assalam admin
Mohon hide profile saya. Sebab sya malu.
Tapi saya perlu luahkan juga sebab tiada tempat mengadu. Saya isteri dan ibu 2 anak. Suami saya berjawatan bagus. Saya kawin dengan dia mengikut pilihan ibu bapa walaupun masa tu saya dh ada boyfren. Beberapa bulan ni, adik lelaki suami yang baru dua bulan kerja menumpang rumah saya sementara kewangan stabil dan beli rumah. Muda setahun dari saya umur dia. Masalahnya min, sejak dia datang lain macam aja dia dengan saya. Pandangan dia, senyum dia.. buat bulu roma saya berdiri.
Bila suami tak ada, dia lagi berani ke dapur pegang tangan saya ada sekali dia peluk pinggang saya masa saya masak kat dapur. Ada sekali dia berdiri tercegar depan pintu bilik air bila saya buka pintu berkemban pulak tu. Kadang2 dia tiba2 balik je bila suami saya dah keluar kerja. Suami pulak agak sibuk sampai balik kadang2 dah malam. Masalah lagi mula2 saya marah dia dan warning nak bagi tau suami. tapi min. sejak kebelakangan ni saya suka dia buat macam tu. Saya rindu pulak kalau dia tak ada di rumah.
Saya jadi suka mengelamunkan dia, sampai anak2 kdg2 saya terlupa uruskan. Suami saya syg adik dia. Seboleh2 suruh duduk rumah saya sementara belum dapat rumah sendiri. Ada dua kali dia pujuk saya masuk bilik tapi saya masih mampu bertahan dan lari kunci pintu bilik saya.. tapi sebenarnya jiwa saya bergelora… saya takut saya tak mampu menolak kalau dia ajak lagi ..saya dah jatuh cinta pada dia min. Tolonglah ..apa perlu saya buat.




