Salam min, tolong paparkan kisah saya ni dan tolong hidekan identiti saya. Saya sedih min. Saya ni seorang yang patuh pada ibu bapa. Saya dah bertunang awal tahun 2018, saya bertunang sebab ada suami orang ni keep kacau dan kejarkan saya. Jadi saya fikir jika saya ada ikatan mungkin saya akan lebih selamat. Sebab kemana sahaja saya pergi orang tua ni kejar saya. Orang tua ni kiranya client untuk project saya. 4 kali min saya tukar kerja semata tak nak orang tua tu sebab dia suami orang dan dia lebih tua dari ibu saya min!
Kebetulan waktu mula mula saya kenal orang tua ni min, ada lagi dua lelaki suami orang nak try saya min, saya reject min sebab tahu title diorang tu apa. Lagipun saya memang tak nak laki orang. Tapi saya hairan kenapa dengan orang tua ni saya tak dapat lari. Saya pergi kerja di area pantai timur pun dia dapat cari saya min. Last choice saya tukar tempat kerja. Saya terjumpa dia lagi min. Dia client company saya lagi min. Hari hari min saya kena menghadap dia. Kalau saya tak pergi opis dia min, dia akan datang kat opis saya min konon ada discussion min dan dia akan panggil saya min. Padahal saya ada bos min.
Pagi pagi dia akan bagi bekpes kat saya min, tengah hari ajak lunch. Malam ajak dinner. Saya tolak min kadang, tapi dia ni akai panjang. Dia umpan bos saya untuk ajak saya pegi sekali. Kalo dinner setiap hari dia akan turut saya. Saya penat min, masa dengn family dan kawan langsung tak ada sebab dia. Saya pun tak faham kenapa bibir saya berat nak beritahu keluarga dan kawan tentang orang tua ni selalu ganggu saya. Tapikan min, dia salu pesan kat saya kalau makanan orang lain bagi jangan ambil min takut orang bagi benda bukan bukan. Saya tak fikir apa apala time tu.
Nak dijadi cerita min, 3 bulan lepas bertunang, saya jadi serupa orang bodh yakmat min (keluarga dan kawan banyak cakap perbezaan saya). Jadi tunduk je apa cakap dia min. Saya tak sedar min. Saya jadi benci dengan keluarga dan tunang sampai saya putus tunang. Saya jadi kurus berat badan drop 35kg min. Saya kena bawak lari min. Tapi keluarga dan tunang saya usaha cari saya sampai dapat Alhamdulillah diorang jumpa saya min. saya tak sedar saya kena bawak lari dia bawak pegi menikah kat siam. (Saya sudah pun dinikahi oleh dia ) Yang saya ingat saya menangis tak henti time tu min cuma ingat kat ibu je dan orang lain tak sebab saya rasa benci dan marah kat diorang sangat sangat.
Keluarga saya jumpa jugak orang tua tu. Teruk dia min kena belasah sebab tak nak bagitahu kat mana saya berada time tu dan dia tak nak mengaku perbuatan dia min (keluarga saya dapat tangkap dia dulu kemudian baru jumpa saya) keluarga saya dapat contact wife dia Wife dia cerita semuanya tentang dia Bukan sekali dua je dia ni buat perangai tapi dah banyak kali. min wife dia baik sangat. Wife dia pun kena guna guna dengan dia min. wife dia cakap bila tau dia buat perangai memang rasa marah, tapi bila nampak muka dia, tibe tak jadi marah.
Wife dia jugak ada jumpa barang yang diguna gunakan untuk saya min Waktu kejadian jugak saya ada jumpa kertas dalam wallet dia dengan tulisan wafaq warna merah kat situ. Bila tanya dia tak mengaku min. Bila bagi alquran dia terkebil kebil macam orang bodh min. Sekarang ni saya masih lagi dalam usaha berubat secara traditional untuk pulihkan diri saya min.
Masalah saya disini. Keluarga saya paksa dia ceraikan saya waktu tu dan dia lafaz talak 3 kepada saya. Tapi, lafaz cerai kerana paksa ikutkan tak jatuh talak min. Sekarang ni jika betul tak jatuh talak dan saya juga dah 3 bulan tempoh tak berhubung dengan dia min. Which is nafkah apa semua langsung tak ade min. Macam mana nak buat ya? Dokumen nikah ada dengan saya.
Saya buntu dan kalau boleh nak cepatkan proses cerai tapi orang tua tu tak nak bekerjasama. Sebab saya ada mintak wife dia cakap kat dia untuk lepaskan saya cara yang baik. Tapi dia jawap “hak dia nak lepas ke taknak”. Saya harap ada dikalangan pakar pakar kat sini yang dapat membantu saya. Life saya betul betul musnah sebabkan dia.