Salam admin.. Salam hujung ramadhan.. Saya tak ada masalah besar cuma nak meluahkan perasaan sebagai seorang isteri Saya dah 10 tahun berkahwin. Saya berkahwin di usia 18 tahun, atas dasar suka sama suka.. untuk pengetahuan.. suami saya seorang yang agak baran, memang jenis cepat marah.. tak boleh tinggi suara sikit, mesti gaduh..selama 10tahun berkahwin urusan perbelanjaan keluarga kami semua di Kongsi bersama, contoh nya.. suami bayar Rumah, saya bayar kereta, suami bayar api air, saya Beli barang dapur.. semua kami bahagi 2 kerana dulu suami mula bekerja dengan gaji rm700, saya dengan rela hati ingin membantu.. hingga kini gaji suami dah mencecah 3k.. anak dah 4,kami masih berkongsi pembelanjaan.. sekarang Saya buat bisnes online, income saya tak menentu.. kadang2 saya rasa stress dgn beban pembelanjaan Rumah yg di pikul.. suami takpernah cuba memberi lebih..
Admin bayang kan, lebihan duit Rumah rm20 pun dia akan minta balik, kerja Rumah ada juga dia bantu, tapi ikut mood dia, kalau dia takde mood nak bantu, apa pun Dia tak sentuh.. Saya penat min.. 4orang anak saya kena urus kan makan pakai, urus Rumah 24/7hari seminggu.. berniaga lagi..bila cuti hujung minggu kami pasti akan ke rumah Mak saya, dia akan tinggal kan anak2 dan saya dirumah Mak saya, dan dia pergi melepak dengan kawan2 sehingga tengah malam.. tiap2 minggu macam tu min.. takpernah miss.. korang rasa mungkin saya seronok dapat selalu bertemu keluarga, sebenarnya tak..saya kena melayani anak2 sehingga dia habis melepak..hidup saya tak ada rehat lansung..ni nak raya, dia bagi rm500 untuk belanja Baju raya 6 beranak, mcm biasa la,tak cukup saya tambah..minggu lepas saya mencari Baju raya, saya tinggal kan anak 2 orang dgn Mak saya, 2 orang saya bawa..saya pergi menaiki lrt dan bas.. suami? Macam biasa melepak di hujung minggu.
Ahad Baru ni, di sebab kan Mak saya sibuk buat kuih, anak saya TAKde org jaga jika saya nak keluar mencari persiapan raya yg masih belum cukup..jadi saya ajak suami berbuka luar sekali mencari baki2 brg yang tak cukup.. dia nampak berat tapi tetap juga setuju.. pukul 6 petang kami keluar dari Rumah, selesai berbuka dan solat di luar pada pukul 8.30 mlm.. alang2 ada di luar saya pun Singgah di Kedai Baju.. kau tau minn, taksampai 15minit muka laki saya ketat gila.. TAKde hati saya nak memilih, last2 ajak balik, dekat parking suami bergaduh dengan kereta sebelah kerana kereta sebelah parking senget.. padahal boleh je cakap elok2 depan anak2 min.. boleh bergaduh.. bulan puasa pulak tu.. malu saya rasa orang lalu lalang tengok..
Abis kisah parking masa nak keluar ke Jalanraya suami keluar simpang tampa bagi signal, berdesup sebuah kereta viva lalu hampir Langgar kami.. pemandu viva keluar.. sekali lagi suami berperang mulut.. allahu.. dah terang2 salah suami saya.. lagi dia nak berdebat dengan orang.. dia masuk kereta saya tanya Kenapa yang dia berangin sangat? Semua orang nak cari gaduh, dia jawab
kan Aku dah cakap malas nak ikut kau pergi sendiri tak boleh ke? Allahuakbar korang bayang kan dia suruh saya keluar bawa anak 4 orang sedang kan dia pergi melepak dengan kawan2..
ko rasa laki saya ni waras ke tak min?? Saya Ni banyak sangat makan hati.. soal tanggungjawab nafkah saya sanggup Bertolak ansur, tapi suami lansung tak pernah cuba nak senang kan hati saya, semua dia letak atas kepala saya kadang2 sampai saya rasa saya ni ada dgn tak de laki sama je.. semua buat sendiri kadang2 tengok kawan2 Facebook update happy2 dating dengan suami, saya sedih sangat sampai tahap menangis pun ada.. beruntung nya nasib orang.. y allah beri kan lah kesabaran pada aku untuk menempuh hari2 mendatang..