Assalamualaikum admin.. Hide facebook saya ye, terima kasih.. Saya perlukan nasihat dari warga KRT tentang masalah yang saya hadapi..
Mungkin ramai yang tak setuju dengan saya malah ada yang membenci saya.. Saya berumur 24 dan masih belajar.. Saya nak tanya pendapat, adakah menjadi satu kesalahan saya menjadi yang kedua dalam rumahtangga? Dia berkahwin hampir 9 tahun tapi masih belum dikurniakan zuriat dan Selama hampir 3 tahun kami masih merahsiakan perkara ni sebab fikir akan ada banyak hati yg terluka nanti..
Saya hormat dia dan isteri dia, dia sangat menjaga dan prihatin terhadap isteri, keluarga dan juga saya.. Saya sayangkan dia dan juga isteri dia, Alangkah indahnya jika isteri dia terbuka pintu hati untuk terima saya.. Bukan niat saya nak merampas suami orang tapi hanya ingin berkongsi kasih..
Jgn kecam saya ye, sejujurnya saya perlukan nasihat yang berguna dari yang berpengalaman.. Terima kasih atas nasihat yang diberi dan saya doakan kalian smua dipermudahkan segala urusan.. Aamiin..




