Assalamualaikum. Hi min thanks for share benda ni kat wall min. Macam biasa hide apa yang perlu. Nak minta pendapat korang semua. Aku baru kawen dan baru nak masuk 1 tahun usia perkahwinan, this is my second marriage memang hubungan kitorg tegang sepanjang 1 tahun, biasa la perempuan ni jenis kalau rasa tak boleh jangan beri harapan, dlm masa 1 tahun semua kitorg rancang tak menjadi, nak sewa tak menjadi nak beli rumah tak menjadi tak tahu la nak cakap macam mana lagi. So aku ambil keputusan untuk aku balik kampung and aku stay je dengan mak aku kat sini. Pendekkan cerita, setiap kali aku solat memang aku doa untuk pertunjuk, beri aku pertunjuk mana yang terbaik untuk aku dunia akhirat.
2 3 hari ni aku mimpi benda yang sama min, aku mimpi aku main dengan ex husband aku, bila bangun tu aku mengucap banyak2 min sebab dalam mimpi tu macam real tp bila terjaga aku takut ada aku macam “eh apa mimpi macam ni”. Then my mom ada mimpi yang perut aku ni keluar darah, dlm mimpi tu ada seorang makcik ni ckp kat mak aku “benda ni dah lama ada 3 dalam ni” sambil makcik tu tunjuk perut aku. Bila mak cerita aku macam “apa benda mimpi ni” . Min sehari sebelum nikah dulu aku pernah nak batalkan majlis sebab hati aku tiba2 kosong min, tapi laki aku kata teruskan sebab fmly dia jauh2 datang, so aku teruskan.
Dalam 1 tahun min di bagi harapan kosong kat aku, suruh aku berhenti kerja duduk dgn dia and family dia ingatkan sepanjang aku tak kerja tu dia nak tolong fikir komitmen aku motor kereta bil henfon aku nak byr bulan2 tapi tidak. Sampai aku terpaksa bagi kereta aku tu kat orang untuk sambung bayar sebab apa aku bagi je? Sebab aku dah takde duit kereta tu rosak kereta tu roadtack mati. Sepanjang 1 tahun tula dia bagi harapan konon nak pindah kat rumah mak dia yg mak dia beli atas nama dia, bila tiba masa dia cakap “kita cari rumah lain la, sebab bapak nak repair rumah tu kalau kita duduk kang mana tau bapak nak duduk situ” tapi sampai sekarang min krikkrik je rumah tu ha. Ok la memang fasa pertama akan diuji dengan kewangan tu aku tau min, tapi korang bayangkan, aku ni jual online tak la masyuk sangat bukan hari2 ada sale.
Sepanjang aku duduk dengan dia memang untung aku tak dapat simpan sebab aku buat beli makan and barang untuk aku masak sebab dia tak beli barang dapur dia harapkan bapak dia je agaknya tah la aku pun tak tahu cara dia tu. Baru2 ni dia balik rumah fmly aku siap cakap yang dia balik jumpa aku sebab nak bagi duit banyak2 macam yang aku mintak, siap minta aku doakan dia tak kena rompak sebab bawa duit banyak, aku cakap kat dia takyah cashkan duit tu kan boleh transfer, dia jawab ” takpe b cash je so sayang boleh nampak duit2 tu”. ya memang aku mintak dia duit, sebelum aku balik rumah fmly aku, aku ada cakap dengan dia yang dia kena cover monthly komitment aku sepanjang aku tak dapat cari kerja then dia setuju. Beriya min dia kata nak bagi aku 1k bulan tu aku dah kira tolak moto 2 bulan tak bayar bil henfon aku duit belanja aku mkn meggi utk 1 bulan, ni dah habis jimat nasib la aku ni bukan jenis pamdai makeup atau dressup up to date so aku pakai mana ada muka pun kalau ada lebih baru aku beli takda biar la muka kusam apa lagi aku boleh buat.
On that day dia sampai je tak pula dia bawa cash duit tu, dan jumlah dia bagi rm700 termasuk untung duit aku online yang customer aku pas kat dia. Kiranya tolak rm100 duit aku niaga online tu dia bagi aku rm600. Rm600 aku byr motor 2 bulan habis dah min, bil henfon mmg aku hold x bayar dulu, duit aku niaga yang aku nak buat rolling aku pakai untuk cover yang lain macam aku nak beli tuala wanita beli megi utk 1 bulan. Buka fmly aku tak bagi makan apa dorang masak, dorg tak masalah tapi aku yang malu dengan family sendiri dala suami aku tak hulur rm1 pun kat mak aku tanda terima kasih bagi aku tumpang duduk dengan family aku sedangkan aku ni tanggungjawab dia.
Masa dia nak balik ke rumah fmly dia mak aku tanya “mana zikri *bukan nama betul*” aku jawab dah balik dah naik bas, yang buat aku terasa mak aku cakap “la balik pun tak cakap apa2 kat mama ke terima kasih pun tidak apa pun tidak” aku mampu diam je min. Haihhh tak tahu la aku nak buat macam mana lagi, dia persoalkan kat aku sepanjang aku duduk dengan dia, dia tak nampak pun duit untung aku niaga online walhal dia x tau duit tu aku guna untuk beli bahan masak yang dia makan tiap kali balik kerja tiap kali sebelum pergi kerja. Aku takut min nak bagi peluang, ex husband aku dulu aku bagi peluang 5 tahun min susah senang tapi cerai, yang ni aku nak bagi masa lebih aku sendiri makan hati min, 1 tahun aku dah rasa aku dah berabis banyak untuk dia, kalau ada yang oersoalkan aku kena balas jasa suami aku sebab dia dah bayar hantaran aku cuma nak cakap dia nikah dengan aku rm1 pun family aku tak minta duit hantaran majlis pun kitorg tak buat grand2 aku hang minta nikah sahaja sebab pada aku duit tu biar dia guna untuk jaga aku lepas nikah, tapi rupanya lepas nikah pun aku macam jaga diri sendiri.




