assalamualaikum warga krt. maaf andai coretan ini mengganggu news feed tuan puan awal pagi ini. saya dah tak tahu nk mengadu pada siapa lagi. dulu saya selaku mengadu pada emak. tp, emak saya dah takde…al-fatihah. saya perkenalkan diri saya dahulu. saya seorang isteri kepada dua orang anak. Insah allah perkahwinan ni akan masuk tahun keenam dengan izin Allah. saya bekerja di salah sebuah syarikat terkemuka. begitu juga dengan suami saya. tapi kami bekerja di syarikat yang berbeza. kerja suami lebih terdedah kepada pelanggan. sedangkan saya sebaliknya.
Suami seorang yang sangat peramah dan bertanggungjawab. Alhamdulillah setakat hari ini, suami tidak pernah culas dari segi nafkah walaupun gaji dia kecil. dipendekkan cerita, baru2 ini, ada seorang wanita telah muncul di tempat suami saya bekerja. pada mulanya, saya tidak merasa curiga. lagipun, saya dan suami dah berkenalan hampir 20 tahun. tetapi, pada suatu hari, ketika kami sedang bercuti ke seberang laut, Allah gerakkan hati saya sebagai seorang isteri untuk check telefon suami. alangkah kecewa nya saya, suami berhubung dengan wanita tadi secara sembunyi2 di samping bergurau senda rindu dan sebagainya. Allahu…luluh hati saya ketika itu.
Suami jelaskan pada saya, bahawa dia hanya sekadar ingin membantu wanita tersebut menyelesaikan masalah rumahtangga beliau. wanita itu mengadu sering dipkul oleh suami disamping suami beliau disyaki mengambil barang terlarang tapi saya masih berasa ragu2 dengan kata2 suami saya. jadi, pada ketika itu, saya cuba untuk maafkan suami saya. saya fikirkan, cerita itu habis di situ. rupa2 nya tanggapan saya salah. baru2 ini, saya dapati suami masih berhubung dengan wanita itu. ya! saya cemburu! isteri mana yang sanggup biarkan suami bermesra dengan wanita lain walau hanya dengan alasan ingin membantu menyelesaikan masalah rumahtangga wanita tersebut?
Salahkah saya mempunyai perasaan seperti ini? bayangkan, suami saya sgt jarang untuk tangkap dan simpan gambar saya di telefon dia. tapi, pada hari kejadian, Allah nak tunjukkan pada saya yang suami saya simpan gambar wanita tersebut. suami juga sering menghantar gambar selfie beliau kepada wanita tersebut. sehingga saat ini, saya masih lagi bersedih, hilang selera makan, mula duduk seorang diri, mula menconteng kertas dan macam2 lagi. bila saya utarakan suara saya pada suami, suami sering kali ucap pada saya yang saya salah anggap pada dia. dia beritahu yang dia cuma hanya membantu wanita tersebut. Allah!
Buat Siti, jikalau awk terbaca coretan ini, maafkan saya sebab saya terhina awak. saya tak tahu macam mana lagi saya nak selindung perasaan ni. saya dah cuba sorok, saya dah cuba tahan, tapi saya tak kuat. saya tak berdaya nak melawan jiwa saya. dah dua bulan saya cuba tahan. tapi kali ni saya tewas. saya cuma nak awak tahu, tak mudah untuk saya lupakan perkara ni. walau awk dah block saya dekat wassup, dekat fb, saya hanya mampu berdoa supaya Allah bukakan pintu hati awak.
Saya cuma nak berpesan pada awak, menjadi satu dosa jika kita dilanda masalah rumahtangga, dan kita mengadu pada lelaki yang bukan muhrim. saya tak pasti samada awak tahu tentang perkara ini atau tidak. saya cuma berharap, awk tolong jauhkan diri dari suami saya walaupun awak satu tempat kerja dengan suami saya. tolong jangan berhubung langsung dengan suami saya sebab ianya hanya akan merosakkan hububgan kami. itu sahaja permintaan saya. tolonglah! saya betul2 tak berdaya! tq admin




