Asslamualaikum…tlg hidekan profile saya. Terima kasih siarkan kisah saya ni min. Apakah maksud ‘MOVE ON’ tu? Saya dah berpisah dengan ex-wife lebih 5 tahun dah tapi masih tak dapat lupakan dia Memori2 indah sering hadir dalam mimpi saya. Ex saya dh kawin pun 2 tahun lepas, tapi saya ni susah nak lupakan dia. Saya tak pernah pun nak sentiasa ingatkan dia, tapi lepas sebulan atau 2 bulan saya tak ingat apa2 pasal dia. dia datang dalam mimpi saya.
Kisah kami bermula begini. Lepas abis U saya kerja disebuah kilang sebagai Engineer dan ex saya ni operator jer dikilang yang sama. Selepas berkawin saya suruh dia sambung belajar memandangkan dia ade STPM. Dia pun sambung belajar dalam jurusan medical science di salah satu u di Indon. Sehingga dia tamatkan pelajaran kami dikurniakan 3 anak.
Dipendekkan cerita lepas dia abis belajar dan berkerja di hospital buat beberapa tahun dia minta saya bukakan sebuah klinik supaya mudah dia kembangkan lagi kerjayanya. Saya setuju sebab masa tu saya sudah mula buat biz juga dalam bidang construction. Dia cakap kalau biz saya jatuh, nanti income dari klinik untuk support keluarga. Saya pun setuju.
Banyak juga perbelanjaan dikeluarkan sebuah klinik ni, lebih 100k… Ditakdirkan selang beberapa tahun biz saya jatuh dan dia mula menyara keluarga dari hasil klinik itu. Hari demi hari saya rasa semakin jauh dari saya. Kadang2 balik lewak, katanya patient ramai. Masa tu kawan2 dia di kalangan doktor, adik beradik dah mula bercakap saya makan hasil bini. Allahu..
Dia pun tak pernah explain hal yang sebenar atau menyebelahi saya. Sampailah ketikanya dia tuntut fasakh di mahkamah setelah berbincang dengan saya, atas alasan tiada persefahaman lagi. Kami tak pernah bergaduh sebelum ni. Saya nasihatkan agar dia pikir masak2 sebelum buat keputusan. Dia cakap tindakan dia betul.
Saya bagi tau dia hanya satu sahaja yang saya ade, kalau itu pun bole buat dia bahagia, saya pun akan turutkan. Jadi kami berpisah cara baik dan saya amik anak2 duduk dengan saya agar tidak menyusahkan dia. Saya kerap dapat msg dari dia, anak2 selalu bagi tau yang mamanya kirim salam walaupun sekarang dia dah berkawin dengan org lain. Semoga Allah beri kekuatan pada diri saya dan satu hari ni saya jumpa makna MOVE ON itu. Terima kasih




