Assalamualaikum admin.. Tolong hide fb saya. Maaf, hanya nak berkongsi cerita.
Saya berkahwin awal tahun hari tu. Kami berkahwin atas dasar pilihan keluarga. Sebelum kahwin lagi suami menunjukkan tiada minat untuk berkenalan dengan saya. Sepatah ayat di whatsapp ditanya, sepatah juga yang dibalas. Itu pun saya yang mulakan dulu. Call lansung tidak. Dia pula tidak pernah nak angkat call saya. Saya pertama kali kenal dia depan-depan apabila ibu bapa dia datang bawak jumpa dia di rumah sewa saya. Kali kedua pula apabila ibu bapa saya nak jumpa dia, dia datang sendirian ke rumah saya. Saya dan keluarga beranggapan dia ingin menjaga ikhtilat kerana keluarga suami orang yang taat agama. Saya selalu solat istikharah untuk cari petunjuk sama ada dia benar-benar akan jadi suami saya atau tidak. Persiapan kahwin hanya diserahkan kepada keluarganya sahaja. Dia hanya hulurkan duit.
Beberapa sebelum hari perkahwinan, saya bertanya kepada bakal suami. “Betul ke awak nak jadikan saya ni isteri awak sebab saya tak nak kawin 2 3 bulan lepas tu bercerai? ” Dia menjawab. “Ya, dah sampai tahap ni saya betul2 serius.” Kami mula berbincang mencari rumah di Selatan dan dia minta saya cari kerja di sana. Saya bersyukur beranggapan dia ikhlas berkahwin dengan saya. Selepas kahwin, kami berkomunikasi seperti orang baru berkenalan. Baru nak berkawan orang kata. Baru nak kenal hati budi masing-masing. Nampak kat situ dia masih malu-malu dengan saya. Walaupun saya pegang tangan dia, tiada tindakbalas. Apatah lagi yang selebihnya dari itu. Dia tidak pernah sentuh saya. Saya buang segala fikiran negatif terhadap suami dan masih layan doa dengan baik. Walaupun begitu, saya ajak keluar pegi mana-mana senang. Saya beranggapan dia masih malu dengan saya. Saya bersyukur dia dapat terima saya seadanya walaupun masih berbahasakan saya awak.
Selepas seminggu kahwin, suami ke Selatan kerana dia bekerja dan menetap di sana dia bagi RM100 untuk saya dan dia berjanji akan bawa saya ke sana sebulan kemudian. Kami berhubung melalui Whatsapp sahaja. Tidak pernah call sebab dia tak pernah angkat. Tapi pada akhir bulan tersebut, suami mula tidak membalas whatsapp saya dan senyap tanpa khabar berita sehingga sekarang. Hanya whatsapp ibunya sahaja dia balas. Itu pun sepatah sahaja di balas. Ibu dia call juga langsung dia tidak angkat.
Selepas itu, bila saya pelik dengan keadaan dia, keluarga saya mula berjumpa ustaz. Rupa-rupanya, ada orang ingin meruntuhkan rumah tangga kami menggunakan sihir pemisah. Orang itu buat kami tiada nafsu antara satu sama lain. Lagi teruk, orang tersebut buat suami jadi benci dan jijik tengok saya. Apabila keluarga mertua tahu pasal kami kena buatan orang. Mertua mula jejak suami ke Selatan. Pergi ke rumah sewa dia, tapi sayang dia sudah pindah. Mertua terpaksa cari dia di tempat kerja dia. Apabila berjumpa, suami marah kepada mak ayah dia kenapa cari dia ke sana. Mertua bagitahu kepada suami yang dia terkena buatan orang.
Suami tidak percaya dan mengatakan dia sihat. Apabila mertua sebut nama saya, suami mula naik angin. Diam tanpa bicara. Saya tidak ikut mertua ke sana sebab selepas saya sihat, orang itu hantar sihir lain buat saya sakit sukar bernafas sehingga biru muka. Hari mertua pergi ke sana adalah hari ustaz datang berubat saya di rumah. Saya mula jarang balik ke rumah mertua sebab masih dalam proses rawatan.
Alhamdulillah saya telah sihat spenuhnya selepas berubat.Tapi suami masih belum sihat kerana dia tidak ingin langsung berjumpa dengan ustaz dengan mengatakan diri dia sihat. Dua tiga hari sebelum raya hari tu suami balik rumah ke rumah keluarganya. Saya tahu pun ibunya yang whatsapp bagitahu. Situasi di rumah seolah-olah dia masih hidup bujang. Dia tidak masuk langsung ke bilik tidur kami. Dia tidur di bilik sebelum dia kahwin dulu. Dia hanya buat hal sendiri. Dengan adik beradik pun dia tidak bertegur sapa. Adik beradiknya pula tidak menegurnya sebab takut tengok riak muka dia nampak lain. Dia hanya keluar makan dan masuk ke biliknya semula. Saya tidak menjenguk suami di rumah mertua sebab suami langsung tak nak tengok saya.
Suasana raya pudar di rumah saya. Mood raya langsung tiada. Sepatutnya hari raya bermaafan dengan suami. Tapi saya hanya dapat menghantar whatsapp mohon ampun kepada suami. Itu pun tiada reply dari suami. Saya tidak pergi beraya ke mana-mana. Begitu juga di rumah mertua. Hanya melayan tetamu yang datang ke rumah. Saya seolah-olah langsung tidak wujud dalam hidup dia.
Duit not 100 itu adalah duit pertama dan terakhir dia hulurkan kepada saya. Sepanjang kami berkahwin, dia belum sentuh saya lagi. Jika diikutkan saya sudah boleh tuntut fasakh. Tapi saya masih bertahan atau masih terlalu lurus bendul untuk selamatkan rumah tangga saya. Sekarang saya masih berusaha untuk mengubati suami dari jauh. Hanya solat hajat dan berdoa sahaja yang termampu. Doakan semoga saya terus kuat dan sabar untuk menghadapi ujian ini. Doakan semoga suami saya cepat sembuh.
#pesanan: Kalau dari awal lagi




