari semakin menjadi jadi ibu mertua macam jadi kuli pada biras saya. Dok ikut saja cakap biras. Tanpa bantahan. Paling tragis dia boleh suruh ibu mertua saya masak untuk family dia di rumah tu sebab adik dia nak betunang. Ibu masak tanpa bantuan seorang pun dari pihak biras. Saya yang rasa kesian terus tolong ibu masak dan kemaskan semuanya. Biras dan suami pula jalan ke sana sini. Allahu kenapa kah?
Saya rasa tak sedap hati tengok ibu mertua macam tu dan saya slow talk dengan husband. Tolong tegur mak hang. Tak wajib dia basuh pakaian biras dan anak anak. Tak wajib dia asuh cucu dia sedangnya maknya duduk di bilik main hp. Walaupun sayang cucu tapi jangan buat lagu tu. Dan suami pun iyakan dan cuba cakap dengan mak dia. Tapi saya tak pasti dia ada cakap kee dak. Sebab tetap sama.
Sejak dua bulan ni buakn setakat basuh baju depa ja ibu mertua dah start bangun subuh masakkan sarapan depa. Sedap2 atam goreng nasi goreng. Sebelum ni tak pernah di buatnya. Selain saya yang akan bersilat di dapur. Sebab biras saya ni saya tak pasti dia makan camana sebab jarang masuk dapur melainkan kalau ada suami dia balik. Depa pjj suami keja jauh nun JB. Sebulan sekali balik. Anak depa 3 orang.
Saya bukan sejenis nak menyebok sebab saya amat menjaga hubungan kami dalam rumah. Walaupun kadang kadang saya pendam perasaan terkilan dengan biras saya ni. Suka menjaja kisah saya dengan kawan kawan dia. Makan bulan sampai jiga ke telinga saya. Tapi saya tak ambil hati biarlah dia macam tu. Yang saya ambil hati perubahan ibu mertua ni ja. Sebab dah lain sangat saya tengok. Hubungan saya dengan ibu mertua pun macam ada masalah besar macam orang bergaduh. Tak tegur sapa. Selain hal penting.
Hati saya rasa tak sedap. Apa yang jadi sebenarnya. Kenapa ibu berubah. Sebelum ni saya sangat rapat dengan ibu mertua saya. Jadi rasa kecewa sangat bila dia berubah macam ni. Saya boleh terima kalau terjadi salah faham tapi langsung tak ada. Ibu mertua seakan akan benci tengok saya tapi yang peliknya bila biras tu balik rumah mak dia ibu mertua balik macam normal. Kami akan duduk di anjung minum teh sama sama cerita hal hal dia dengan arwah abah. Tapi balik ja biras dari rumah mak dia keadaan jadi tegang balik. Satu hari dengan izin Allah, saya terdetik di hati nak minta ampun maaf daripada ibu mertua. Sebab saya rindukan dia. Saya buat solat istiqarah minta tunjukkan perkara perkara yang saya tak dapat lihat. Jadi saya dapat naluri kuat nak minta ampun dengan ibu mertua. Jadi hari kebetulan biras saya balik ke rumah mak dia.
Lepas solat isyak saya hampiri ibu mertua saya bersama suami. Saya buat cara slow talk masa tu dia tengok tv. Saya ambil tangan dia saya cakap macam ni ” ibu, maafkan saya kalau ada buat hati ibu terguris yang saya tak sengaja buat. Ampunkan saya ibu” saya kucup tangan dia dengan linangan air mata. Sebab saya betul betul sedih waktu tu dan rindu dia sangat. Tapi apa yang buat saya tergagam. Wajah dia macam marahkan saya sangat sangat. Naik merah. Dan muka masam. Dia tak tengok saya waktu tu dia diam tengok tv. Saya tanya lagi. “Ibu kenapa?” Terus ibu mertua jawab. ” aku tak de apa apa…okey aje, pergilah berubat….” aku dan suami macam pelik. Dan dengan izin Allah juga waktu tu terlintas di minda saya macam slide show dalam laptop tu muka biras saya sedang renung saya tajam. Tapi waktu tu saya tak ambil kisah. Walau dalam hati tertanya tanya.
Lepas ja ibu mertua cakap macam tu dia peluk saya. Sekejap tu saya rasa saya dapat balik ibu mertua saya. Cara dia peluk tu macam kami lama tak jumpa. Saya tanya dia ibu kenapa? Ibu sehat? Dia boleh pula tanya saya. Saya balik rumah mak saya ke? Lama tak jumpa. Saya pandang suami. Suami pun macam keliru. Esoknya balik ja biras saya anak beranak keadaan balik macam sebelumnya. Tegang. Ibu mertua pun jadi macam sediakala diam termenung.Tak bertegur sapa. Dan biras saya ada tanya soalan pelik. “Kau sakit? Nampak pucat ja” tapi saya jawab saya sehat. Lepas magrib terus saya demam badan sakit gia. Waktu saya menulis kisah ni saya masih demam. Badan sakit. Batuk keluar darah. Celah kaki antar tumit keluar serpihan kaca kuning lepas saya sapu minyak daun bidara. Kalau usia saya panjang saya akan sambung cerita ni lagi. Saya dan suami dan adukan hal ni pada abang nombor dua ni dan janji abang ngah dia akan cari ustaz nak tengok keadaan kami di rumah tu macam mana.