salam min. aku nak luah perasaan je min. memang sekarang ni sesetengah suami memmang tak reti nak hargai dan bersyukur ke? aku ni baru je beranak min, anak baru dua bulan. tadi aku bertelagah le sikit dengn laki aku, aku cakap kenapa dia tak nak tolong aku jaga anak, tak boleh ke belajar tukar kan pampers ke mandikan anak ke, dia leh kata dia dah kerja dan tak boleh buat sabar kalau buat sekali nanti kena buat selalu.
Macam tu pulak die punye jawapan. habis aku bukan nya tak kerja min. aku pun kerja juga tapi tak kisah lah kalau dia tak nak tolong aku jaga kan anak, tapi perlu ker dia cakap beranak je pandai pastu jga tak nak. habis selama anak ni hidup sapa juga kalau bukan aku. lepas tu lagi menyakitkan hati dia cakap nak sangat beranak pastu bising. aku cakap lah sape yang buat aku mengandung kalau bukan dia..
kalau takde dia tak kan bleh tiba tiba ada manusia dalam perut aku ni. pastu dia cakap kenapa aku bodoh sangat tak reti nak cuci elok jangan bagi mengandung. sedih aku min dulu aku tak mengandung mak dia perli aku dengn dia sekali join bahan aku cakap aku dah expired tak leh mengandung. sekarang bila aku menagndung dan dah bagi dia anak dia cakap macam ni pulak.
Aku cakap lah kat dia jangan tanya kenapa aku mengandung tanya lah Allah sebab dia yang bagi rezeki ni. aku cuma minta dia bantu sikit sikit je min tapi macam tu sekali dia jawab. dia cakap kalau susah sangat ko campak luar je budak tu. sampai nye hati dia kan. dia tak tau bertapa teruk aku bertarung nak lahirkan zuriat dia. sanggup dia cakap macam ni.
Aku rasa kan nak je t!kam perut dia berkali kali dengn p!sau yang dia baru beli tu. nasib aku pikir anak aku je. Ya Allah berikan aku kekuatan. kalau aku leh nampak masa depan tu macam mana aku tak rasa aku nak mengandung kalau macam ni jadi nya.
tapi aku syukur je min Allah dah anugerah kan anugerah terindah untuk aku sekurang nya kalau aku dah tak boleh nak hadap dengn perangai laki aku yang tak reti bersyukur ni aku boleh dari dia aku dah ade sorang anak yang boleh teman aku seumur hidup aku nanti.