Assalam Admin. Macam biasa, THPS (Tolong hide profile sy) hehe. Saja je nak bercerita sikit. Aku lelaki berumur akhir 20 an. Alhamdulillah dah berkahwin dengan isteri dah 5 tahun dah. Isteri jumpa aku di laman web cari jodoh islamik, tetapi disebabkan aku jarang online situ.. dia cari aku sampai ke media sosial. Pertemuan kami di media sosial membawa kepada pertunangan 4 bulan kemudian dan ke jinjang pelamin setahun kemudian.
Sebenarnya, dua bulan sebelum perkenalan dengan isteri, aku baru putus dengan ex girlfriend aku. Aku berkapel dengan ex aku lepas habis belajar dari universiti. Dari zaman sekolah sampai university, aku tak pernah kapel langsung. Niat dan hajat ada, tapi takda luck lah kot haha. Mungkin sebab tak hensem (tapi wife slalu cakap dia cari aku sebab aku hensem dan kengkawan dia pon slalu puji untung dapat suami hensem. aku rasa kengkawan aku byk lagi hensem. tah ler pandangan pompan n laki lain kot).
Tapi aku bersyukur disebabkan aku tak kapel sepanjang waktu belajar, aku banyak dapat enjoy dengan kengkawan. Macam2 aktiviti dapat buat dan sangat aktif dengan sport. Kalau dah ada awek mesti susah sket kan? Masa satu hal.. duit satu hal.. *c0ugh * permission pon satu hal lagi *c0ugh* hihi. Family aku slalu pesan nak kapel habiskan belajar dulu. Tapi masalahnya bila aku dah kapel dengan ex aku, family suruh bina kerjaya dlu pulak dan jangan kapel2. Pening aku dgn orang2 tua ni hahaha.
Aku malas nk cerita pasal ex, barang yang lepas jangan dikenang. Tapi kitaorang break up lepas beberapa bulan kapel je. Sepanjang kapel, banyak benda aku belajar especially apa sebenarnya yang aku nak dari wanita untuk jadi pasangan hidup. Sebelum tu asyik fikir nak yg cantik, body cantik, pandai masak.. standard lah general requirement yg lelaki nak. Hehehe. Rupanya untuk aku, paling penting adalah aku nak wanita yang smart thinking dan matang. Beragama tak penting ke? Eh korang ni… jika seseorang Muslimah tu betul2 bijak, mestilah agama pon dia jaga kan?
Aku betul2 berdoa semoga dapat the right one. Setiap waktu yg mustajab doa, aku berdoa agar dipertemukan dengan ciri2 yang aku nak. Aku takda lah nak yg perfect, sebab aku pon tak perfect.
So bila wife aku contact aku dulu, aku sangat bersyukur. Sebab aku ni dalam kategori girl shy gak sebenarnya haha. Walaupun pernah berkapel (tu pon sbb ktorang pernah join group sama2 tu yg okay sikit). Aku bersyukur sebab wife aku punyai ciri2 yang aku cari. Bijak dan matang dalam berfikir dan buat keputusan. Common sense bagus (aku bagi contoh kecil la utk korang: tukar lane mesti bagi signal.. keh keh). Solat dan aurat pon jaga. Muka pon sejuk mata memandang.
Jap, before aku lupa…. So untuk single ladies out there, trust me. Takda istilah perigi cari timba. Jangan malu to start first move. You may hit a jack pot. Aku bukan cakap nak tinggi diri. But its real. Aku tengok banyak gak kawan lelaki aku yg bebaik tapi single lagi walaupun umur nak cecah 30 (jangan suruh aku pm mintak recommendkan. Usaha sendiri hahaha). Masing2 mcm aku dlu gak kot, tak pandai bergaul atau approach pompan. Wife aku citer dia pon segan jugak nak contact aku dulu, tapi she knows what she wants. (profile details aku kat laman web cari jodoh tu ada yang dia berkenan lah kot haha).
Sorry panjang introduction. Aku try pendekkan apa yg aku cuba nak cerita ni. Nanti korang suruh aku lukis pulak. Aku dah la tak pandai lukis. Kalau lukis org lidi bleh la. hahaha
Wife aku ni masa dalam proses berkenalan dengan aku dulu dia pernah ceritakan kisah dia dan family dia kisah family dia memang lagi dahsyat dari drama2 melayu. Tak sangka aku its really happening. Kalau dibuat drama TV3 confirm meletop. Macam2 perangai dgn ayah yg dah tua, ibu kandung, ibu tiri, adik bradik kandung dan tiri. Wife aku pulak jenis yg x pernah mempersoalkan org dan redho je. Sebab perangai ni lah ramai yg suka amik kesempatan. Even family sendiri. Sorry x boleh cerita lebih, tapi kalau ada scripwriter nak buat drama berkisarkan kisah wife aku, boleh contct aku. Money back guarantee. hahah
Sebelum jumpa aku, wife aku pernah kenal byk lelaki lain dalam platform cari jodoh ni dan tempat lain. Sblm korang ckp apa2 psl wife aku, wife aku sebenarnya nak cepat cari lelaki untuk kahwin cepat, nak lari dari masalah family dia ni. So dia boleh kluar dari rumah tu dan duduk dgn suami je. Sbb tu nak cari suami yg baik2 mcm aku hihi. Ok so sambung balik, wife aku bila kenal lelaki2 lain, dia akan cerita kan kisah dia dan family dia dulu. Kalau lelaki tu boleh terima dgn situasi family dia, baru dia proceed kenal lebih lanjut. You know what? Mostly akan terus tak contact balik. Ada yang terus diam tak reply msg. Aku je yg concern dan tolong suggest macam2.
Entah lah.. dah mmg nature aku suka masalah kot. Don’t get me wrong. Aku bukan suka cari masalah. Aku suka masalah sebab aku suka selesaikan masalah. Sebab tu aku jadi Engineer lah kot. Bosan hidup tanpa masalah. Hahaha.
Cut the story short, aku dapat isteri yang bijak, matang dan berdikari. Boleh buat decision yg betul tanpa smua benda nak kena tanya. Atau tak perlu nak aku risau bila sometimes aku mintak tolong. Mungkin benda kecik, tapi bagi aku besar maknanya.
Isteri aku pulak dapat suami yg boleh hadap masalah keluarganya sehingga sekarang (bkn ni je kebaikan yg wife aku dpt dr aku ye, xnak lah listkan smua nnti nampak riak plak). Alhamdulillah aku dpt sket2 tlg jernihkan apa yg keruh. Tapi ada benda yg xleh settle tu, mmg aku pon xleh buat apa. So tu je lah nak bercerita..
Doakan kebahagian aku dan isteri kekal bahagia ye. Jika ada yg positif dalam cerita aku ni sila lah ambil pengajaran dan simpan ketat2. Jika ada benda negative ku mohon maaf dan tolong lupakan je




