ASSALAMUALAIKUM W.B.T semua sahabat KRT . Kehidupan yang makin mencabar ini ramai sangat yang bila sudah kahwin menantu menumpang mentua . Tetapi kisah aku bila MENTUA MENUMPANG MENANTU terbalik pulak . Mula kehidupan berjalan baik walaupun keselesaan aku mula disekat dalam rumah sendiri . Ruang yang dulu macam ruang tamu dapur tempat aku bebas dengan isteri mula tiada kenikmatan lagi . Tempat aku cuma lepas balik kerja terperap dibilik . Bukan aku menidakkan kehadiran mereka . Tetapi privasi diantara aku dengan isteri sudah tiada . Makin lama hubungan aku dengan isteri makin renggang . Aku mula bosan . Dulu bila penat balik kerja isteri tempat meluah segala rasa . Kita susah senang hanya berdua . Lagi jenis aku seorang yang tidak boleh berkira dengan anak2 . Apa yang anak aku hendak lagi bab makan aku akan bagi . Tetapi bila anak aku minta dengan mertua disorok atau dicatu makan allah sayu hati .
Sebab aku dilahirkan dalam keluarga yang bab makan dengan anak2 jangan berkira . Apa yang budak2 hendak makan saja . Ya mungkin terkadang bantuan ibubapa dperlukan . Bukan aku tidak menghormati . Selama bertahun dengan isteri aku tidak pernah aku buat isteri aku macam ini . Apa yang patut aku buat? Sebagai suami , keluarga mertua orang susah . Suami ibu mertua melepaskan segala tanggungjawab tergalas dibahu isteri dan aku . Mula2 kita ikhlas. Tetapi lama2? Ibu mertua juga jenis yang bercerita . Aku seorang yang tegas . Sangat2 tegas pada isteri aku . Dia sudah biasa . Hampir 10 tahun dia bersama aku . Kelemahan dan kelebihan aku , dia sudah tahu hendak urus . Kalau kalian ditempat aku apa yang kalian buat? BANTU BANTU.




