Assalamualaikum Admin? Dan semua kawan2 KRT. Saya nak minta pendapat kepada semua yang membaca luahan saya ni. Kami dengan suami dah kawin 12 tahun. kami biasa sebelum tidur. akan bercerita pasal kerja suami, kami selalu cerita pasal masa lalu time bercinta dengan suami, pasal suami bercinta dengan perempuan lain. saya suka mendengar kisah lama suami, masalah semalam? Tidak pernah2 suami tanya saya pasal Boyfriend saya pernah cium ke, pernah peluk rabah semua tu.
Tapi semalam dia tanya aku siap suruh sumpah lagi kalau betul kah ex Boyfriend tak pernah sentuh jadi aku mana lah berani menipu kalau disuruh bersumpah dulu saya cerita sikit2 lah cium pegang tangan tu saya pernah lalui, dia macam marah cemburu, dia Tidak boleh terima kalau saya cerita semua tu, siapa suruh dia tanya aku kisah silam tu biar lah aku je yang tahu, tapi dia pula siap suruh sumpah, lepas tu dia bangun je pagi sampai lah minum smpai nak turun kerja, dia cakap kita belum selesai lagi, malam ni aku nak tahu lagi kisah ex kau semua tu, aku bimbang kawan krt, klu cerita lagi smpai mendalam dia akan lebih sakit hati lagi.
Walaupun dia senyum2 main2 dgn aku rasanya dia macam marah, apa saya perlu buat ye dgn dia? supaya tak tanya kisah lamah saya, pasal terlanjur tu tak pernah lah, hanya suami je org yang pertama, tapi dia ni kalau aku mengelak dia akan kejar gelitik aku2 tak tahan lah di gelitik aku selalu mengalah kawan2 semua tolong lah jangan kecam, bagi lah saya nasihat macam mana nak mengelak ataupun, boleh ke dia suruh sumpah tu kita berbohong? Admin ni anak buah punya fb tq semua