Hai, mohon hide profile saya. Tolonglah post cerita saya. saya dah buntu dengan hidup saya. Saya cerita dari awal ye, saya kahwin dengan dia sebab terlanjur saya sorok kandungan saya 4 bulan bila mula mula family dapat tahu dorang marah, tapi kemudian dorang redha dan boleh terima semua ni. Keluarga saya suruh kami nikah dan nak selesaikan semua ni secara baik tapi mak mertua saya tak boleh terima saya, dia siap nak buat syarat dan rancang nak suruh suami ceraikan saya bila saya dah beranak.
Family saya dapat tahu, time ni la jadi perbalahan antara family saya dan dia. Family saya sakit hati sebab macam saya sorang je yang bersalah dalam hal ni sedangkan ni salah kami berdua. Bukan saya yang rog0l anak dia tapi cara dia macam anak dia tu perempuan pulak. Lepas semua dah selesai keluarga saya ingatkan mak mertua dan suami saya dah berubah tapi tak. Lagi teruk ada lah. Mak mertua saya sorokkan pernikahan kami dan selalu ugut suami saya, kalau suami saya tak dengar cakap dia mak mertua saya akan bagitahu ayah mertua saya.
Lepas nikah mak mertua saya suruh suami saya carikan rumah sewa untuk saya jauh dari keluarga saya dan keluarga dia dengan alasan tak nak keluarga saya masuk campur. Suami saya hanya akan datang masa cuti dan weekend je. Saya sakit hati bila dengar mak mertua saya cakap “ni dah campak jauh jauh dah, kalau buat hal lagi tak tahu la”. Saya pun menjawab la cakap dia sebab rasa diri saya dianiaya. Sejak kes ni la, setiap kali bergaduh suami saya selalu bangkitkan isu saya melawan cakap mak dia.
Masa duduk jauh tu saya tak bagitahu pun keluarga saya yang saya duduk sorang, sebab tak nak buat keadaan bertambah teruk. So setiap kali cuti suami saya akan datang melawat, hubungan kami suami isteri pun semakin okay. Sampailah saya mengandung 8 bulan baru lah saya pindah duduk dengan kakak saya (rumah family saya dan dia dekat, lebih kurang 10 km je). Masa dalam pantang mak mertua saya tak ade datang melawat pun, tak datang tengok pun cucu sulung dia. Benci sungguh dia dengan kami.
Lepas habis pantang tu sebulan lebih suami tak ade datang melawat dan tak tanya khabar pun, saya call ajak jumpa dia banyak alasan kata dia ada hal lain. So saya tanya suami dia masih nak saya ke tak, suami jawab dia dah tidak sayang saya dan dia kata dah tak sayang saya sejak saya melawan cakap mak dia. sedangkan dia tahu saya melawan tu bersebab.
Seminggu kemudian dia datang tengok anak, masa tu la saya tanya dia nak saya buat apa. Nak saya pertahankan atau nak cerai je. Dia suruh saya pertahankan perkahwinan ni. Saya confuse, haritu cakap tak sayang harini suruh pertahankan pulak. Tapi sebab sayang saya cuba pertahankan. Dia suruh saya minta maaf dengan mak dia saya okay la sanggup nak turunkan ego. lepastu ada nampak perubahan dia, dia jadi caring semula macam sebelum ni. Oh masa ni kami still duduk asing.
Sebulan lepastu suami cakap nak cari rumah sewa, bila dah dapat rumah sewa, dah booking semua. Suami saya buat perangai lagi, almost sebulan dia tak datang melawat, saya mesej pun dia bluetick je. Dia balas cakap dia dah bank in kan duit dekat saya si jangan ganggu dia dan dia cakap saya ni serabutkan hidup dia. Seminggu sebelum pindah saya ternampak dia komen dekat post sorang perempuan ni dalam group, dia kata nak k0ngKek.
isteri mana tak sakit hati kan so saya pun balas la komen tu saya tanya anak sorang tak cukup ke lepastu suami saya block saya. Then dia mesej saya cakap saya ni isteri derhaka sebab bukak aib dia, padahal dia sendiri tak reti nak jaga perangai hm. dia cakap dia nak pergi mahkamah nak bercerai walau Saya pujuk dan minta maaf pun dia tetap berkeras konon nak pergi jugak Saya pun okay la kalau dah tu keputusan dia.
Jadi saya terpaksa pindah masuk rumah sendiri dengan pertolong kakak saya. Suami saya kata nak pergi mahkamah tapi dia tak pergi pun. So since pindah sampai la hari ni, almost dua bulan dia tak balik langsung. Setiap hari saya pujuk dia ajak balik, ajak bersemuka dan berbincang elok elok. tapi dia bluetick je, kalau reply pun dia cakap jangan ganggu dia sebab dia tengah serabut. nafkah zahir memang tak pernah miss bagi.
Now saya confuse, saya tak tahu la apa yang suami saya nak, kalau dia dah taknak saya dan anak, dia boleh je lafazkan talak. Oh korang jangan cakap dia taknak cerai sebab dia nak jadikan saya ni tempat memuskan nqfsu dia, sebab since kami tak tinggal sekali dia tak pernah sentuh saya, sekarang almost 8 bulan la jugak kami tak bersama.
Saya ada terfikir, kalau minggu ni suami saya still tak balik, saya nak bawak anak saya jumpa ayah mertua dan bagitahu dia pasal perkahwinan ni.