Salam admin. Tlg hide profile aku. Nama aku Lia, umur 21 dan sdh berkahwin. Secara jujurnya aku sangat tertekan skrg. Tiada siapa yang boleh bantu aku. Saban hari, hidup aku hanya bermandikan air mata. Aku menaip kisah ini dengan deraian air mata dari katil hospital. Puncanya? Doktor mengesyaki bahawa rahim aku k0yak. Rahim aku k0yak dengan janin yang baru berusia 5 bulan! Bagaimana ini boleh terjadi? Ada baiknya aku ceritakan latar belakang aku terlebih dahulu. Aku anak yatim piatu. Aku tak pernah tahu siapa ayah aku. Orang kampung kata aku anak luar nikah. Mak aku kerja mengambil upah menjaga gerai makan. Kami tinggal menumpang di rmh abg mak.
Mak aku tak sekolah tinggi min, pakcik aku bawa mak tinggal dgn dia sbb takda siapa yang nak jaga mak aku dengan aku. Pakcik aku baik min, dia layan kami tak ubah macam anak2 dia yang lain. Tapi aku tahu makcik aku tak suka kami tinggal kt sana. Dia malu bila jiran2 tetangga memburuk2kan kami. Pakcik aku guru besar sekolah, orang yang dipandang tinggi dan berpengaruh. Mestilah makcik aku taknak orang mcm kami mencacatkan kedudukan pakcik aku.
Pakcik aku ada 6 orang anak. 4 orang perempuan dan 2 orang lelaki. Makcik aku seboleh2nya taknk anak2 dia duduk dekat dgn aku. Dia taknk anak dia jd mcm mak aku. Dia burukkan aku dan mak aku depan anak2nya sampaikan semua anak2 dia percaya yang kami ni jahat dan hina sejak azali. Kakak2 sepupu aku selalu pukul aku. Saban waktu cacian dan makian da jadi makanan aku min.
Bila umur aku 8 tahun, mak dengan pakcik aku meninggal sebab accident. Dikubur dalam liang yang sama. Boleh bayang tak kebencian makcik aku dan anak2 dia dgn aku? Aku dianggap sebagai pembawa malang dalam keluarga. Aku tahu diorang rasa sedih dengan kehilangan pakcik. Tp aku pun kehilangan mak jgk. Sejak hari itu, aku takpernah ada tempat yang aku ble panggil rmh. Aku tau makcik aku taknk jaga aku. Aku bertukar2 rmh dlm kalangan keluarga. TAKpernah tinggal lebih lama dr 6 bln sebab semua percaya yang aku membawa nasib malang. Tapi aku bersyukur aku masih dibenarkan untuk bersekolah krn arwah pakcik pernah bgtau makcik yang walau sebenci mna pun makcik dgn aku, aku tetap kena pergi sekolah.
Bila umur aku 12 tahun, aku nekad untuk belajar bersungguh2 untuk masuk ke sekolah berasrama. Tekad aku cuma satu. Aku nak ada tempat yang aku boleh lari dr kehidupan ni. Impian aku termakbul. Walaupun keputusan aku takcemerlang mana tp aku dpt masuk sekolah berasrama penuh. Bermakna untuk tempoh 5 tahun, aku ada tempat yang aku boleh panggil rmh. Ditakdirkan, aku bersekolah dgn salah seorang anak makcik. Zaki. Dia tua 4 tahun dari aku. Semasa aku masuk tingkatan 1, dia da tingkatan 5. Tetapi disebabkan dia jg tinggal di asrama, dia jrg mendengar cerita tentang aku dan dia melayanku sma seperti layanan arwah pakcik. Lembut dan ramah. Aku jatuh cinta dengan Zaki.
Rupanya dalam diam, dia menyimpan rasa yang sama. Kami berjanji untuk saling setia. Masa berganti. Aku menamatkan zaman sekolah menengah dan dia ke universiti. Selepas tamat sekolah, aku kembali ke rmh makcik.
Layanan mereka masih sama. Dingin dan penuh kebencian. Time tu zaki da dpt keja selepas hbs diploma. Kerja biasa2 sahaja tp bg aku, itu sdh cukup untuk meyakinkan aku bahawa dia benar2 serius. Aku pula bekerja sbg promoter di sebuah pusat membeli belah. Setahun kami berhempas pulas untuk mengumpul duit belanja kawin. Hubungan kami mula di hidu oleh makcik apabila dia ternampak aku dan Zaki masuk ke sebuah kedai emas untuk memilih cincin perkahwinan.
Mengamuk besar makcik. Berbakul2 cacian yang aku terima. Pipi aku ditampar berkali2 oleh makcik. Zaki berusaha memujuk makcik. Bersungguh2 dia pertahankan aku. Zaki anak kesayangan makcik krn sifat Zaki sangat mirip dgn arwah pakcik. Tapi aku tau, makcik tdk akan pernah menerima aku. Zaki mengambil keputusan drastik. Dia nekad untuk menggunakan wang belanja kawin untuk deposit rmh sewa. Dia menyuruh aku untuk tinggal disana sementara dia menguruskan hal pernikahan kami.
Sepanjang tempoh itu, saban waktu adik beradik Zaki dtg ke rmh dan mengugut aku untuk membatalkan perkahwinan. Tp aku bertahan krn aku tahu Zaki adalah orang yang selama ini aku tunggu. Akhirnya aku dan Zaki berjaya disatukan pada September tahun lepas. Tak ada pelamin mewah, tiada dulang hantaran berjenis2.. Kami nikah di masjid kampung. Yang dtg hnya beberapa teman rapat. Makcik dan anak2 dia yang lain? Langsung tidak nmpk langsung sewaktu hari nikah.
Ditakdirkan aku bunting pelamin. Alangkah bahagianya aku rasa ketika itu walaupun aku tahu hanya Zaki yang menyayangi ku. Disebabkan alahan yang teruk, Zaki menyuruhku berhenti kerja dan dia membuat keputusan untuk bekerja sbg pemandu lori untuk menampung perbelanjaan kami sehari2. Sepanjang Zaki bekerja sbg pemandu lori, aku sering ditinggalkn bersendirian krn tuntutan kerjanya yang terpaksa melakukan perjalanan jauh untuk mengambil dan menghantar barang.Awal januari lalu, tiba2 adik bongsu lelaki dia kata dia (Adi) nk tinggal sekali dgn kami, alasanya krn tahun ini dia nak SPM dan rmh kami dekat dgn sekolah dia. Sekolahnya akn membuat bnyk kelas tambahan jd dia perlukan tempat tinggal yang dekat dgn sekolah supaya dia tdk letih berulang alik dr rmh yang jaraknya sememangnya jauh. Zaki bersetuju krn beranggapan ini adalah salah satu cara yang baik untuk perbaiki semula hbungan yang retak.
Semenjak Adi ada di rmh, dia tdk pernah mengangap aku sbg kakak ipar. Layanannya terhadapku takubah sprti ibu dan kakak2nya.. Aku dilayan sprti tukang gaji. Bajunya aku basuhkan, makanannya aku masakkan. Malah bilik tidurnya pun aku yang kemaskan.. Entahlah, aku ingin mengadu kepada Zaki namun setiap kali aku melihat wajah letih zaki slps seharian bekerja, hatiku menjadi lembut.. Semuanya aku telan sendiri.
Kemuncaknya berlaku 5 hari lepas, ketika itu aku sedang solat zohor didlm bilik. Aku mengunci rumah krn aku tinggal sendiri. Zaki keluar bekerja dan Adi ke sekolah.. Selalunya Adi pada waktu ini tdk akan balik krn dia ada latihan ragbi, namun hari itu Adi balik awal dr kebiasaannya. Aku dgr Adi mengetuk pintu tp kerana aku baru di rakaat pertama, aku hanya memekakkan telinga dan meneruskan solat.
Semakin lama ketukan di pintu semakin kuat aku dengar Adi merengus kasar dan mengeluarkan kata2 kesat kepadaku tidak lama kemudian aku tidak lagi mendengar suara Adi. Aku tdk sedap hati. Aku teruskan solat. Usai solat aku terus ke pintu depan. Aku nampak tiada siapa2 di luar. Kelibat Adi pun tiada. Aku kembali menutup pintu dan bercadang untuk melelapkan mata kerana sejak pagi td aku bangun mengemas rmh dan memasak untuk mkn tgh hari. Pintu aku tutup tetapi tdk berkunci kerana barangkali Adi akn pulang jg nnt.
Belum smpai setengah jam aku tidur, aku mendengar suara riuh rendah dr luar rmh memanggil namaku. Terpisat2 aku bangun. Aku melihat 2 orang kakak iparku dan Adi sdh berada di ruang tamu. Tiba2 kak Ita menarik rambuntuku dan menyumpah seranah aku. Dia kata aku tdk sedar diuntung. Zaki telah memungut aku tapi aku membalasnya dgn melayan adik bongsu mereka seperti anjing. Aku membiarkan adik mereka kelaparan di luar rmh tanpa membenarkan Adi masuk ke dlm.
Sungguh, itu adalah fitnah! Aku cuba untuk memberitahu hal sebenar tp tgn Kak Ani lebih pantas memukul pipiku. Aku cuba untuk melawan dan aku tertampar kak Ani semula. Bengang kerana aku menampar kakaknya, Adi menolakku kasar dan peruntuku melanggar bucu meja yang tajam. Aku jatuh terduduk dan aku merasakan sakit yang teramat sangat di bahagian perut. Aku menangis sekuat2nya kerana aku sangat risau jika ada apa2 yang terjadi kepada anak dlm kandungan ini. Aku merasakan seluarku mulai basah dan cecair mula keluar. Aku semakin panik dan menyuruh mereka untuk menghubungi ambulance. Terkejut dgn apa yang terjadi, kak Ita terus menghubungi ambulance.
Demi Allah, aku sangat syang anak ini. Namun, doktor mengesahkan ada koyakan kecil berlaku pada rahimku yang menyebabkan air ketumban keluar sedikit demi sedikit. Jika hal ini berterusan, bayiku mungkin akan kekeringan air ketumban. Aku terus menghubungi Zaki. Tidak pernah aku melihat Zaki semarah itu. Kemuncaknya apabila Zaki sendiri membuat keputusan untuk melaporkan hal tersebut kepada Polis. Kak Ita, Kak Ani dan Zaki ditahan polis untuk membantu siasatan. Sdh 3 hari mereka ditahan di lokap. Hari ini makcik dtg melawatku di hospital namun dia dtg untuk menyuruh Zaki menarik semula laporan tersebut dan membebaskan anak2nya. Aku dituduh telah meracuni fikiran Zaki untuk membenci ahli keluarganya sendiri.
Entahlah min, kadang2 aku terfikir.. Mungkin ada baiknya aku tdk pernah dilahirkan krn aku belum pernah merasa benar2 gembira dgn kehidupan ini. Mungkin ada baiknya aku tinggalkan tempat ini dan pergi jauh dr orang2 yang mengenali aku supaya rasa benci mereka ble terpadam. Doktor mengatakan bahawa peluang untuk anak dlm kandungan ini hidup hnyalah 50% dan itu bergantung kepada semangatnya yang tinggi untuk bertahan.. Semoga Allah memberiku kekuatan. Jika sememangnya aku dan Zaki akan kehilangan anak ini, gantikanlah ia dgn sesuatu yang lebih baik ya Allah. Maaf Min, jika confession ini terlalu panjang. Aku selalu membaca page ini namun hari ini aku ingin berkongsi cerita hidupku. Semoga aku terus tabah.




