Asalamualaikum krt. Saya sudah berumah tangga baru 3 tahun. Suami seorang yang baik. Terima saya dan anak saya dengan bekas ex saya dulu. Suami rajin solat. 100 peratus perfect. Aku nak cerita kisah sebelum aku kawin dengan suamiku. Aku kenal dengan seorang leleki. Dia cinta pertama ku dan sampai sekarang tidak ada lelaki boleh gantikan dia dihatiku walaupun suamiku sendiri..
Kisah bermula, masa aku kerja di sebuah syarikat swasta. Aku berkenalan seorang lelaki juga bos ku. Lelaki ni baik. Dia berikan aku rumah dan kereta. Rumah tu lah tempat kami meleapskan nfsu. Perkataan nya sangat lembut, dia suka melayan aku, mendengar segala luahanku. Apa yang aku minta semua dia beri. Sampai lah kantoi oleh isterinya. Aku dihina perempuan murahan. Isterinya sangat kejam sampai tanpa memikirkan dosa mengaibkan orang lain dia memviral kan gambar2 ku berasama suaminya di media social.
Masa tu aku sedih sangat lagi2 ibu ayah di kampung dapat tahu tentang foto2 itu. Ibu menyuruh kan balik kampung. Namun aku berdegil. Senyap2 kami masih berhubung. Sampai lah aku hamil kan anak dia. Dengan gembiranya aku khabar kan pada dia dengan berharap dia akan berkahwin dengan aku. Tapi hampa. Dia cakap tunggu aku lahirkan anak baru dia kawin dengan aku. Aku bersetuju dengan permintaan nya. Dan kami terus2 bersama seperti pasangan suami isteri..
Selepas itu terus kantoi lagi oleh isterinya. Dan isterinya memaki aku. Mengatakan aku suka suaminya sebab harta. Aku bukan perempuan gila harta. Aku sayang kan lelaki tu dengan ikhlas. Dia cinta pertama aku.
Dengan sangat kejam nya isteri lelaki itu mengahalau aku dari rumah dan kereta yang lelaki tu berikan untukku diambil nya aku cakap tu hak aku sebab suaminya beri untuk aku. Aku tunggu lelaki tu untuk membela aku namun dia senyap. Dalam keadaan aku hamil. Aku tahu mana nak pergi. Aku tanya lelaki tu. Nak pilih isteri dia yang mandul atau aku yang tengah lahirkan anak dia? Dia pilih isterinya dan katanya isterinya sekarang tengah mengandung. Allahuakbar kejam nya. Dalam keadaan aku masa tu. Aku malu nak jumpa mak ayah. Aku duduk merempat. Akhirnya aku jumpa suamiku sekarang dan juga suami orang masa tu tapi dia dah nak bercerai dengan isterinya. Lepas dia bercerai dan aku melahirkan anak. Kami pun berkahwin.
Suamiku sekarang sangat baik. Tapi masalah nya bekas kekasihku mula menagih kasih. Oleh kerana kekasih cinta pertamaku akhirnya aku tewas dan kami berjumpa semula. Anak yang aku lahirkan sebijik sama dengan bekekas kekasih ku. Bila kami jumpa. Dia peluk cium anakku. Dia minta maaf dan memberikan wang sebanyak 10 ribu untuk menebus semua kesilapannya. Kami sering berjumpa dan akhirnya terlanjur. Dan sekarang say mengandung dan saya tak pasti anak siapa. Suami saya bahagia sangat dengan kehamilan saya. Tapi dalam masa yang sama saya sudah hilang rasa cinta pada suami. Cuma saya kesian dengan suami. Tapi buat apa nak teruskan hubungan ni kalau aku rasa terpaksa? Tolong aku.




