Admin, tlg hide profile saya untuk kebaikan semua. Saya nak tanya pendapat semua, isteri saya sering keluar dgn lelaki ini tanpa izin dan pengetahuan saya. Selalu menipu supaya saya tak tahu dia keluar makan dengan lelaki tu. Da 4 kali saya berjaya kantoikan dia. Entah apa yang dia suka sangat keluar dengan lelaki tu sampai sanggup menipu saya berulangkali. Bukannya saya ni jenis yang mengongkong isteri dan tak bagi keluar dengan lelaki lain.
Saya selalu je beri keizinan untuk dia keluar dengan kawan2 lelaki lain adakah saya terlalu membosankan sehingga die lebih memilih untuk lepak dengan orang lain? Atau saya perlu kawal pergerakan die sedikit. Saya sedar saya bukanlah suami yang sempurna, tapi saya bukanla jenis lelaki yang tak guna. Setiap kali saya berjaya kantoikn isteri saya, tak nampak die rasa bersalah sangat. Saya takot dia rasa apa yang dia buat tu tak salah. Tolong la beri pendapat apa yang saya perlu lakukan sebab saya takda tempat untuk mengadu




