salam min. Tolong hidekn acc fb ni ye.. ni bukan acc fb aku. aku pinjam kejap kawan punya.. aku nak mengadu sikit ni min, sebab aku memang dah tak ade tmpat nak mengadu.. macm ni, aku dan suami dah tak sebumbung sejak akhir okteber lepas sebab abang aku min.. dahlaa aku sarat buntin masa ni min. ofkos perlukn suami di sisi.. kisah nya macamni, suami aku baru je dapat kunci rumah baru awal tahun ni, so dia memang decide nak dok rumah baru kami then bawak mak ayah dia dok skali dengan kami memandangkn mak ayah dia memang dah tua sangat.. beradik suami aku sikit je, cuma 4 orang dia paling bongsu. banyak2 dalam bradik kira dia laa yang ada pekerjaan yang bagus sikit(kerja gov).
Nak di jadikan cerita, aku dan suami nak dudok rumah baru tu masa raya lepas.. tapi mak aku pujok kami berdua supaya bawak abang aku yang baru keluar dari penjara dalam bulan mei yang lepas tu dudok sekali sementara abang aku belom ada pekerjaan.. kami berdua ok je.. abang aku tu tak nak tinggal dekat rumah mak bapak aku sebab katanya rumah mak bpk aku di kampung tu bawak si@l.. so suami postpone kan niat nak bawak mak ayh dia dok skali andai abang aku nanti dah stabil baru bawak mak ayh nya..
kisah nya bermula apabila abang aku ni nak beli kereta suami aku ada recomend orang yang dapat aturkan pembelian kereta abang aku tu memandngkan abang aku tak dapat menggunakn nama dia sendiri.. so abang aku gunalaa nama adik aku yang tengah belajar (umur 21 tahun) untuk beli kereta.. kawan suami aku tu memang trusted punye orang.. cuma urusan macam ni memang ambik masa sikit, tu pun laki aku dah pesan awal2, minta harap bawak bsabar je menunggu.. kawan suami pun minta wang upah rm1200 untuk membayar lubang2 loan yang boleh proceed pembelian kereta tu sebab adik aku blom bkerja then dia lagi student..
kiranye kawan laki aku tu buat nama adik aku dah bkeja then ada slip gaji bagai laa.. tapi abang aku tu jenis tak dapat nak menunggu, dia paksa laki aku suroh pesan kat kwn dia supaya cepatakan urusan kereta.. sampaikan dah sebulan lebeh dia tunggu dia cakap suami aku tipu dia.. dia cakap aku dan suami sebenarnya dah makan duit tu dan tipu dia.. dia tengah dudok serumah dengan kami pun dia boleh sindir2 maki kami berdua min.. sampai ke satu tahap masa mak bapak aku datang jenguk kami di rumah sebab aku tengah buntin dia boleh mengamok depan mak bpk aku cakap yang aku dengan laki aku dah tipu dan makan duit dia laki aku sabar je dengar kata2 dia min. Suami tak nak melawan sebab dia respect dengan kluarga aku dan dia adalah abang aku…
Lama2 abang aku tu mengadu kat smua bradik aku pasal ni, dia cakap laa dekat rumah aku ni makan becatu laa, tak ade menu makan sedap2 laa, perabot kurang laa, aku ni tak pandai cari suami la, bila api dan air tertunggak laa dan macam2 lagi laa min, pokoknya semua aib rumahtgga aku dia buka.. tapi bagi aku sebagai pasangan yang baru kawin memang laa normal kalau barang2 tak cukup lengkap d rumah. tapi abang aku boleh2 jaja cerita hal kehidupan kat rumah aku tu dengan bradik.. kecik ati laki aku min.. sampai satu tahap tu dia sound laki aku dan mereka bergadoh.. beradik aku smua bmasam muka dengan laki aku min.. laki aku pun decide nak kluar dari rumah tu walaupun tu rumah dia.. dia tak nak halau abang aku sebab dia masih hormat kt mak bapak aku.
Laki aku ajak aku tinggal dekat quaters, dia tak nak ekot aku tinggal dekat rumah mak bapak aku sebab beradik smua bermasam muka dengan dia.. so dia terpaksa hantar aku dan anak sulong yang baru staun tu kat mak bapak aku sebab masa kerja dia tak tentu.. dia takut nanti apa2 jdi dengan aku dan anak perempuan aku dirumah quaters tu.. dia tinggal sebab dekat quaters, tapi abang aku senang lenang je tinggal dekat rumah baru kami tu..
Tu pun aku tinggal dengan mak bapak aku di kampung ni beradik aku cakap aku ni mnyusahkn orang tua, baik tak payah kawen laa, laki aku tu tak bertanggungjw laa, aku stress laa min dengar kata2 cacian mereka. sampaikan aku malu dengan perangai beradik aku ni min, dah laa suami aku tu mualaf, baru setaun jagong belajar pasal agama.. aku tak nak kerana benda macam ni sedikit boleh mengganggu persepsi suami aku dengan orang islam dan melayu. aku sedih min.




