Salam min, tq jikalau min siarkan lagi luahan saya. Saya adalah sorang isteri kepada seorg suami dan juga seorang ibu kepada 3 anak. Gaji suami saya kurang dari 3k manakala gaji saya lebih daripada 5k. Saya juga adalah anak slung daripada 5 beradik. Suami istri keje swasta di KL.. Macam ni min, suami saya bila dapat gaji dia bayar segala benda iaitu Sewa rumah, upah ngasuh anak2, bill letrik, beras dn kadang2 dia isi minyak kereta saya kalau duit lebih.. Saya pula bayar kereta, wifi, astro, insurans takaful semua anak2 dn lain2.. Barang dapur kadang suami kadang saya beli, pakat2 topup. Saya bagi duit mak saya tiap bulqn tak lebih rm500. Bagi ayah dan adik hnya kadang2. Adik saya paling bongsu no 5 and 6 masih bersekolah.
Lain2 dah kerja tapi kerja biasa2.. Mak dan ayah dah berpisah masa saya umur 11 tahun. Masalah saya min, saya ni walau gaji lebih daripada gaji suami, saya masih niaga cari duit lebih, pagi2 saya bangun packing keropok keping jual kat ofis.. Sebab nak ada side income, tapi dengan duit tu lah saya guna untuk belanja dalam rumah.. Suami saya ni memang tak dinafikan memang segala tanggung jawab dia bayar macam saya nyatakan kat atas tadi tapi dia jenis tak nak cari jalan cara nak majukan diri. Contoh, amik lesen memandu. Saya dah banyak kali cakap, suruh ambil lesen memandu nanti esok2 anak semua sekolah kena pakai duit lebih boleh la bawa grab ke buat partime hantar barang ke apa..
Tapi dia hanya angguk dan langsung tak ade usaha.. Sekarang ni nampak macam saya dah lebih cari duit berbanding suami.. Suami time cuti dia dak rumah je, saya time cuti kadang keluar hantar barang yang customer beli, pegi pej pos la.. Macam2 keje saya buat.. Saya nak luah hal ni kwt dia, macam saya yang lebih cari rezeki berbnding dia.. Dia cuti duduk rumah dengn anak2 sambil main hp. Macam mana saya nak cakap dengan dia suh usaha kerja kuat sikit.. Kadang2 bila time imergency saya lah kena cari jalan macam mana nak dapatkan duit tapi dia duduk relaks lagi.
Adakah memadai dia tak perlu kerja keras lagi kerana dia dah tunaikan tanggung jawab smua dengan guna duit gaji dia? Atau saya perlu bersuara juga dalam hal ni. Untuk makluman, dia tak berikan saya duit poket pun sebab bagi dia saya dah rajin cari duit so tak perlu bagi dah.. Macam tu ke? Saya nak minta pun jadi segan walau saya tau saya ada hak. Dia selalu persoalkan saya duit banyak dah. Macam mana ye nak cakap dengan dia supaya tidak menyinggung perasaan dia.




