salam min dan warga krt. kisah aku ni rumit sikit, aku kahwin dah masuk 7 tahun. sepanjang 7 tahun ni aku tak rasa bahagia kalau ada pun deritta lebih banyak dari rasa bahagia anak aku 4 orang masih kecik2 lagi yang sulung 7 tahun yang ke 4 setahun. buat pengetahuan semua. Dari awal perkhawinan kami ni ada saja kantoi suami aku berchating dengan perempuan di laman s0sial.
pernah sekali aku baca chat dia. dia pening layan karena aku masa tu aku alahan teruk 9 bulan kot makan muntah aku lemah tak ade tenaga. aku cuma tidur sepanjang hari berehat. masak kadang kala bila aku larat. aku pregnant anak kedua, kantoi laki aku ni, chating2 dengan perempuan lain, masa tu ipad dia ank aku sulung tu p main2, aku ambik dn ternampak chating dia kat situ.
Masa tu dia tidur aku tampar dia sekuat hati aku baling ipad tu kat dia pernah dalam tahun yang sama aku berebut hp dengan dia, dia sungguh2 taknak kasi. aku ternampak nama ika. aku pregnant anak ke 3. yang ni aku betul2 marah. aku duduk rumah mil aku, aku jaga makan mak dia adik ipar biras semua..
Jaga anak buah dia selama dua bulan tanpa gaji.
Ank buah seorang anak aku dua orang aku jaga seorang2 masa adik dan mak dia keluar bekerja. satu hari tu anak aku demam dua2 aku pun jadi tak sihat tak cukup rehat. aku wasap sunyi sepi ke seharian. rupanye dia pergi dating keluar makan dengan minah pasir gudang. jauh juga dia pegi dari taman ke pasir gudang, aku kalau ajak di pergi klinik bukan main naik angin sebab mls menunggu.
Aku maafkan sebab belum lgi dalam keadaan kritikal. tak tau la aku masa aku duduk kat kampung aku dulu dia ade buat ke tak. aku serah biar ALLAH saja membalasnya. Dan yang paling sedih aku belajar hack wasap dia. Aku dalam pantang, baru seminggu. sebelum bersalin aku selalu tak sedap hati, aku mimpi dia curang.
Aku terbangun jam 3am aku wasap dia, masa tu dia kerja shif malam. abg curang ea ayang mimpi buruk. katanye tu mainan tidur. Terbalikkan bantal tidur semula. ok aku tak ade la fikir sangat tapi hati aku ni tetap tak sedap. satu hari tu aku hack ws dia. aku ss kan semua nya aku send kat group family dia. mallang nye adik dia remove aku dari group atas arahan abang dia.
Aku tanya dia ko nak kahwin ke dengan perempuan tu. jawapan dia ADA JODOH TAK TAU LAGI. dia bagi ayat macam ni sampai sekarang aku ingat. perempuan tu aku ada mesej dia janji tak kan kacau rumah tangga aku. aku percaya tapi tak ade bukti diorang putus. hari ini dah dua malam dia tidur di bilik utama rumah mak dia ni. aku ws dia tak reply
Aku ni sebab keluarga jauh. kalau tak dah lama aku blah. mungkin korang rasa aku bod0h sanggup bertahan bertahun2. Ini kerana aku tak nampk dengan mata aku sendiri dia dengan mana2 perempuan.
aku kesian kat anak2 kalau kami berpisah pasti anak2 ni berpisah antara adik beradik. aku orang sabah dia negeri sembilan. sangat2 jauh dengan aku takde duit sendiri.
Aku makan hati bertahun2. keluarga aku semua orang susah. Tak ade sape mampu nak bagi aku duit balik sana. mak hanya pesan suruh aku bersabar dalam rumah tangga. hati aku dah matti untuk dia. sekarang aku ada misi. misi untuk bangkit semula. aku nak besarkan anak2 aku ni. aku tak mampu bayar pengasuh. dua orang saja dah rm500 aku dah try tanya.
Aku pernah di ambil bekerja sebagai pembantu di tadika tapi malang nya gaji sebulan hanya rm500 upah pengasuh pun tak lepas. aku nak bisnes atau ambik anak asuhan ini rumah mil. mil aku tu aku susah nak cakap kadang ok kadang tak. dia pernah cakap kat member aku. menantu aku tu orang sabah. tapi membazir je kalau dia balik sana. aku sentap.
Mak aku semakin tua bukan semakin muda. Tak ada istilah membazir melawat orang tua. kalau dia tak banyak mengadu itu ini tak ade nye suami aku ni nak balik jaga dia. sekarang kewangan kami sangat2 dalam keadaan kritikal sebab suami keje kebun je. dulu aku balik sabah pun sebab guna bonus dia awal tahun.
aku tak menyesal kahwin dengan dia cukup2 makan. aku menyesal kahwin dengan lelaki yang tak setia. aku ni dah banyak kali minta cerai. bukan aku gilla talak tapi kalau dia lebih bahagia dengan btina2 tu. baik diorang kahwin la daripada buat aku sakit hati di atas perbuatan mereka itu. Aku tahu aku banyak buat salah. aku kadang tak hormat dia aku tertinggi suara.
Aku bukan saje2 jadi isteri kurang ajar tapi sikapnye yang buat hati aku panas dia kejar syurga dia tapi syurga aku berantakan aku tak menyesal malah kerana dugaan2 ini membuat ku lebih cekal. ya ALLAH ya tuhan ku andai ini lah takdirku andai aku hanya menderita dlm rmh tangga ini, aku mohon ko pendekkan la jodoh kami. ini kisah ku serba sedikit banyak lagi sebenarnye tak ape la ade masa ade part 2.




