Salam, minta hide kan fb saya, saya dengan isteri sudah kahwin lebih kurang 10 tahun dan masih lagi belum dikurniakan cahaya mata.. Untuk pengetahuan, isteri saya ni amat panas baran orangnya. Dia akan melenting tak kira masa dan tempat walaupun kerana perkara yang remeh temeh Perkataan bbi syal dan bermacam-macam lagi dah jadi makanan saya sejak dari mula kahwin lagi. Bila saya tegur di marahnya saya. Dia juga seorang yang keras kepala, semua benda mesti nak kena ikut cakap dia seolah-olah dia pula ketua keluarga, jika saya tak ikut cakap dia memang makan maki lah saya. Dia juga selalu merendahkan apa juga kekurangan yang ada pada saya.
Makan minum saya langsung dia tak pernah peduli. Dia akan masak jika dia rasa nak masak je. Sepanjang 10 tahun perkahwinan kami banyak kali bergaduh sampai saya hampir-hampir menceraikan dia, tapi saya batalkan kerana masih ada rasa kasih. Yang terbaru dia mula buat hal miggu lepas, tiba-tiba dia marah-marah dan block nombor saya tanpa saya tahu apa salah saya. Bila saya tanya elok-elok ditengking-tengkingnya saya tapi saya still sabar dan layan dia macam biasa sampai lah malam Sabtu minggu lepas, saya nak pergi solat Isayaak di masjid saya datang pada dia dan nak bersalam dengannya bila saya tanya dia maki hamun saya sampai jiran-jiran semua dengar sejak dari tu terus saya tak peduli pada dia.
Kesabaran saya dah sampai hadnya. Saya ni bukan tunggul kayu yang tiada hati dan perasaan, saya dah jadi tawar hati, letih dengan perangai bodh dia tu. Selama 10 tahun saya pendam perasaan kali ni saya dah tak boleh tahan. Rasa macam benci sangat dengan dia. Satu lagi selama berkahwin dah 2 kali isteri saya curang. Bila saya tanya dia tak mengaku tapi bukti jelas dan nyata. Saya rasa dah sampai masa saya buat keputusan tegas. Cukuplah perasaan saya tersiksa dengan perangai dia. Saya tak nak lagi jadi macam lembu kena cucuk hidung. Saya tengah fikirkan untuk melepaskan dia. Mungkin ini jalan yang terbaik untuk kami.




