Salam. Admin tlg hide profile saya.
Saya berkahwin atas pilihan ibubapa. Sekarang pregnant anak ke3. Saya baru dapat tahu yang sebelum kahwin suami jenis ramai makwe dan playboy. Padahal masa mula2 kahwin dia duk cakap tak pernah couple. Yang jadi kantoi bila saya terjumpa gambar berpuluh2 ex2 awek dia dalam external drive dia. Bila saya tanya dia bagi alasan taknak saya cemburu kalau tau dia pernah ada banyak awek.
Saya tanya masih contact diorang semua lagi ke? Dia kata tak ade dah. Saya tak puas hati. Saya cek semua friendlist dia di hp, ig dan fb. Ternyata telahan saya betul. Bukan setakat no hp diorang ada dlm contact list, tapi still berkawan dlm fb dan ig. Siap like dan komen tiap kali diorang post. Bukan tu saje, siap ada history call lagi. So saya terus block dan delete contact diorang. Dia nak marah lantak la. Dan saya baru sedar, selama kami kahwin, dia duk sibuk ajak gi open house mak angkat dia.
Rupanya tu la mak mentua tak jadi dia. Siap perkenalkan saya dengan ex dia masa tu. No wonder mesra semacam.
Bila tanya kenapa tak jadi kahwin? Sebab masa tu ex masih belajar, dan bapa ex tak bagi kahwin masa tu. Lepas 2 bulan saya dan dia bertunang. Orang kata old habits die hard. Sampai sekarang, tabiat suami kerjanya duk add kawan sekolah lama, bekas anak murid yg kesemuanya perempuan. Alasan, ala, diorang kje restoran.
Boleh la nanti singgah kedai dapat makan free. Masalahnya saya ada terbaca mesej, sampai tanya duk kat mana la, buat apa la. Apa tujuannya tu? Dan selalunya dia tak delete pun mesej2 dia. Tapi saya perasan, sejak dua menjak ni, dia rajin delete especially dengan betina2 tu semua. Dah la dia memang jenis friendly dengan semua orang. Tak kisah la anak dra, bini orang, janda, segala btina boleh tegur sapa, pastu siap boleh add kat fb n no hp sekali. Apa motifnya?
Yang paling saya tak sedap hati, saya tengok dia duk add friend n follow akaun semua wanita sksi dan pakaian hmm.
Faham2 je la. Bila tanya, dia kata dulu akaun pernah kena hack. Mebi kena hack lagi kot. Dah takkan tak boleh nak delete friend tu? Berlambak kot. Tak malu ke.
Sekarang kalau tiap kali saya pegang hp dia, nampak dia nervous. Duk tanya, watpe baca mesej2 dia? Ingat dia curang ke? Allah nak marahnya rasa. Dia ingat saya tak tau kerja dia selama ni. Saya bosan dah confront dia dan dengar segala penipuan dia. Memang takde la saya nak percaya dah. Tengok muka dia pun dah rasa hilang hormat. Ada masa rasa menyampah. Ustaz kata, jangan buat isteri sakit hati. Dia pun tau benda ni..
Tapi bagi dia, alaa, kawan je pun. Bukan apa2. Tapi mesej mesra bagai. Isteri mana tak sakit hati. Mana rezeki tak tersekat kalau hari2 duk suruh saya doa dia murah rezeki tapi buat sund@l macam ni takut satu hari nanti saya jadi benci dan hilang pertimbangan. Tak tau dah nak buat apa dengan makhluq macam ni. Mungkin ini ujian Allah untuk saya. Anak sulung baru 2y+. Doakan saya kuat agar tiada kesan pada baby dalam kandungan