Assalamualaikum min dan warga KRT sekalian. Min tolong hide profile aku ya.
Selama nie aku jadi silent reader je baca kisah rumah tangga orang lain. Tapi harinie aku pulak nak luahkan. Kecewa hati nie sampai satu tahap aku dah tak mampu nak tanggung. Nak cerita dekat family, aku taknak diorang susah hati. Cukuplah diorang besarkan aku selama nie. Jadi mungkin dekat sini kurang sikit aku punya beban.
Aku bernikah muda dan seorang ibu muda kepada seorang anak. Sejak kahwin dulu, kehidupan aku tak pernah bernasib baik. Suami aku dia selalu lebihkan orang lain dari isteri dan anak dia. Aku penat sangat. Taktahulah kenapa aku boleh bertahan dengan dia. Mungkin aku bodoh sebab pegang dengan ‘syurga dibawah telapak kaki suami’ dan ‘isteri kena taat perintah suami’ even suami tu tak boleh lengkapkan semuanya dari segi nafkah zahir dan batin. Cerita aku lebih kurang cerita Nur yang mana Si Aishah taat sungguh dekat Si Hamadi even Si Hamadi buat dia dan family dia macam2.
Suami aku?
Dia selalu lebihkan orang lain dari anak dan isteri dia. Dia sanggup bersusah payah demi orang lain dari anak isteri dia. Dia nie jenis berkira dengan anak isteri dia terutama anak dia. Aku taktahulah sebab apa. Sebab dulu dia pernah fitnah aku berzin* dengan adik aku sendiri. Dan mungkin dia ingat anak dia tu bukan darah daging dia. Dan jenis dia, dia nak bergaul dengan adik-beradik dia je, adik-beradik belah aku dia taknak, sampai naik malu family aku, asal diorang datang melawat suami aku tak keluar bilik, duduk je dalam bilik.
Lagi 1, suami aku nie macam endah tak endah pasal tanggungjawab dia dekat anak isteri. Yang dia tahu cuma nafkah batin. Selebihnya nafkah zahir family aku yang tanggung sampai ayah aku menangis sebab anak dia orang buat macam tu. Dia jenis bila dia rasa perlu, dia balik rumah dan lepaskan nafsu dia, dan lepas tu dia tak balik 2 3 hari. Alasan dia keluar cari duit, dekat je kot tempat kerja dengan rumah, tapi sampai berhari tak balik. Aku bila dia tak balik, aku call dia tak angkat, whatsapp dia tak reply, aku susah hati. Pernah 2 hari aku tak tidur min sebab taktahu dia pergi mana. Bila cari dekat tempat kerja dia, dia takda. Dia buat macam dia bujang.
Aku betul-betul kecewa sampai satu tahap aku dah takda rasa sayang dekat dia! Bukan aku yang buat macam tu! Tapi dia! Bila dia nak bersama pun, aku bagi je tapi takdak feel apa-apa dekat dia. Sampai 1 tahap aku mintak cerai dekat dia sebab berulang kali dia buat benda yang sama. Anak aku nak kena urus sorang, anak sakit aku yang kehulur kehilir. Dia tak ambik kisah pun. Aku sebak bila teringat balik. Sampai ada 1 hari tu, dia keluar tanpa bagitahu apa2 dekat aku, masa tu pulak anak aku buat perangai, aku tampar anak aku non stop sampai berdarah mulut dia, kepala dia aku tolak. Allah, budak kecil yang taktahu apa2 jadi mangsa. Masa tu aku tak boleh fikir apa dah.
Dan sampai satu tahap sekarang nie, ego aku melebihi segalanya. Aku dah tak rasa sayang dekat dia. Aku mintak dia lepaskan aku tapi dia taknak sebab dia sayangkan aku dia kata! Berkali-kali aku mintak dan aku cakap aku dah takda rasa tapi dia buat macam takda apa2. Aku tahu kata dia dusta tapi aku layan je. Sekarang aku tengah cari lawyer untuk aku mintak fasakh. Mungkin nie jalan terakhir. Banyak kali sangat aku bagi peluang sampai satu tahap family aku dah tahu apa yang dia buat dekat aku, tapi family aku tak cakap apa, diorang just cakap itu keputusan aku. Aku yang berhak putuskan apa yang terbaik untuk aku sebab nak hidup bersama nie bukan sehari 2 tapi selamanya.
Aku tak takut jadi janda pada usia yang muda jika perkahwinan aku dilakarkan macam nie. Banyak kali aku kena pukul dengan dia sebab dia cemburu buta, dekat mana aku kerja mesti balik kena pukul sebab dengan perangai dia tu. Sampai tahap aku malu dengan tempat kerja, aku berhenti. Dah berapa kali aku tukar kerja sebab dia. Aku mohon sangat doa korang semua semoga urusan aku nak tuntut fasakh dipermudahkan.
Masa aku tulis dan luahkan nie pun aku dah tak rasa apa, hati aku memang dah kosong untuk terima dia balik. Aku kuat sebab anak.
I think I deserve get more better than him. Family aku memang dah tak boleh terima dia dah sebab perangai dia. Paling family aku tak boleh terima dia tuduh aku berzin* dengan dar*h daging aku
Aku pun kalau boleh taknak ada apa2 hubungan dengan family dia sebab family dia jenis berlagak, padahal taktau dia tu harta apa pun takdak, semua harapkan aku semata2. ‘Syurga seorang isteri dibawah telapak kaki suami tapi kenapa suami itu sendiri yang hancurkan syurga tu’