Tolong Hide profile aku , sekarang ni aku tinggal dengan husband dekat luar negara (husband orang luar), bukan negara yang wow sgt la , husband ni jenis orang yang manja gila2 , kami tinggal dengan mak dia, mak dia pun manja kan sangat, so bila kita gaduh mulut, tak menjerit la cuma cakap tapi kadang2 nada tu tinggi sikit, mak dia mesti nak menyampuk, mak dia pulak yang acah stress acah sedih padahal bukan nya gaduh dengan dia, yang anak nya pun keluar kan kata2 tak elok pada saya, saya tak pernah keluar kan kat buruk kan anak dia, lepas tu bila mak dia masuk campur, aku yang kena cop perempuan tak bersyukur , drama queen dan sebagai, aku masak aku kemas rumah semua dorang buat buat buta.
Kalau gaduh sekali mesti nak ingat sampai mampus, lepas tu aku ni kan Malaysian susah sikit nak paham orang sini punya perangai, kadang2 dia dengan mak dia chatting kat dlm bilik tutup pintu, lepas tu bila dia ajak te gok movie sama2 dengan mak dia, mesti ada peluk2 dengan mak dia, cium2 dahi mak, macam dorang pulak laki bini, aku ni duk jela diam kat hujung kerusi , selalu tgok movie mesti dia cium pipi mak dia je, macam aku ni tak wujud kat sebelah, Lepastu bila keluar sama2 mesti nak pegang tangan mak peluk mak dari belakang dekat2 masa mak dia buat kerja sana sini mesti nak tangan mak dia pegang yang aku ni jalan kat belakang macam tak wujud, aku tak Selesa langsung dengan perangai dia dengan mak dia, rasanya takkan selesa sampai bila2
Bila aku dengan husband jalan pegang tangan, mak dia tetiba gelak2 sambil menyemak kat tengah acah2 nak pegang tangan anak dia dengan aku, alahai, mak dia ni sorang je, dah bercerai , so apa2 mesti harap kan anak dia yang tunggal ni, husband baru 26, tapi manja dengan mak macam anak kecil, lepas tu sometimes bila habis gaduh aku ckp kat dia boleh tak kalau mak awak tak masuk campur, dia marah betul, dia kata apa2 dia mak aku, dia Berhak masuk campur, aku pun cam terkejut dengan dia ni, susah betul mak dia hidup dengan kita orang , banyak betul aku makan hati, dahh la semua family kat malaysia, kalau gaduh takde sape dtg kat aku nak pujuk aku, kalau husband tak apalah mak dia boleh dodoikan dia, kalau ikut kan aku nak bla je balik malaysia tapi duit semua mak husband dengan husband pegang, lepastu kalau nak buat pape mesti nak mak dia pun buat keputusan, tapi disebabkan ni husband jadi .orang yang bertanggungjawab, hal2 passport aku semua dia Settlekan, kadang2 dia kemas umah, dia baik juga, tapi kalau gaduh ya allah yang bukan salah aku pun jadi salah aku, pastu mula lah mak dia bagi muka taik kat aku, padahal masa mak dia sakit buat breast surgery, aku yang jaga dia sebulan bagi ubat, injection semua, memang senang betul manusia lupa kebaikkan, kadang2 mak dia ni kalau minta tolong lepas tu anak dia kat tandas, aku mesti dtg tanya ada ke yang boleh saya tolong, dia Kate takde, ape benda siot, baru2 ni mak dia dah pandai amik barang makeup aku yang mahal, tanpa tanya aku dulu, aku dah la tak keja , takde duit kalau habis semua, korang buat muka taik bila aku minta tolong belikan, ape punya family pun aku tak paham, aku dah cuba cakap dengan husband semua ni, husband terus merajuk buat muka masam , lepas tu tak cakap dengan aku 1-2 hari cakap dan cium mak dia je, kadang2 takde apa tetiba nak kiss2 mak dia, aku heran betul, tak tahu apa nak buat, boleh ke bawang rangers tolong masalah aku ni ? Terima kasih semua,
comment2 korang sangat aku hargai.Oh ya, lagi satu dorang ni bukan jenis kuat agama, nak dikatakan alfatihah pun tak tahu, sebelum kahwin husband kata nak belajar agama dengan aku, tapi lepas kahwin tak nak pulak, aku nak ajar ayatul kursi bagi pelindung diri dia pun taknak, mak dia jangan cakap la, buat yoga pun dah baca mantra2 pelik, husband kata mak dia baca mantra Hindu ape semua, terkejut aku, aku dah bagi nasihat tapi dorang bantah kata alah orang kuat agama ni kadang2 bukan baik pun, aku cam tak tahu nak buat apa, aku nak solat pakai Tudung pun dorang tak suka, apa yang kena aku buat? Susah ni




