Nasihat kepada akak kepada gadis bujang
Adik, kalau adik belum kerja, akak nasihat adik cari kerja sebelum kahwin. Jangan langkau step, kahwin sebelum dapat kerja. Jangan ada mindset yang suami akan tanggung semua keperluan adik. Suami pakej baik dan pemurah ni susah nak jumpa adik. Bila adik dah kahwin, keputusan adik akan dipengaruhi oleh suami adik. Mungkin suami adik tak bagi adik bekerja. Mungkin kalau benarkan adik bekerja, suami adik akan hasut adik untuk kurangkan duit belanja untuk ibu bapa adik. Serius adik, ni yang berlaku pada akak. Bayangkan masa bujang akak bagi rm500 sebulan pada mak ayah, lepas kahwin suami cakap banyaknya bagi. Bagi rm200 sudahlah. Tapi akak degil, bagi jugak sampaila akak beranak. Time tu akak kena bayar duit pengasuh rm300. Suami cakap, bagi mak rm200 sudahla, sebab rm300 nak bagi pengasuh.
Bila dah anak setahun, akak berhenti kerja. Suami janji nak bagi duit belanja bulanan untuk akak. Tapi bila dah berhenti kerja, suami bagi rm50 je sebulan. Duit tu la akak kadang topup barang rumah, seminggu dua habisla belanja. Akak mintak lebih untuk bagi mak ayah, suami cakap guna duit tu, bagi mak ayah rm30, belanja sendiri rm20. Mak ayah kena faham-faham sendiri la anak perempuan tak kerja. Suami akak berpegang pada hadis yang cakap suami kena lebihkan keutamaan nafkah pada keluarga sendiri dari ibu bapa. Tapi kedekut dia nampak macam penting diri je.
Berbeza dengan mak ayah akak, bagi diorang kalau suami sorang yabg bekerja, maksudnya gaji suami besar. Mak akak siap banding lagi cakap dulu ayah bagi nenek (sebelah mak) rm200 sebulan. Mak akak surirumah. Mak cakap suami yang tak bagi duit pada mertua adalah suami yang tak faham agama. Nampak tak betapa tersepitnya akak dalam hal ni. Akak sedaya upaya sembunyikan aib suami dari mak. Tiap bulan dalam kepayahan wang ringgit pun tetap hulur sebab taknak mak tau perangai sebenar suami akak. Lagipun suami nampak abang-abang akak macam kaya, jadi bagi dia diorangla patut bagi mak akak duit lebih.
Kadang mak akak mintak lebih. Nak beli ubat ayah (sakit jantung) rm100. Adik rasa? Kat mana akak nak cari duit? Akak ada 2 orang anak kecik, nak bisnes takde modal. Nak jadi dropship asyik kena tengok phone kang suami melenting abaikan anak. Akak pun doala supaya Allah mudahkan. Nasib baik akak ada stok baju baby, dapat ilham jual pada kawan, dapat rm100 semua bagi mak. Kadang gadai emas, dapatla bagi sebulan rm50. Tu pun bila suami terbaca mesej yang akak bagi mak rm200, dia melenting. Dia cakap dia taknak mak akak ingat kami kaya dapat bagi rm200 sebulan. Jenuh akak explain cakap rm200 tu untuk 4bulan.
Sekarang suami bagi sebulan rm100 akak istiqamah bagi mak rm50 sebulan tapi macam biasa mak mintak lebih kadang mintak rm30 topup handphone ayah. Jenuhla akak korek dompet sampai kering. Kadang mintak rm100 nak gi jalan-jalan. Akak teringin nak kerja dik. Nak bagi duit pada mak ayah. Tapi suami asyik bagi alasan anak kecik lagi, tunggu besar. Awak ni tak bersyukur ke dapat jaga anak depan mata? Tak cukup lagi ke apa yang saya dah bagi kat awak? Akak malas nak cerita nak cari duit nak bagi mak ayah, kang kena tempelak pulak. Konon lebihkan mak ayah dari anak sendiri. Salah ke akak nak berbakti pada mak ayah sendiri dik?
Akak dah penatla dengan cakap-cakap orang. Akak ada degree dari oversea, tapi berhenti kerja jadi surirumah. Belajar tinggi tapi takde adab. Biar mak ayah susah. Entahlah dik, diorang tak berada dalam situasi akak, diorang tak paham. Akak terpaksa simpan sorang-sorang.
Doakan akak murah rezeki ye dik. Akak teringin nak bagi mak ayah duit lebih, nak berbakti pada diorang sementara diorang masih hidup. Hari-hari akak doa. Pada netizen yang membaca, komen sikit apa peluang kerja yang boleh saya cuba untuk dapat income dari rumah. Saya pohon komen yang membina je tau