Salam semua..aku berkahwin dengan seorg duda dan ade 4 anak..perkahwinan aku dengan suami sudah 3 tahun..dan aku ade sorg anak hasil perkahwinan dengannya..alhamdulillah hubungan aku dengan anak2nya tak pernah menjadi masalah sehingga sekarang. Yang menjadi masalahnya dengan exwife suami aku. mereka sudah bercerai 8tahun. Anak tiri aku yang sulung nak berkahwin. alhamdulillah. Seronok sangat2. aku tak tahu kenape aku rase happy sangat2 time tu..
Tapi keseronokan tu hilang sekelip mata bila suami aku cakap yang aku tak dibenarkan ade dalam majlis tu nanti sebab ex wife die taknak aku ada..
Okey..aku cuba faham dan aku tak nak timbulkan masalah aku terima. Yang ni paling aku sakit hati. nak sewa dewan mahal. Rumah ex wife dia pun besar. rumah suami aku pun takde besar sangat berbanding rumah dia. Dia suruh majlis anak dia buat di rumah aku dan dia tak nak aku ade. habis tu aku yang tuan rumah ni terpaksa keluar dari rumah ke..?
Aku bincang dengan suami suruh buat di rumah dia majlis tu suami aku cakap dia tak nak buat di rumah dia atas alasan tak nak rumah dia semak nanti. aku ckp dengan suami yang aku takkan keluar dari rumah ni..dan suami aku cakap klu aku tak keluar dia taknak ade dalam majlis tu..
Aku tak marah suami aku..aku faham..anak tiri aku pun aku faham..ini majlis dia..mungkin dia nak mak dan ayah dia ade mase majlis tu..aku cuma mak tiri..Kadang2 aku terfikir sorang2 aku redha dan aku terima. sebab bagi aku majlis tu kejap je..aku boleh keluar dan pergi jalan2..shopping. Tapi kadang2 terfikir juga. perlu ke aku yang tuan rumah harus keluar dari rumah aku sendiri..




