Assalamualaikum semua. Secara jujur dan ikhlas saya ingin ceritakan kisah hidup saya. Umur saya sekarang 20an. Saya berasal dari keluarga yg huru hara. Huru hara yg macam mana? Mak ayah saya selalu bergaduh. Kata kesat umpama makanan. Saya selaku anak sulung selalu dipukul ayah. Tak guna, tak reti jaga adik2. Ya betul, saya jarang jaga adik2. Bagi saya mereka bagaikan malang. Kenapa setiap kesalahan saya yg menjadi korban. Saya dipukul tanpa rasa kasihan. Tali pinggang, hanger sampai patah, getah paip, batang kayu manggis pun pernah melekat kat badan saya.
Dulu, keluarga hidup senang. Hidup di bandar kuala lumpur. Awal tahun 2000.
Penghujung sekolah rendah saya pindah selatan. Ayah mula ramai musuh jadi kami pindah. Alasan nya saya tak tahu. Saya tak ingat. Saya hanya ingat bila saya hampir diculik oleh kawan ayah sendiri masa tunggu mak ambil saya balik sekolah. Sejak pindah selatan lah keluarga saya macamni. Saya yg dulu tak pernah di jentik, hari2 jadi mangsa maki hamun mak ayah. Sedikit nasib baik, keluarga mak memang org selatan. Nenek tempat saya mengadu nasib. Atok tempat saya menumpang kasih sayang seorang ayah yg makin lama makin terpadam.
Di tingkatan 2,mak ayah bercerai. Luaran nya saya tersangat lah gembira. Kerana apa, tiada lagi yg menyakiti badan saya yg sudah tidak terdaya menanggung kesakitan. Bonusnya, saya semakin bebas. Dengan usia semakin meningkat remaja. Kebebasan semacam syurga. Halangan hanya mak, yg penyudah nya bekerja siang dan malam demi menampung saya dan adik2. Ya, ayah pergi sendiri.. Kami adik beradik mak yg jaga. Disinilah, segala kemewahan berakhir dengan kesusahan.
Makin hari saya makin lupa diri. Tertekan mak tak pernah berubah. Tiap kata2 yg keluar dari mulutnya umpama panah petir. Panas, terbakar. Saya sedar, dia hanya pandai memaki hamun saya. Ada masa dia layankan juga kehendak saya. Tak lah jahat mana mak saya tu. Tapi entahlah, saya kadang tak faham perangai dia. Dia buat saya memberontak. Sejak ayah tiada saya makin menjadi. Dulu tak berani kalau tak saya mati. Faham fahamlah.
Setahun lepastu, saya mula bercinta dengan lelaki yang sudah bekerja. Budak sekolah bercinta dengan lelaki pakai kereta. Sudah cukup menyakitkan hati semua musuh saya. Kerap ponteng sekolah, itu bahana bercinta.
Pelajaran terabai. Saya ambil pmr, saya hamil hampir 5bulan. Perut kecil siapa pun tak perasan. Hati seorang mak, dia dapat hidu. Tapi saya nafikan.
Lelaki tu ingin bertanggungjawab, keluarganya datang jumpa mak ajak berbincang, saya, saya dah lari sembunyi rumah jiran.
Settle bincang saya kemas kain baju tinggal rumah keluarga lelaki tu. Tak perlu lah saya cerita apa reaksi mak saya. Dia macam singa nak bertukar jadi naga. Apa dapat capai itu saya angkat. Bayang dia pun saya tak nampak masa tu sebab dia duduk dapur tak keluar2. Masa dirumah keluarga lelaki tu lah kami buat permohonan nikah. Uruskan segala borang. Dua bulan disana, sudah cukup untuk saya faham mak ayah dan adik beradik dia tak suka dengan saya. Adik2 nya dua orang perempuan lebih tua dari saya. Yg bongsu lelaki masih sekolah tak faham apa. Kakak2 nya macam mak tiri adakala apatah lagi mak nya. Jika mak saya maki saya sambil jerit, mereka maki saya senyap2 dibelakang.
Namun kami selamat bernikah tanpa ada halangan. Mak saya mula terima saya semula. Betul lah kata orang tentang hati seorang ibu. Sanggup terima anak yg dah conteng arang kat mukanya. Saya bernikah tanpa ada hantaran. Cincin kahwin. Tiada. Pura2 pinjam cincin mak saya. Itu ada. Balik nikah dari pejabat agama, mak saya belanja makan dekat restoran nasi beriyani. Masatu ada semua ahli keluarga dia dan kawan2 yang jadi saksi. Keluarga saya, hanya mak saya. Saya nikah hari selasa. Adik2 sekolah. Mak mertua saya janji nak buat kenduri hari jumaat minggu yg sama. Tapi hari jumaat tu dia pergi kenduri jiran kampung naik motor seorang diri.
Saya sangka hidup lepas kahwin saya lepas dari semua tekanan. Tapi saya makin tertekan. Laki saya tak usaha utk senang. Tiada duit, pinjam. Guna nama saya. Kerja malas. Harini datang. Esok hilang. Saya salam dia sebelum pergi kerja, doakan dia moga dipermudahkan segala urusan. Tapi dia membohong pergi lepak snooker dengan kawan2 buat saya doa dia supaya mat* cepat. Bukan sekali bukan dua kali. Saya sarat. Pergi kerja pukul 4 petang balik 4 pagi. Dia kerja di restoran. Bayangkan dia balik 4 petang esok. Lepastu ponteng lagi. Sejak dari itu saya secara tiba2 mewarisi segala sifat2 lembut mak saya. Kecewa, saya dipukul separuh mati. Lebih teruk dari ayah pukul dulu.
Masa ni baru saya tersedu sedu ingat balik ayah saya. Ayah pukul sebab nak saya jadi manusia. Nak saya jaga adik2. Tapi saya anggap dia benci saya. Oh lupa, ayah,adalah ayah tiri saya. Tak usah ditanya mana ayah kandung saya. Saya sendiri tak pernah berjumpa. Hanya sekeping gambar nikah dia dan mak saya yang saya simpan dalam buku diary, membuat saya menitiskan air mata tiap kali menatap wajah dia. Kenapa dia tak cari saya. Sampai harini saya tiada jawapan. Saya cari dia? Mungkin jawapan kami sama.
Bod0h. Saya memang bod0h. Laki tak pernah usaha lagi utk memajukan hidup. Dia lebih pentingkan kawan. Dia sanggup tendang perut saya waktu hamil anak kedua atas alasan nak teman kawan nya keluar daya yang sarat nak dibiar tinggal seorang diri sedangkan kawasan rumah saya waktu tu ada kes r0mpakan. Saya memberontak tak kasi pergi, tapi, itulah yg saya dapat. Anak kedua usia setahun sebulan. Dia dapat adik lagi. Ini lah yg saya kata saya ni bod0h. Akhirnya saya nekad. Saya minta cerai. Saya sedar saya ada kekurangan. Saya tak pandai kawal emosi.
Saya marah2 bila dia buat perangai. Saya masak tak sedap macam dia masak. Masakan saya pernah dihina dia dan kakaknya. Saya telan dalam2. Majlis makan2 dirumah dia. Depan saya, mak dia bagitahu depan ramai orang yang bekas kekasih laki saya ni dah makin cantik. Makin senang hidupnya. Dah pakai kereta mewah. Ajak mak jalan2 tengok wayang. Saya yang duduk sepi kat meja makan. Cuma tahan airmata. Tapi, melimpah jua. Ayah mertua, tak ambil tahu langsung pasal keluarga. Pergi kerja balik kerja melepak. Jarang dengar suara. Mak mertua dan ayah mertua macam tak kenal sesama sendiri. Begitulah kehidupan mereka.
Dulu sebelum kahwin, saya berangan nak dapat ayah mertua yg baik, tiada alasan lain. Hanya ingin menumpang kasih. Atok saya meningg*l sebelum saya masuk alam sekolah menengah. Anak ketiga saya belum 4bulan kami sah bercerai. Saya tak tahan. Semua mesej saya minta duit. Katanya suami saya pinjam duit sebab saya yg suruh. Call dia tak angkat. Saya jadi mangsa. Ada yg cakap baik2. Ada yg buat telinga jadi pedih. Ada lagi hal suami yg sangat mengaibkan, saya tak sanggup nak cerita. Hanya buat saya jadi makin benci dia. Cukup lah bila orang bertanya, jawapan saya kami berdua sama salah.
Saya terlalu muda utk pikul tanggungjawab yg besar tu. Saya tak salahkan dia seorang. Mungkin ini yg buatkan hati saya tenang. Saya jaga aib dia. Walaupun keluarga dia menyalahkan saya. Termasuk keluarga saya. Dia seorang yg pandai ambil hati orang. Lawak orangnya. Hanya saya yg tahu siapa dia. Tak mungkin orang percaya saya. Saya kenal lelaki lain. Kenalan bekas suami. Jauh beza cara pemikiran. Dia ajar saya, dia didik saya. Dari seorang ‘betine’ menjadi seorang perempuan. Maksud betina disini walaupun saya redha tapi saya jadi makin liar lepas bercerai. Saya merokok. Dan ada lagi yg tak patut saya cerita. Lelaki ini datang dalam hidup saya mengajar saya banyak benda. Dia tidak lah sempurna, tapi cukup bahagiakan saya. Dia juga tak banyak harta, tapi mampu menyara saya. Sangat penting dia sangatlah berusaha orangnya. Dia ajar saya positif. Betul, hidup saya semakin tenang. Mungkin juga faktor umur, saya dah tak ‘bersepah’ lagi. Hanya kawan dengan KAWAN. Buang mana lawan.
4tahun berlalu. Akhirnya dia menyuarakan hasrat utk berkahwin. Kenapa lama sangat berkawan, walaupun dia nampak seperti sempurna orangnya, tapi dia juga manusia biasa. Dia mengaku ada masa was2 dengan saya kerana adakalanya saya terlampau degil. Takut tak mampu nak bawa nama suami esok hari. Itu pesan mak dia. Jadi dia tunggu sampai saya dan dia betul2 bersedia. Demi Allah, setahun sebelum tu saya benar2 berubah. Saya hari2 berdoa supaya jika dia jodoh saya. Mudahkan lah. Percaya atau tak, hanya sebulan dua minggu sahaja masa persiapan kahwin kami. Hari yg dia suarakan utk mengawini saya, haritu juga saya telefon mak saya minta restu. Dan haritu juga saya pergi ke pejabat agama ambil tarikh kursus kahwin. Saya kerja dia juga kerja.
Dia cuti sabtu ahad saya hanya cuti pada sabtu. Saya guna wali hakim, pernah berkahwin, urusan saya tak semudah dia yang bujang. Namun, segalanya lancar dengan izin Allah. Mak saya yg masak untuk 100 orang jemputan. Pernikahan kami dimewahkan dengan makanan. Tiada pelamin, tiada muzik. Saya dan dia berpakaian cantik hanya sambut tetamu yg hadir. Berbual dengan semua tetamu. Nikmat hari tu tak mungkin saya lupakan. Saya ingat setiap orang yg datang ke majlis saya. Bukan suami tak mampu. Tapi itu semua kehendak saya. Saya hanya minta barang kemas berbentuk cincin dan gelang. Ada sedikit wang saya minta dia bagi mak saya. Saya hanya ingin perkahwinan saya diberkati. Tak sanggup terluka utk kedua kali. Alhamdulillah, majlis kami sangat indah, percayalah.
Kini, sudah genap setahun kami bernikah, saya baru sahaja melahirkan zuriat lelaki nya yg pertama. Kami sangat jarang bergaduh. Bila dia marah saya jika saya buat silap, saya diam dan dengar. Bila saya membebel sebab dia tak layan saya berbual, dia pulak diam dan dengar. Kami bahagia. Walaupun kami tak mewah harta benda, tapi kata sajalah nak makan apa, jam berapa. Tak pernah dia hampakan saya. Dia tengah tidur saya kejut pukul 2 pagi sebab lapar. Dia bangun bawak saya keluar makan. Ya Allah, dia suami yang baik. Dia tak pernah lukakan hati saya.
Allah Maha Besar. Perjalanan hidup saya tak secantik orang lain, banyak yg saya tak cerita. Biarlah saya simpan sahaja. Saya hanya cerita yg asas supaya semua mudah faham apa dan kenapa. Doa saya yg bertahun lepas, yg saya sendiri sudah lupa. Itulah yg Allah makbulkan. Ayah mertua saya, dia lah ayah paling penyayang dalam dunia. Saya umpama anak kandungnya sendiri. Begitu jugak mak mertua dan adik2 ipar. Mereka keluarga saya. Seperti darah daging saya. Hingga harini saya masih tak percaya, begitu hebat kuasa Allah.
Sedikit tambahan, saya dulu jenis suka menulis dalam diary. Jadi banyak cerita saya dapat ingat. Sedangkan hakikatnya saya pelupa orangnya hehehe. Saya dan suami sama2 anak sulung. Orangtua kata panas. Tapi salah tu, kami umpama bulan dan bintang yg tak dapat dipisahkan kikikii. Anak2 saya dari perkahwinan pertama hanya seorang yg saya jaga. Dua lagi makcik saya jaga. Yg ini biar lah saya tak cerita. Percayalah, tiada seorang ibu yg ingin jauh dengan anak2 nya. Janganlah dengar cerita sebelah pihak. Saya sudah cukup sakit selama ni, berilah saya sedikit bernafas kebahagiaan sebab saya masih tak pasti apa yg bakal terjadi esok hari.
Ya, perkahwinan kami masih baru. Tapi kami hari2 belajar utk terima kekurangan masing2. Doakan ini semua berkekalan. Mohon maaf jika cerita ini terlalu panjang atau terlalu bosan. Drama tv pun tak sentiasa best2 kan hehehe. Pesan saya.
Pada yg belum berkahwin, jika satu hari nanti ingin membina masjid, pandang dulu niat kita apa. Niat umpama langkah yg pertama. Silap langkah pertama. Goyang lah langkah kedua. Saya tak minta orang kahwin macam majlis saya yang biasher biasher tu, semua orang ada pendapat sendiri. Pilih lah, yg mana kita yakin itu bahagia. Wassalam




