Assalamualaikum w.b.t. Saya mulakan kenyataan saya. Rumahtangga Kami mula bergolak sejak tahun 2017. Sejak itu saya tidak bekerja dan memulakan bisnes makanan sendiri di Pandan Jaya. Waktu tu suami sering habiskan masa dengan game Dan Telefon. Setiap kali berselisih pendapat. Saya marah. Saya berang.Kami selalu berkelahi dan saya selalu ego. Pada masa ni suami tidak bekerja dan mula bekerja pada Mac 2017. Ada masa tu ketika itu saya hilang sabar dan menuntut cerai depan ibu saya. Kami menyewa bersama ibu saya. Hampir setahun hubungan perkahwinan pasang surut. Dan bulan 10/2017, kami tinggal laki bini dan anak. Ibu tinggal di rumah nenek Di Cheras.
Saya mula fokus dengan anak dan kurang berbisnes makanan. Dan bermula pada tu saya sangkakan rumahtangga kami aman damai. Kami diuji untuk pindah keluar dari rumah sewa. Kerana tuan rumah nak baik pulih rumah tu. Saya putuskan untuk tinggal bersama ayah di Balakong. Sebab Kami tidak cukup duit untuk bayar deposit rumah sewa baru. January 2018 kami mula tinggal di sini. Waktu ni saya sangkakan tiada lagi masalah.
February 2018. Ketika bercuti Di rumah mertua Di Melaka. Saya ternampak whatsapp seorang perempuan bernama Linda. Juga kenalannya di tempat kerja. Mesej yang berbaur lebih dari sekadar kawan. Jadi saya confront dan bertanya kepada suami. Makin tak ade penyelesaiannya pada ketika itu. Betul. Saya sekali lagi Minta dilepaskan jika dia ada perempuan lain. Tapi Masih tak ade progress. Bila 2 Hari Di rumah mertua, Dan saya berfikir. Mungkin Sudah tiba masanya saya berubah. Saya Masih ingat kata suami, “Saya baik dengan orang. Sebab Tu ramai yang suka saya.” Saya berubah ikut kehendak die. Saya tak marah die. Saya tunaikan tanggungjawab saya seperti biasa. Saya mohon maaf dan peluk die keesokkannya. Kami masih Di Melaka. Dia maafkan saya.
Saya sangkakan kebahagiaan tu milik saya. Lagi sekali saya diuji pada March 2018. Dan pada ketika ini, saya cuma muat Naik gambar keluarga Kami Di status whatsapp suami. Dan waktu Tu saya perasaan wanita tersebut memberi respond. Muncul Di status whatsapp seolah2 die berang dengan gambar keluarga Kami. Dan rupa2 nya mereka Masih contact. Status wanita tersebut, ” Semalam kaw bersayang sayang dengan Aku. Dan Hari ni kaw nak cakap kaw sayangkan keluarga kaw?” Wanita perosak rumahtangga saya. Tak boleh tengok saya bahagia. Dan rupanya suami tipu saya beberapa Kali sebelum ni. Katanya pergi kursus, rupanya keluar dgn wanita itu. Dan berlaku sebelum2 ni bila wanita tersebut sering jumpa dia di luar rumah.
Hancur hati saya. Berusaha bentulkan diri. Malah tiap kali diungkit tentang kisah di Pandan Jaya. Apa pun maaf dan ampun saya rupanya tak berguna. Dan waktu itu dia katakan, ” Aku dah benci Kau sejak dari Kita tinggal di Pandan Jaya Lagi.” Betul. Aku tergamam. Aku minta selesai di Pejabat Agama. Andai sudah jodoh aku sampai sini. Aku terima. Di depan Pejabat Agama Bangi. Masih dalam kereta. Akhirnya die memohon maaf. Saya beri peluang dan memohon maaf. Dia janji akan jaga agamanya. Bimbing saya. Dan tak berhubung dengan wanita itu.
Aman dan damai perkahwinan hanya bertahan sebulan. Genap April 2018. Saya diuji. Sekali lagi WhatsApp dan mesej dengan panggil ‘bie’. Allahu…. Hati mana Yang Masih bertahan. Saya marah Dan sedih. Saya minta dilepaskan. Dan die ungkit. Ungkit lagi kisah saya Di Pandan Jaya. Di ungkitnya yang semua berlaku adalah Salah saya. Saya Minta die buat haluan sendiri. Die keluar dari rumah dan tidak pulang 2 Hari. Dan Hari ke-3 saya minta die pulang ke rumah ayah semula dan merancang untuk selesai Kan hal perceraian dengan tenang Dan damai.
Dalam tempoh tersebut, password hp suami ditukar. Dan Allah Bantu saya. Saya ternampak kiriman gambar wanita Yang bertudung itu dengan pakaian Yang sksii. Die mengajak suami keluar Malam Tu. Dan waktu Tu suami Di rumah. Dan pada Tu saya Rasa memang suami nekad untuk bercerai dengan saya.
Saya berbincang dengan family dan mereka Minta saya fikirkan balik sebab nak Masih kecil. Dan mungkin Yang berlaku hanya Salah faham. Dan mereka mungkin hanya sekadar bercinta Yang main2. Esoknya, saya call suami. Die di tempat keje. Saya call Dan Minta penjelasan jujur. Sebelum pada esoknya Kami nk submit borang cerai Di Mahkamah Syariah. Die berjaya, ” Saya mmg tak boleh cintakan awak. Banyak Kali awak Minta cerai. Dan selepas ni kalau kite Masih Ada peluang. Dan ini last.”
“Saya pernah pegang tangan dia Ya saya Ada cium dia Saya tanya suami pernah tidur dengan wanita itu sebab suami pernah tak pulang ke rumah. “Kalau saya cakap YA. Awak nak terima saya.” Saya menangis semahu2 nya. Dan die ckp,
“Tengok! Memang awak dah tak kan boleh terima saya. ” Dan kata saya halus. Saya terima die. Saya minta die selamatkan rumahtangga ni demi anak. Die memilih saya dari wanita Tu. Die janji takkan hubungi wanita Tu.
Allah. Hebat dugaan ini. May 2018. Rupanya die Masih berhubung dengan wanita Tu. Die video call WhatsApp walaupun Banyak Kali saya Cuba block number phone wanita Tu. Saya ingat ini Yang terakhir Saya ingat ini Yang terakhir Kali. Saya bagai nak gile. Saya mula cari rezeki melalui grab Dan selesai komitmen saya. Saya berhutang dengan kawan Dan saya uruskan semuanya sendiri. Suami Bantu saya bayarkan kereta. Susu anak saya Cuba Bantu die dengan duit dari jadi grab driver yang hampir sebulan saya bekerja. Dan saya langsung tak pernah tinggikan suara saya. Dah hampir 3bulan saya berubah sejak February lalu. Hati saya dah Sgt sakit. Lagi sakit bila jwapan nya:
“Saya memang tak boleh cintakan awak dah. “Saya tak pilih awak. Saya tak pilih perempuan Tu.” “Saya video call dengan die atas dasar kawan.” 7minit video call waktu suami bekerja. Dan selepas itu die video call balik kurang seminit dalam waktu terdekat. Kawan APA? Die tak Jaga hati saya mcm saya Cuba Jaga hati die. Akhirnya, ” Benda ni Yang awak nakkan? Sejak dari Pandan Jaya awak dh ubah saya jadi mcm ni”. Betul. Saya maki die. Saya geram Dan saya marah. Sebab die tipu saya. Dan saya nekad. Untuk bercerai Dan memilih haluan data sendiri. Saya menuntut mahkamah untuk bercerai Dan suami diarahkan untuk memberi nafkah kepada saya Dan anak. Saya mohon warga Krt berikan kekuatan buat saya. Hati saya.




