Assalamualaikum Admin dan warga KRT
Say cuma nak kongsi kisah hidup saya, saya Aina janda anak satu. Selepas 2 thun hidup sndiri aku brtemu kawan lama aku di zaman bujang dulu. Roslan nama nya. hubungan yang pada mula nya hanya kawan berakhir dengan pernikahan atas kehendak orang tua. Alhamdulilah semua nya di permudah kan. dah masok tahun kelima pun perkahwinan kami. Dalam masa lima thun ne macam2 yang trjadi pada diri aku. aku cerita kan satu persatu ya
Dalam masa 5 tahun ne 3 kali aku mengandung dan keguguran. tahun pertama aku mengandung bertahan 2 bulan je. bukan rezeki kami lagi. Tahun 3 aku mengandung lagi, masa kandungan aku 3 bulan. satu malam tu perot aku terasa skit yang amat sangat seperti mahu melahir kan aku jugak dapat rasa kan ada sesuatu yang akan keluar lantas aku msngejut kan suami, suami bngun dan mnghidup kan lampu bilik, aku sempat melihat jam waktu mnunjuk kan pukul satu lebih.
Dalam keadaan kesakitan yang amat sngat aku bngun terus ke bilik mandi (dalam bilik) semantara suami memasang cd ayat rukiah. aku ingin lihat apa yang akan keluar dri kemaluan ku. Setengah jam aku duduk di bilik mandi namun takda apa2 pun yang keluar dan kesakitan berkurangan. Aku terlena dengan alunan ayat rukiah, tersedar apa bila azan subuh berkumandang di subuh yang sunyi cuba bangun walau pun keadaan sangat lemah ketika itu, dalam keadaan bilik yang terang aku dapat melihat dengan jelas nya baju, cadar katil brwarna merah dar@h..
Ini bermakna aku. Suami membawa aku kehospital dokter mengesah kan yang aku benar2 keguguran untuk ke 2 kali nya. aku memandang muka suami yang suram aku tahu dia kecewa dengan apa yang jadi tapi dia redha kalau itu ketentuan nya.
Tahun ke4 aku mengandung sekali lagi tapi suami tak mnunjuk kan yang dia hapy sebalik nya penuh kerisauan seboleh nya dia tak mahu tengok aku menangung kesakitan lagi hanya kerana aku ingin mdmberi zuriat pada nya.
Awal kndungan ne semua nya ok je masok bulan ke 3 aku kena ke hospital untuk chekup, semasa dokter buat scan dokter kata kandungan cantik tapi. kandungan awk ne kosong yang ada cuma kantung nya je.. Waktu tu sumpah aku tak boleh nak fikir. Bebrapa hari yang lepas makcik aku tukang urut bayi baru je pegang prot aku (bukan urut ya) tegok kedudukan janin makcik aku cakap dah besar baby nya dan dia meletak kan tangan aku kat perut yang ada denyutan nadi baby, aku dapat merasa kan denyutan dan gerakan di dalam perut ku..
Tiba2 pgi ne dokter ckap kandungan aku kosong. apa yang aku harus bagi tau suami akan hal ini, aku bingung.. Dokter memangil suami menerang kan masalah kandungan ku, dokter jugak memberi tahu yang kantung di dalam perut ku perlu di kluar kan (cuci). apa yang dapat aku kata kan hanya lah redha dengan ketentuan nya. Ayah kawan suami imam masjid agak pandai jugak tengok benda2 macam ne, menurut dia anak dalam kandungan aku telah pun diambil oleh sesorang yang tak nak tengok kami hidup bahagia dengan ada nya anak. Apa2 hanya Allah yang tau kebenaran nya..
Ok pat aku mngandung dah setel ne pat kehidupan aku pulak. 2 tahun prkahwinan aku semua nya ok, suami pulak kerja di luar daerah tingal lah aku brdua di rumah, semingu sekali suami akan pulang. Thun ke3 aku mula skit2 selera makan kurang, brcakap pun kurang aku lebih selesa jdi pendegar. msa tu mata ne payah sangat nak tidur bila badan tak sehat mod nak tgok tv memang ke laut lah lepas solat isyak aku membuta lah.. yang pelik nya tengah malam dalam kul 1,2,3 pgi mata aku mesti terjaga sendiri macam2 bunyi yang aku dgar dari dlm umah hinga lah keluar umah.
Aku ne sebenar nya penakut yang amat sangat orang nya. Tapi bila aku dngar macam2 bunyi tu prasaan ingin tau dan dari mna datang nya. Ada satu malam tu aku terjaga dari tidur disebab kan suara riuh rendah dibelakang umah ku seolah2 ada majlis kenduri. Aku bngun dan membuka pintu belakang nak tengok apa yang trjadi bila pintu terbuka suara yang riuh tadi tiba2 hilang yang ada hanya lah kegelapan malam. Besok pagi2 sekali lagi aku cuba tinjau kat belakang umah nak tau kisah malam tadi, tapi yang ada hanya lah kebun kelapa sawit dan tak da apa2 terjadi.
Malam seterus aku terjaga lagi bila aku terdegar suara orang mengaji diruang tamu mula nya aku sangka kan suara mengaji tu datang nya dari tv, mungkin semasa nak tdo tadi anak aku lupa tutup tv, aku keluar dri bilik dan suara tdi hilang macam tu je. Bunyi orang berjalan dalam umah dan luar umah bukan lagi pelik bagi aku,aku cuma kata yang aku tak kacah kau dan kau tak yah nak kacau aku…(berani dalam takut sebnar nya).
Di pendik kan cita psal aku skit pulak bermula dari klinik hinga kehospital, senang cita nya hospital tu dah jadi umah no2 aku, macam2 tes yang aku kena buat smpai bengkak2 tangan kena cucuk kesudahan nya dokter cakap aku tak ada sakit apa2 pun.. Mil aku paksa suami bwak aku brubat kampong dari b0m0h ustad perubatan islam semua aku pergi, pantang ada yang kata berubat kat situ, sana, sinun bagus orang nya pndai msngubat banyak dah orang baik brubat dengan dia. Suami aku tak cakap bnyak terus bwak aku pergi tempat tu. duit untuk brubat ne tak yah ckp lah kan janji aku baik tu je harapan suami.
Macam2 cara dieorang tu mngubat aku mandi air batu satu besen besar sampai aku tak boleh brnafas, dah lah aku ne asma.. Yang guna keris kecik dicucuk2 kat badan aku pun ada yang guna besi kuning, yang guna rotan untuk pukul badan aku. Sebelom dia baik kan badan aku, aku yang rasa kesakitan nya macam nak m@ti. Setiap kali lepas brubat badan aku jadi lemah, suami lah yang brsusah payah angkat aku bwak blik. tak kurang jugak ada ustad dan perubatan islam yang tak sngop nak mngubat kan aku alasan nya ilmu dieorang tu tak cukup kuat.
Boleh dikata kan semua yang mengubat aku mngata kan benda yang sama, aku kena buatan orang santau barang nya pulak dihantar dari jauh dri seberang (hanya Allah yang tau) dah penat brubat tapi msih sama je keadaan aku mugkin belom jodoh kannn. tahun lepas aku ada berubat dengan sorang ustad ne dia cuma bagi aku air mandi dan dia pesan kat suami penawar untuk apa pun pnyakit ada lah surah Al Fatihah yakin lah kesembuhan hanya pda Allah..
Dan jika istri sakit ada lah lagi bagus klau suami dapat mngubat kan sendiri cara nya setiap kali lepas solat mntak istri baring di pangkuan suami dan suami baca kan surah Al Fatihah berserta ayat 3kul serta surah2 pendik yang lain tiup di kepala sampai kekaki di smping itu jangan putus brdoa inshaa Allah pasti ada kesembuhan nya dengan izin Allah. itu lah yang suami buat hinga ke hari ini…
Aku nak bagi info skit psal ex suami, mana lah tau nanti kata aku sondol suami orang sebab tu aku skit. sumpah aku tak kenal pun ex suami aku tu, aku jumpa dengan suami setelah dieorang brcerai. apa yang aku tau dari adik2 ipar dan mil ex suami aku seberang ex suami aku ne kawin pun sebab duit je, dia pernah bebrapa kali mengandung tapi setiap kali dia tau yang dia mngandung pasti dia gugur kan tu yang mil aku sedih sangat..
Mil aku cerita jugak ex suami ne dah beli umah tanah kat seberang sana. bnyak lah lagi yang mil aku cerita tapi aku tak pernah tnya kat suami pulak. tu masa silam dia tak perlu aku tnya kut. Umah yang aku duduk ne pun ex suami pernah dduk jugak. Suami kerja apa. Suami aku contrekter (sory klau salah eja yang pnting korang faham ok lah tu) tapi yang biasa2 je tak lah kaya stakat ada lah duit skit2 Alhamdulilah lah.
Ok ne pat lah sory lah klau cita aku ne bosan ya. Aku dapat rasa kan penawar untuk semua kesakitan aku ne ada lah suami aku sndiri dia yang tak pernah mengeloh mnjaga aku mmandi kan aku mngangkat ke tandas ketika kaki aku tak kuat untuk melangkah, pinjam kan lengan untuk aku lena ketika mata ne payah sngat nak trpejam sebelom keluar pergi kerja suami akan pasti kan keadaan aku selesa dia akan mandi kan pasti kan aku mnum segelas susu bagitu jugak blik rehat tgh hari trus ke bilik dengan segelas susu,ptg dan jugak malam itu lah makanan aku susu, selera untuk mkanan yang lain2 hilang bila aku tak sehat…
Ada msa nya aku lebih rela minum air kosong je jemu hari2 aku hadap susu tapi suami sabar mmujuk aku supaya mnum jugak susu untuk tenaga kata nya. Di pendik kan cita andai benar lah sakit yang aku alami hinga ke hari ini atas prbuatan orang sapa pun orang nya aku dah pun maaf kan nya. aku angap segala kesakitan selama 3 thun ada lah balasan Allah trhadap dosa2 silam yang aku laku kan tampa aku sedar. bukan kan sakit itu pnghapus dosa. Aku jugak percaya setiap yang trjadi ini semua nya dengan izin Allah klau Allah tak izin kan pasti semua tak kan trjadi aku redha dengan takdir nya….
Suami pulak aku pernah mintak supaya dia brnikah satu lagi. Sebab nya aku tak mampu nak bagi dia zuriat dan menjadi nak jadi istri yang sempurna untuk dia tapi suami mnjawab. Abang tak perlukan ank lain cukup lah yang ada sorang ne. Abang rakan bahagia jika ank dan istri abang sntiasa ada dengan abang. abang nak mma (aku lah tu) tau yang abang sayang kan mama lebih dri diri abang sndiri. tiada kata yang dapat aku gambar kan selain bersyukur kerana Allah pinjam kan dia yang bernama suami untuk ku.
Maaf andai cita ne mmbosan kan maaf jugak kalau susunan ayat brterabur tapi aku dah cuba buat yang trbaik. Trima kasih min sudi siar kan cita aku ne. Trima kasih warga krt sudi baca kisah hidup aku smpai ke akhir nya. waktu aku menaip ne aku msih lagi trbaring di katil doa kan kesembuhan aku. ya semua.. Assalamualaikum




