Assalammualaikum admin. Ni kisah aku sendiri. Bukan fake ac tapi tolong hide profile aku. Walaupun malu andai ada yang mengenali aku di sebalik luahan perasaan ni, sebab apa yg aku tulis ni adalah sebenar2 diri aku. Tapi aku harap ia jadi iktibar pada orang lain. Aku adalah seorng isteri, ibu kepada 3 cahaya mata. Dalam alam rumahtangga memang tak dinafikan ada macam2 ujian. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Suami aku ni jenis solat tak tinggal, selalu tanya aku dah solat ke belum? Datang dari family yang warak. Aku kahwin dengan dia kenal tak lama. Sebulan kenal terus tunang setahun then kami kahwin. Kami tunang pun PJJ sebab die bertugas di borneo. So ada la sekali dua aje jumpa tu pun sekejap.
Zaman kenal dulu mana ade smartphone, 3G, 4G LTE sume ni. Yang ade, SMS dan MMS, tu pun rate nye mahal. Aku suka dia sebab personaliti dia yang ada pegangan agama. Tapi lepas kahwin baru tau, dia jugak jenis yang tak caring, tak loving, dan unpredictable. Selalu aku makan hati dan terasa hati dengan dia. Jenis yg kadang nak dengar cakap dia aje. Bila aku bertengkar dengan dia, aku rasa marah sampaikan terdetik dalam hati, aku boleh hidup tanpa dia. (Terdetik aje) Kadang aku fikir dia tak pernah sayang aku. Anniversary kami jatuh pada birthday mak dia, so memang senang nak ingat, tapi dalam group wsup dia boleh wish birthday mak tp tak wish anniversary kawin sendri. Tak wish tu tak pe lagi, tapi aku wish dlm wsup tapi tak reply. Kecik hati aku. Sampai aku delete balik apa yg aku wish tu. Dia ni memang tak sayang aku kot.
Lepas tu kalau aku outstation jenis tak reti nak kol bini tanya dah makan ke? Dah sampai mna ke? TAKde lansung nak ambik berat even kalau aku bawak anak2 outstation skali pun, tak reti nak ambik tahu hal anak bini. Dulu kalau balik rumah in law, jenis dia bila dah berkumpul adik beradik lansung tak peduli dengan aku, cuma lepas beberapa kali aku luahkan rasa tak puas hati (bertengkar) aku br le nampak perubahan dia. So dipendekkan cerita aku rasa dia tak sayang aku, dan aku boleh hidup tanpa dia.
Tapi aku diuji Allah. 2018 aku disahkan hidap kansser payudara. Terduduk aku. Tapi aku anggap Allah uji sebab Allah sayang dan pasti ada hikmah disebaliknya. Aku jalani pembedahan buang salah satu payudara. Lepas pembedahan, aku jalani pula kimoterapi. Sepanjang aku jalani rawatan kanser ni, selain famili, orang yang sentiasa bagi sokongan adalah SUAMI aku. Suami yang aku rasa tak sayang aku, tak ambik berat hal aku, suami yang selalu buat aku makan hati. Allahuakhbar. Hikmah disebalik sakit kansser aku adalah Allah nak buka mata hati aku bahawa suami aku sebenarnya sangat sayang kan aku. Aku terkedu bila adik aku cerita.
Masa aku dalam dewan bedah adik aku kol suami aku untuk tanya perkembangan aku, tapi masa tu suami aku diam lama. Bila suami aku jawab, masa tu suara dia ada getar. Suami aku tahan tangis dia. Kenapa dia menangis? Kerana risau dan sayang nya dia pada aku. Sepanjang aku dalam rawatan kimoterapi, badan aku lemah, selera tiada. Dia suami yang sentiasa jaga aku, mandikan aku. Layan kan tekak aku. Apa sahaja yang aku rasa nak makan dicarinya sampai dapat. Sebab selera aku tak menentu akibat kimoterapi. Dia cari asalkan dia tahu aku makan sesuatu dari dibiarkan perut aku kosong.
Bila rambut aku mula gugur dia trim supaya aku selesa. Sampai aku malu nak berhadapan dengan dia bila fizikal aku dah buruk kuku dah hitam lidah pun hitam kepala dah botak tapi dia cakap aku tetap comel dan dia sentiasa melawak sebab nak bagi aku gelak. Aku cakap kat dia, aku dah tak sempurna. Breaast pun dah takde satu. Tapi dia cakap, dia ok aje. Bukan isu pun pada dia. Anak2 ke sekolah dia yang uruskan. Rumahtangga dia yang kemas. Baju dia yang basuh. Masak dia yang masak dan kemas. Die urut aku, dipicitkan kepala, dipicitkan kaki. Apa aje keperluan aku dia penuhi. Allahuakhbar. Selama ni aku tak nampak semua tu. Sebab hati aku dibutakan aku sendiri. Mungkin dia tak tunjuk dia sayang, dia tak tunjuk dia ambik berat, dia tak pamerkan dia romantik. tapi sebenarnya dia adalah suami terbaik aku.
Aku bersyukur Allah uji aku dengan kansser kerana hikmahnya Allah telah buka mata hati aku untuk menghargai suami yang terbaik di sisi aku. Kalau sebelum ni aku kata aku boleh hidup tanpa dia tapi hari ini aku akui hidup aku hanya inginkan dia sebagai suami. Aku akan terus kn semangat juang aku lawan kansser ni. Aku nak hidup sihat supaya aku boleh membahagia kn suami. Menghargai diri dia sepenuh hati kerana Allah. Doakan aku sembuh dan semoga rumahtangga aku sentiasa dalam redha Allah. Sesungguhnya aku adalah manusia yg tak sempurna. Aku harap, pada pasangan berumahtangga, kalau hal yg kecik jangan la dibesarkn. Bertolak ansur dan bersabar la. Sesungguhnya Allah hadirkan pelangi indah selepas hujan dan taufan.




