Hi min. Mohon hide profile aku. Aku tak kisah kalau ada yang nak bagi pendapat , pandangan atau nasihat.
Cerita dia macamni. Aku memang tgh bergaduh dengan suami aku sebab aku terasa hati sikit dengan dia. Dia buat aku macam aku patung takde perasaan. Dia kerja gov. sedangkan aku cuma ada spm dan surirumah. dia selalu buat macam aku tak ade perasaan mintak aku berbaik dengan ex dan family ex dia . Konon market tinggi sangat sebab keje gov.
Alasan aku tak kerja sebab anak aku tak berapa sihat setiap bulan demam panas sampai sawan tarik . Cerita dia anak aku sekarang baru baik demam panas kena sawan tarik 3 4 kali. Sebelum aku cek hp dia. Aku memang dapat rasa dia ada vdeo call dengan perempuan main pubg dengan perempuan. Tapi aku buat b0d0h sebab malas nak layan naluri sangat. Ada baru2 ni aku check hp dia.. memang hancur hati aku dengan keadaan aku stress gaduh yang sblum tak settle lagi.. tambahkan anak demam panas sawan tarik.
Tapi dia ? Kat tempat kerja dia videocall dengan budak perempuan pubg tu. dia cakap aku percaya cakap orang lain padahal dia nak tipu apa lagi? Dekat call log ws dia tulis outgoing call. Bukan incoming call. Means bukan perempuan tu call dia. Hati aku hancur sangat dia buat macamni tengah anak sakit macam ni . Dengan aku ada sakit lagi . Aku tekanan rasa nak bunuh diri aku tak sanggup nak tengok anak aku macamtu. tapi dia? Aku tak tahu apa yang ada dalam hati dia fkiran dia sampai dia buat macamtu sedang anak tengah sakit .
Aku marah sebab kenapa dia takde tanya khabar anak tapi dia boleh vdeo call perempuan tu setiap kurang dri 5minit .
Aku takde masalah kalau nak main game tu aku tahu bukan lelaki je main game tu. Tapi kenapa aku rasa macam berlebihan sangat nak vdeo call perempuan tu kurang dri 5 minit 3 4 kali. dia mintak number perempuan tu. Bila aku tanya elok2 kenapa dia buat macam tu. aku suruh call perempuan tu depan aku. Dia tak nak. Dia cakap aku kongkong dia tak bagi lepak dengan group kereta dia . Aku tak bagk sebab dorang kaki hasut. dorang tak ade anak lagi. dorang marah aku tak bagi laki aku balik sampai 2 3 pagi macam dorang .
Dia cakap aku kongkong dia . Aku tak kongkong dia. cuma aku tak selesa dia siap video call macam tu skli . Aku tahu aku tak ade kerja tapi aku rasa macam hina sangat bila dia cakap raya tahun depan aku akan rasa susah dan dia cakap kwsp keluar aku jangan mintak apa2 . Aku rasa macam aku ni siapa. Aku dah korban masa depan aku impian aku cita2 aku untuk dia dan anak tapi dia buat aku macam ni . Aku makan hati . 2,kali raya bersama aku tak dapat raya pertama dengan dia. aku suruh ambil cuti tapi dia cakap nak buat apa ambik cuti. Baik dia kerja.
Kadang aku cakap dlm hati sndri.. kalau dia ajk aku balik raya kg dia tahun depan. Aku taknak balik.. aku tak pernah dapat rasa baring kt dada dia . Apatah lagi dapat sandar dekat bahu dia bila aku perlukan dia. Aku penat sedih hati aku hancur sangat semalam. aku merayu dekat dia. Aku melulut kat kaki dia . Aku cakap jangan buat aku macamni aku tahu aku tak ade apa2. tapi dia tolak aku. Dia teruskan main pubg .. lpastu dia cakap “kau ambik balik sujud kau tu, aku tak terima” . Aku tahu . Aku b0d0h apa aku buat semua tak dihargai … Dulu aku periang.. sekarang aku lebih suka senyap pendam diam jd taksuka nak berborak dengan sesiapa lagi dah




