Salam min krt. aku pernah cerita sini kes adik ipar kesayangan yang pemalas menumpang kat rumah aku. kalau ada yang ingat laa. sebulan dah berlalu. hari demi hri aku hadap. macam2 laa kalau nak disenaraikn terbaru ada juga tapi jijik nak cerita humm.. salah satu yang aku tak boleh trima barang makeup aku la. penat aku kerja dulu nak kumpul barang makeup. ingat senang ka nak beli fullset.
Aku ni mak andam kampung ja. tapi dia buat barang aku macam barang dia. fuh kalau boleh tenyeh mulut merah dah macam pungkoq ayam. span aku sampai lasam a.k.a lunyai. Entah apa dia buat cantik tak pun.. sama ja. aku nak cerita kejadian harini dan smalam..
Semalam aku dah discuss dengan laki aku. macam mana nak buat adik dia keluar. last laki aku cakap nak bgitau mak dia la suruh dia balik rumah sana. sebab dia kerja sini tak tentu, kejap cuti kerja sampai 3 hari, kejap sakit perut kejap hujan lebat kejap tak jaga etc.
kami dahlah baru nak mula hidup sendri tapi ada saja yang datang tanpa diundang. aku tak suka bila dibuat rumah aku macam hotel. Lepastu aritu kantoi dengan abang dia, dia keluar dengan laki lain sedangkan ada pakwe.
Tiap malam menangis gadoh dengan pakwe pdahal dia yang keluar dengan laki lain. jadi pada pagi ni dapat 1 panggilan dari mak mentua kesayangan. Tiba2 mak husbnd bgitau ‘abg nnti mak bgi duit sewa byarkn untuk adik’. diorang sekarang ni tak faham ka bukan isu duit lagi dah sekarang isu kalau jadi apa2 dekat adik dia, hsbnd aku yang kena.
Tujuan kami pindah bukan untuk hidup dengan adik dia. kenapa tiba2 sibuk nak cari kerja sini aku pun tak paham. jadii tahap kesabaran aku dah habis. Then aku ws adik ipar kesayangan. aku cakap la abang kau dah lama tinggal dekat rmh aku. kesian dia dah berapa tahun dah.
Sekarang bagilah dia rasa bebas nak buat apa pun. harap faham la. Lepastu dia balas dia cakap dia kenal abang dia macam mana. adk beradik sendiri tak kan kenal la prgai adik bradik dia melainakn psaangan dia sedangkn ibu bapa pun kadang tak kenal perangai anak. macam dia salahkn aku la aku yang menghalau dia. sedangkan abang dia yang nak privaci.
So nak dijadiikn cerita petang tadi dia ambik barang dia. Lepastu anak aku yang umur 3 tahun yang bukak pintu. selalu memang macam tu lepas masuk keluar diorang akan kunci balik pintu. tak pernah sekali pun diorang biar terbuka. So bila mambang tu mwsuk ambil bwrang dia, dia keluar sqmbil cakap nanti makcik datang lagi.
Aku pun dengar so buat tak tahu la sebab aku tahu selalunya lepas keluar diorang akan tutup pintu. tapi bila aku pnggil anak aku tak menyahut. Terus aku keluar Ouh masa tu aku tidurkan baby 3 bulan Lepas tengok ja ruang tamu jantung aku macam hilang anak aku tak ada pintu terbuka..rumah aku Ada 3 pintu..sliding door, grill, dengan pagar utama..satu pun dia tak tutup lepas kdluar..
Anak aku? trus aku lari lrpastu dalam 150 kedepan ada taman.. aku nampk kelibat anak aku.. tuhan ja tahu hati aku masa tu.. cuainya aku. kalau terjadii apa2 aku yang akan dipersalahkn.. lepastu nampak la adik ipar aku tuu. smbil jalan dekat dengan taman panggil anak aku. so aku biarla. Lepastu dia hantar anak aku balik. anak yang umur 3thun tu aku marah.
Lepastu dengar suara ketawa dalam bilik. dia seolah2 mengejek aku. atau memang sengaja dia buat macam tu? aku sendri tak faham.. dan motif dia suap baby aku nasi yang pedas pun aku tak tuhu kenapa. wlaupun nasi tu dia penyek nasib masa tu ada adik ipar lagi sorang. dia tolong buang cepat2. Selama ni aku duduk dengan orang gila ka? cara dia spam msj dekat bf dia.
Lepastu paksa bf dia sruh coll dia sedangkn laki tu tengah kerja.. so esok mentua aku nak datang rumah. apa aku nak bagi tau mentua aku. seolah2 aku yang halau anak dia sedangkan memang betul pun aku tak suka dia. jahat ka aku. walaupun aku pura2 be nice bagi makan seolah2 tak ada apa tapi hti aku tak ikhlas..rasa macam diri ni munafik.




