Assalamualaikum min.. Sebelum ni aku pernah ceritakan tentang hal bapak tiri aku yang kaki judi, hal bapak tiri bini aku tendang, tumbuk, pkul bini aku. Hari ni di kesempatan yang ada ni aku nak cerita sikit. Dalam beberapa minggu yang lepas, aku dan isteri di halau oleh bapa tiri bini aku min, atas alasan yang tak munasabah. Macam ni cerita nya. Aku pagi tu bangun dari tidur aku memikirkan sesuatu untuk aku lakukan bagi menghilangkan rasa bosan aku tak buat apa2.. Maklumlah kerja pun setakat kerja kontrak je.
Bila projek habis, kepala pun berfikirlah nak buat sesuatu, jadi aku dapat idea nak ajak jiran aku nak pergi cari kontrak baru, aku singgah ke rumah dia. Lepas berbincang dia ajak aku temab dia pergi ke sebuah pejabat kerajaan bagi menguruskan sesuatu hal yang mengaitkan dengan jabatan tersebutJadi aku pun bersetuju nak temankan dia, aku setuju pun sebab aku nak minta dia punya pertolongan untuk teman aku cari kontrak baru. Jadi aku balik sebab nak siap2.. Bila aku siap2 aku bagitahu bini aku yang aku nak temankan jiran aku ni..
Bini aku pulak baru cakap nak ajak aku pergi ke rumah kawan mak mertua aku sebab nak tengok anak aku yang baru berusia beberapa bulan ni. Aku pun dah terjanji dengan jiran aku tu nak teman dia, aku pun ambil keputusan nak teman jiran aku dulu sebab urusan dia tu tak lama, lepas tu aku lekas balik aku teman bini aku pulak ke rumah kawan mertua aku tu, bila aku balik aku cari bini aku tak ada, aku tanya adik2 ipar aku kemana bini aku pergi, adik ipar aku pun cakap dia keluar dengan mak mertua aku, aku pun tak kisahlah kalau dia keluar dengan mak dia sendri.
Jadi bila bini aku balik, aku dah nampak muka bini aku macam nak marah, aku pun buatlah macam tak faham sangat, sebab aku tak nak bergaduh dengan bini aku, masa tengah hari tu bini aku masak makan semua, mungkin sebab dia ada perasaan marah lagi dengan aku Bini aku makan dia tak jemput pun aku, jadi aku tertidur, Aku bagun je aku terus kelaparan aku cakap la dengan bini aku tolonglah masakkan aku walaupun nasi goreng sebab aku lapar sangat. Bini aku pun terus marah2 sebeb hal yang aku tak teman dia pergi ke rumah kawan mak mertua aku tu..
Aku pun dengan perasaan yang mula2 sabar jadi naik marah, lepas tu aku termarah sampai halang kawalan, sebab bini aku ni kalau dia marah apa yang dia nak cakap dia akan cakap, aku pun terlepaskan tumbukan aku ke pintu, jadi tanda kat pintu tu. Lepas tu bapa tiri bini aku pun mengamuk sebab dia ingatkan aku tumbuk pintu tu sebab marahkan dia, dia minta duit dalam jumlah tertentu sebab nak tebus gelang silver dia, aku pun tak kisah dengan duit tu, sebab tu hutang, dia berhak untuk tuntut hak dia.
Yang aku peliknya kenapa dia nak mengamuk sambil jerit2 nak ajak aku bertumbuk? Dia lempang aku, dia cekik aku, sikit pun aku tak membalas, dia halau aku pun, aku rilex je kemas barang2 bini aku barang anak aku, barang aku, aku buat tak tahu je la, sebab tak nak aku melayan Aku tak nak dia bertambah marah dengan aku, bila dia tengok aku tak melayan, dia jadi lebih tertekan, dia tendang bini aku sekuat hati, dia tumbuk, dia lempang bini aku sampai bengkak n lebam kepala bini aku.
Jadi aku dah nampak aku tendanglah pinggang bapa tiri bini aku tu bagi mempertahankan bini aku, aku tendang dia hanya sekali, bukan banyak kali pun, bapak tiri bini aku ni terus nak capai pisau nak tikam aku, jadi aku nak mengelakkan dari terjadi sesuatu pada diri aku ataupun dia, aku minta tolong jiran aku tu, aku lari pergi rumah dia minta tolong dia untuk aku ambil anak aku dan bawa keluar bini aku, bini aku pun dapat selamatkan diri untuk loloskan diri takut diapa2kan. Tapi min aku tertinggal anak aku kat rumah tu, jiran aku ni tolonglah aku nak ambil anak aku tu.
Bila aku sampai je dengan jiran aku tu, jiran aku terus di hamun dimarah.. Jadi jiran aku ni selamatkan aku dengan bini aku, dia bagi kunci kereta dan minta untuk aku selamatkan diri aku dan bini aku, pasal anak tu dia akan minta buat cara lainlah, jadi dia minta aku pergi ke rumah nenek bini aku, dan selamatkan dri di sana, aku pun ikutlah cakap dia, atok aku yang pergi ambil anak aku, dua hari bini aku nangis2 sebab anak yang dia kandungkan tiada saat dia tidur malam dan risau anak aku tu di apa2kan.
Aku pun berfikir positif yang mak mertua aku tu ada dan akan jaga cucu dia tu dengan baik, aku tak salahkan mak mertua aku, aku tahu dia baik penyayang, dia terima aku seadanya, dia pun faham kehidupan orang kerja kontrak ni, pendapatan tak berapa tetap, tapi kadang2 mak mertua aku ni mudah terhasut untuk marah2 bini aku2, ipar2 aku, di sebabkan mulut bapak tiri bini aku, Lepas dri hal ni terjadi, aku baru tahu dia memang perangai macam tu selalu pkul2 bini aku, mak mertua aku pun dia pernah pukul, bini aku halang pun bini aku dipukul sekali, dia buruk2kan aku, dia caci aku.
Sampai sekarang ni min, mak mertua aku pun naik benci dengan aku, tapi aku tak salahkan dia, aku faham dan mengerti mak mertua tu terhasut dengan bapa tiri bini aku tu, syukur alhamdulillah sekarang ni aku selamat dengan anak n bini aku, walaupun apa dia buat, aku sabar, hidup ni bukan semudah dalam filem. Cuma satu je, sampai bila2 aku tak akan dapat terima bapa tiri bini aku tu.. Aku akan ingat, jadi satu trauma dalam diri. Sekian.